Monday, December 31, 2012

Hikayat si gadis labuci-epsod 3


Semasa melintasi warung Pak Seman, Zoey teringat sesuatu.

“ Iza, jom singgah warung kejab!”

“ Kau nak buat apa?” Iza menyoal pelik.

“ Aku nak beli Samsung Galaxy Note!” Jawab Zoey sinis. Sementara Iza automatic mukanya masam.

“ Aku nak beli mee goreng  untuk adik aku lah, kang meraung pulak budak tu.” Zoey menjawab sebaik sahaja melihat muka rajuk Iza.

“ Okey, tapi belikan aku juga taw? Aku selop hari ni temankan kau, dah lah makan asap package sekali minum air kotor, sakit kaki aku berjalan tau tak?”

“ Yelah, mengomel aje lah kau ni.” Zoey melangkah menghampiri warung

“ Eh, Zoey! Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Iza berlari mendapatkan Zoey yang semakin menghampiri warung.

“ Kau ni dah kenapa? Nampak apa? Hantu?”

“ Bukan, kalau hantu dah lama aku cabut dulu. Cuba tengok kereta color biru depan tu.” Zoey melihat kereta dihadapan mereka dan mengerutkan dahinya.



“ Eh, itu bukan ke kereta yang langgar lopak air tadi?” Zoey dan Iza berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tersengih jahat.

“ Zoey, orang kata peluang depan mata jangan dilepaskan.”

“ Okey, aku mengerti. Mission in progress! Lets go babey!”

Zoey dan Iza berjalan perlahan-lahan merapati kereta Toyota Vios dihadapan mereka. Mereka berdua saling memandang dan tersengih. Masing-masing tumbuh tanduk di kepala. Zoey mengeluarkan sesuatu dari dalam plastic beg. Marker Pen! Zoey menunjukkan maker pen kepada Iza. Iza mengeleng, pantas tangannya menyelok plastic beg zoey dan mengeluarkan liquid paper.

“ Tak boleh, nanti boleh calar kereta ni.” Zoey merampas liquid pen dari tangan iza..

“ Alah, apa bezanya guna marker pen?” Iza mencebik

“Temporary aje, atleast dia boleh polish nanti.” Zoey berbisik. Iza mengangguk mengerti.

Zoey membuka panutup pen perlahan sambil memandang sekeliling. Nampak dek pelanggan Pak Seman, naya kantoi! Bisik hati Zoey.

Dia menulis sesuatu di body kereta sebelah kiri. Siap! Niatnya untuk memberi pengajaran kepada pemandu kereta itu.

“ Dah jom!”

“ Eh, kejab aku tambah sikit” Iza mendapatkan maker pen di tangan Zoey.

Mission done!” Zoey senyum

“ Okey, jom order!” Iza menutup kembali pen dan menyembunyikannya di dalam poket seluarnya. Berhati-hati mereka bangun sambil curi-curi memandang sekeliliang. Yakin tiada orang, dengan selambanya mereka masuk ke warung Pak Seman.



No comments:

Post a Comment