Monday, December 31, 2012

Azam, Harapan dan impian 2013


Hye uolls..assalammualaikum..2013 is coming..tepat 12 mlm bunga api akan meletus dan memancarkan sinarnya ..windu saat itu. Uolls guess what? MyDonat proposed me to be his girlfriend that nite..sound something like anniversary macam tulah. kat tepi pantai gurney pulau pinang..so sweet!

And last month I request him to apply for AL so that we can meet and celebrate that day. He say will try the best but until now is nothing..zero! arghh..what can i say? Maybe my bad luck.

2 years ago, he requests to marry me, but I’m not ready. Now, when I think I’m ready to be a isteri mithali, he silence and enjoy with his single life. Huh! Mithali la sangat. Gigit jari aje lah,padan muka!

Now, 2013 is coming. I have 5 desires in my life for new year’s life. Hope umur panjang.. In Sha Allah. Jom baca sendiri apa impian aku..mcm azam juga la kan..lebih kuang la!

1)      Hope dapat hantar my parent ke rumah Allah with my own money (azam ni tiap tahun ada) klik  
2)      Save money for our wedding
3)      Hope MyDonat get ready and propose me to be his tunang..(slow montion xnak gelojoh 
       sangt..hehe)klu jodoh ler kan...
4)      Nak buat bisness online (hope berjaya) klik sini
5)      Nak cari keje bawu (benci keje sini..uwaaaa)


Eh! Ada satu lagi wei Nak bayar PTPTN..(haha..leh lupa lak)..Akak aku cakap PTPTN tak bayar lagi,xleh kawen..siott ja..huh!
Tu aje azam,impian &Harapan aku this years..azam kowang apa lak???

p/s: Aku tukar header bawu 4 new years..amacam?ok tak kowang?

Hikayat si gadis labuci-epsod 3


Semasa melintasi warung Pak Seman, Zoey teringat sesuatu.

“ Iza, jom singgah warung kejab!”

“ Kau nak buat apa?” Iza menyoal pelik.

“ Aku nak beli Samsung Galaxy Note!” Jawab Zoey sinis. Sementara Iza automatic mukanya masam.

“ Aku nak beli mee goreng  untuk adik aku lah, kang meraung pulak budak tu.” Zoey menjawab sebaik sahaja melihat muka rajuk Iza.

“ Okey, tapi belikan aku juga taw? Aku selop hari ni temankan kau, dah lah makan asap package sekali minum air kotor, sakit kaki aku berjalan tau tak?”

“ Yelah, mengomel aje lah kau ni.” Zoey melangkah menghampiri warung

“ Eh, Zoey! Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Iza berlari mendapatkan Zoey yang semakin menghampiri warung.

“ Kau ni dah kenapa? Nampak apa? Hantu?”

“ Bukan, kalau hantu dah lama aku cabut dulu. Cuba tengok kereta color biru depan tu.” Zoey melihat kereta dihadapan mereka dan mengerutkan dahinya.



“ Eh, itu bukan ke kereta yang langgar lopak air tadi?” Zoey dan Iza berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tersengih jahat.

“ Zoey, orang kata peluang depan mata jangan dilepaskan.”

“ Okey, aku mengerti. Mission in progress! Lets go babey!”

Zoey dan Iza berjalan perlahan-lahan merapati kereta Toyota Vios dihadapan mereka. Mereka berdua saling memandang dan tersengih. Masing-masing tumbuh tanduk di kepala. Zoey mengeluarkan sesuatu dari dalam plastic beg. Marker Pen! Zoey menunjukkan maker pen kepada Iza. Iza mengeleng, pantas tangannya menyelok plastic beg zoey dan mengeluarkan liquid paper.

“ Tak boleh, nanti boleh calar kereta ni.” Zoey merampas liquid pen dari tangan iza..

“ Alah, apa bezanya guna marker pen?” Iza mencebik

“Temporary aje, atleast dia boleh polish nanti.” Zoey berbisik. Iza mengangguk mengerti.

Zoey membuka panutup pen perlahan sambil memandang sekeliling. Nampak dek pelanggan Pak Seman, naya kantoi! Bisik hati Zoey.

Dia menulis sesuatu di body kereta sebelah kiri. Siap! Niatnya untuk memberi pengajaran kepada pemandu kereta itu.

“ Dah jom!”

“ Eh, kejab aku tambah sikit” Iza mendapatkan maker pen di tangan Zoey.

Mission done!” Zoey senyum

“ Okey, jom order!” Iza menutup kembali pen dan menyembunyikannya di dalam poket seluarnya. Berhati-hati mereka bangun sambil curi-curi memandang sekeliliang. Yakin tiada orang, dengan selambanya mereka masuk ke warung Pak Seman.



Friday, December 28, 2012

Kenapa dengan blog Cheery?

Pelik lah!!!!
kenapa blog cheery bergaris kat bawah tajuk entry and kat sidebar ek?
cheery xde apply apa2x font bergaris pun..tapi jadi macam tu..
bila cheery klik 'older posts' kat bawah entry bawu pages tu kembali normal..xde dah garis2x tu..
napa jd cm tu? ada sesiapa leh g taw cheery tak???



Wednesday, December 26, 2012

Waterpark i-city

<!--[if !mso]> <![endif] -->
Ptt la hawa ckp bln 1 ni cuti pjg,
Cuti 24/01 tu maulidur rasul, kamis, 27/01 thaipusam, ahad. Forward ke senin, 28/01.
Pjg sungguh.




From: Siti Hawa
Sent: Wednesday, December 26, 2012 11:13 AM
To: S Shidah
Subject: RE: WATERPARK I-CITY

Haha..kena pikir panjang ah..benda FOC mesti ramai serbu..huhu.



From: S Shidah
Sent: Wednesday, December 26, 2012 10:31 AM
To: Siti; Siti Hawa; Norita
Subject: WATERPARK I-CITY

FYI

Mulai 29 – 31/12/12, waterpark ni msk mandi FOC.

Nk PK pjg lg ke?



Regards,
Shidah
Account Department



Nampak email kat atas tu? hah..amacam ada berani..hehe
semalam sempena krismas aku dengan ofismate kuar window shopping dekat PKNS shah alam tu..
Musim hujan pun ramai aje yang berendam kat wetworld shah alam tu ek..sesak sungguh nak cari parking pun susah..tp semalam xhujan pulak just teduh aje cuaca
Niat dihati nak cari baju untuk wedding mybff tahun depan tp lastly merepek beli benda lain..tu lah masalah aku ni, 2 yang malas nak g window shopping tu, tersasar dari akta garis panduan shopping 2012. okey,melalut aje,tu akta sdn bhd. xpelah nanti free aku wusya je online store..senang!




From: S Shidah
Sent: Wednesday, December 26, 2012 12:06 PM
To: Siti Hawa
Subject: RE: WATERPARK I-CITY

Ye.
Tpt br bukak tu.
Harga biasa $50.

Waterpark plg mahai tu,
Waterpark shah alam yg lama tu $20 ja.
Sunway lagoon dry park & waterpark pn br $65.






Nampal lagi email atas tu? menurut info dari orang kuat berjalan ni waterpark i-city tu bawu punya..bawu siap renovate that why la free..kot!!!hehe..memandai aje aku ni..apa tunggu lagi cepat plan g sana bawk anak2 bercuti ke sana..free wei..hehe

Tak payah lah cari gambar..aku xsnap gambar pun..just nak citer aje perkara FOC tu..maklum lah aku dah kembali ke old school.pakai tepon cikai aje since tepon canggih aku jatuh laut terengganu ..uwaa..kenangan yang mengerikan..huhu..tunggulah rezeki aku mencurah dalam bisness kolagen tu bawu aku beli canggih punya..sasaran Sony xperia..dapat free pun bagus gak ni..!!

Tapi aku nak tayang gak pix dari google ni..

menarik tak kowang???

jangan lupa klik nuffnang nak beli tepon hehe




-->

Monday, December 24, 2012

Kolagen Asli


Kolagen Asli [Gred AAA]
Weight: 100g

Harga termasuk postage: RM 40 sebungkus (untuk Semenanjung)
                                      : RM44 sebungkus  (untuk sabah/serawak)

Info Postage: RM 9 untuk sabah/serawak
                      RM 6 untuk Semenanjung

Pix dari pembekal 

Pengambilan Kolagen Mentah ini secara teratur dan berterusan akan memberi impak yang sangat positif. Menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. 

Kolagen ini juga boleh dibuat masker muka,okey

Kolagen ini juga sesuai untuk kaum lelaki

Bagi ibu mengandung, pengambilan kolagen akan membuatkan kulit bayi yang di lahirkan cantik dan cerah.

Kolagen ni jugak bagus untuk merendahkan tekanan darah tinggi taw. Aku dah order satu untuk mak dan ayah.. Hope lepas ni dia owang sihat walfiat..amin..

By the way, akak aku dah guna kolagen ni taw, dia ckp kolagen ni memang bagus..dia dah guna sebulan, memang nampak kesannya.darah jalan elok katanya..sejak dia mkn kolagen ni muka dia yg bnyak jerawat kat dagu pun dah kering...dia lah yg ckp so aku pun decide nak guna juga..nanti aku tunjuk testimoni okey..kelebihan lain leh baca bawah ni..


Kelebihan Pengambilan Kolagen Asli

1)      Melaraskan berat badan dan menstabilkan horman
2)      Meningkatkan system imun dan metabolisme badan
3)      Memejalkan payudara,otot dan pinggang
4)      Menyihatkan rambut dan kuku
5)      Menguatkan system abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
6)      Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
7)      Mengurangi selulit
8)      Memberi tenaga
9)      Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
10)  Menguatkan tulang dan sendi,menjauhi arthritis dan osteoporosis
11)  Meningkatkan sel rawan,ligament dan otot
12)  Merawat penyakit gout
13)  Mencegah kanser/tumor
14)  Menurunkan tekanan darah tinggi
15)  Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaa, merawat gastric
16)  Anti bacteria atau kulat
17)  Merawat anemia
18)  Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh
19)  Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
20)  Melicin,menegang dan menghaluskan kulit
21)  Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
22)  Meransang penghasilan sel-sel baru kulit dan menyembuhkan luka
23)  Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
24)  Memberikan rasa kekenyangan (diet)
25)  Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Nak tahu Cara-cara  penyedian dan pengambilan pegi blog  si manja

Klu kowang nak order leh email aku kat ctcheery87@gmail.com


Friday, December 21, 2012

Hikayat si gadis labuci - epsod 2


“ Kau ni memang sengaja nak seksa jiwa aku kan? Cerita aje lah napa kau beli labuci banyak-banyak ni?” Iza memandang Zoey yang tersenyum kambing kepadanya. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari pekan. Mereka berjalan kaki sahaja kerana pekan tidak jauh dari rumah masing-masing.

“ Alah kau ni, teka lah dulu baru challenging.” Zoey mengusik teman rapatnya sejak dibangku sekolah itu.

“ Challenging tengkorak kau! Aku jalan kaki ke Pekan teman kau ni pun dah dikira physical challenging tau, kau pulak nak challenging IQ aku.” Zoey ketawa mengekek melihat wajah tidak puas hati Iza.

“ Sampai hati kau sumpah aku, tengkorak. Dah lah aku ni memang dah kurus.” Zoey membuat ayat sedih setelah ketawanya reda.

“ Aloh..loh, buat ayat touching pulak! Tadi bukan main bahankan aku, meh sini, cium ketiak aku sikit, meh!” Zoey cuba untuk memeluk Zoey tapi dielak oleh Zoey.

“ Yurkk..tak nak lah aku, ketiak bau kapur barus nak suruh aku cium.”

“ Wei, tolong sikit ek! Kapur barus tu cerita lama. Sekarang ni aku pakai Nivea Pearl And Beauty Antiperspirant Deodorant, sangat fantastic baunya tau. Lelaki handsome bau confirm cair.”

“ Puiih! Kambing bau pun boleh muntah hijau tau tak?”

“ Aleh, kau dengki!” Iza memandang Zoey yang menahan ketawanya.

Tiba-tiba , sedang mereka bergurau senda, sebuah kereta Toyota Vios laju melintasi dan melanggar lopak air dihadapan mereka. Zoey dan Iza menjerit terkejut. Habis basah baju mereka dengan air kotor.

“ Woi, tak guna punya kereta, tak ada sivik ke?”

“ Hah! Yang ni baru boleh muntah hijau. Werkk, kelat lah air ni.” Iza meludah ke tanah.

“ Wei, kau telan ke air tu?” Zoey memandang Iza yang menunduk.

“ Aku tertelan lah!” Iza menyebik mukanya sementara Zoey menekan perut, mengekek ketawakan Iza. Aduh! Malang sungguh nasib.

Wednesday, December 19, 2012

Celoteh bermakna...

Aku sambung berkarya..idea mencurah-curah.so lepas kat blog ni aje lah yah..hehe
sila lah baca cerpen aku kalu sudi..xkira kena baca jugak..arahan keras!!!hehe..gurau..
Cerita ini hasil aku berangan sebelum tidur semalam...
semalam sebelum tidur aku ada jahit manik pada shawl aku..so terhasilah citer Hikayat si gadis labuci.
cerita ni tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun..yang hidup mahupun yang mati..cuma nama tu ajelah pinjam kat blogger..susah nak pilih nama sebenarnya..bnyk nama yang sedap2x..so aku amik solution pinjam nama blogger lah..tapi don't worry aku kreditkan kepada si empunya nama...kowang yang baca klik lah dan g blog diowang ek..janji taw? 





Klik nuffnang, Mok cik nak kaya...haahhaha

Hikayat si gadis labuci -epsod 1


Zoey duduk menikmati keindahan sawah padi yang sudah sekian lama dia tidak rasakan. Udaranya yang segar, tenang dan nyaman sangat mendamaikan jiwa. Empat tahun dia duduk di Bandar melanjutkan pelajaran, namun dia tidak pernah lupa suasana kampungnya malah seringkali merindui suasana itu. Kini, dia berjanji tidak akan kemana-mana lagi, kampong ini dan sawah padi akan menjadi santapannya setiap hari. Zoey baru menamatkan pelajarannya dalam bidang pengurusan perniagaan . waktu sekarang, dia belum berfikir untuk bekerja di mana-mana syarikat di Ibu Kota. Biarlah dia duduk lama sikit di kampong dan ingin usahakan sesuatu yang menjadi minatnya. Mana tahu rezekinya di kampong kelahiran sendiri.

“ Zoey, turun cepat! Buat apa atas pokok tu? Dah senja, cepat masuk!” Zoey terkejut dan memandang ibunya dimuka pintu belakang rumah. Kuss semangat! Untung aku tak jatuh pokok.

“ Alah, Ibu ni, potong stim betoi lah!” Zoey merungut sambil turun dari pokok rambutan ayahnya.

“ Suka sangat panjat pokok rambutan tu, tak hairan lah ayah kamu marah sangat dengan kamu bila pokok tu tak berbuah lagi.” Zoey mencebik. Memang dia sering dimarah ayah. Kata ayah, pokok rambutan itu tidak berbuah lagi kerana dirinya. Kata ayah lagi, anak dara tidak boleh panjat pokok berbuah dikhuatiri pokok itu merajuk dan tidak mahu berbuah. Pantang larang yang mengarut pada fikiran Zoey. Pokok pun tahu merajuk ke?

“Ayah, besok Zoey nak keluar pergi pekan,” Semasa manjamu selera di meja makan, Zoey meminta kebenaran ayahnya.

“ Zoey pergi dengan siapa?” Ayah menyoal kembali. Zoey memandang ayahnya dan kemudian ibunya.

“ Dengan Iza, kejab aje Yah, nak beli barang sikit. Erkk..…ayah kasi duit lebih sikit eh!” Zoey tersengih kambing pada ayahnya.

“ Umm…” Ayah megangguk tanda mengizinkan.

“ Akak, nanti Ariff nak ikut?” Adiknya Ariff membuat muka simpati.

“ Tak payah, MENYEMAK aje engkau!” Zoey menekankan perkataan ‘menyemak’ itu.

“ Alah, Ibu nak ikut!” Ariff yang berusia 8 tahun itu merenggek pada ibunya.

“ Tak payah lah Ariff, bukannya best pun ikut perempuan ni, bosan!!” Ayah bersuara memujuk Ariff. Pujukkan berunsurkan sindiran tu. Zoey dan Ibu ketawa dengan sindiran itu sementara Ariff terpinga-pinga tidak mengerti.



Kredit to blogger hebat and blogger Cantik.

To be continued........

Related Link:
Hikayat Si gadis labuci-epsod-8
Hikayat si gadis labuci-epsod-9

21 December 2012,tarikh diramal berlakunya kiamat?


Assalammualaikum..

21 December 2012,tarikh diramal berlakunya kiamat.betul ke?
Hanya ALLAH aje yang tahu!!!!
jANGAN memandai nak pikir aku cuba nak sebar ajaran sesat pulak yeh..
minggu lepas, aku sampai ofis pagi2x lagi bos aku dah inform aku pasal hal. dan hari ni dia ingatkan lagi..dia soh aku prepare macam2x..nanti electrik xde,air xde lah..dia budget leh selamat la tu dari kiamat...

MyBos: Lu tak beli barang stok makan untuk minggu ni ke?
Aku: Buat apa? Bazir aje beli banyak2x..stok magi ada ah..
MyBos: Aiyok,Lu xtakut ka, minggu depan bumi habis owh, t Lu xde benda makan macam mana?
Aku: ????? (Buat muka blur)
MyBoss: Kan wa cakap lu last week, this week dunia mau kiamat..
Aku: Owh..yeker? Madam, klu dunia kiamat of course la kita mati semua. buat apa lagi benda mkn   semua tu.
MyBos: Tapi, tak habis semua oh, ada yang tinggal juga nanti..
Aku:  Pulak???? Klu dah ada yg tinggal bukan kiamat lah.Bencana Alam namanya..
MyBos: Owh..yaka?
Aku: Yalah...mana madam dapat semua info ni?
MyBos: Ketua Agama China cakap...
Aku: Urmm....

P/S: HANYA ALLAH YANG TAHU!!!!!
WALLAHHUALAM....


Saturday, December 15, 2012

Kenapa "Kita" bukan "mereka"?

Apa kowang akan buat apabila diri dianiaya?
Apa kowang akan buat bila diri dihukum atas kesalahan orang lain?
Apa kowang akan buat bila diri dibehentikan keje atas perbuatan jenayah owang lain?
Apa kowang akan buat kalau diri dituduh dan jadi suspect utama jenayah?
Apa kowang akan buat untuk buktikan kowang tak bersalah?

A) kOWANG memberontak dan berhenti keje notis 24hour,biar aje nama kowang busuk
B) Kowang stay bekerja dan cari bukti yg kowang tak bersalah.
C) Kowang resign dan Cari bomoh mandrem owang tu..biar dia giler padan muka!
D) Kowang still keje dan buat bodoh aje, biar tuhan yang balas.....

pilih jawapan pada 5 soalan diatas..kalo sudi lah! nak kasi jawapan,nasihat ataw pendapat sendiri pun boleh..
Bantu manusia yang naif ini...thanks sahabat blogger!!!!

Friday, December 14, 2012

Tips pikat memikat awek cun melecun



Semalam, aku terkejut dan terharu baca komen dri popcorn perisa jambu..hahah..(guwau2x aje)..dia ada request tips mengurat awek..fulamak!!!bukan pe xpenah g owg mintk tips kat aku ni..so hari ni jari-jemari aku menari-nari di keyboard nk tunaikan permintaan dia tu…mcm bagus aje aku ni kan?.. so this entry for popkorn....sebenarnya komen tu lebih kepada memberi idea kepada cheery untuk buat entry mengarut..wahahaha…terima kasih kepada popcorn perisa jambu..


Kowang doa-doakan lah aku menang contest Maybank2u tu, aku nanok hadiah tu!!!(buat bibir cute).. *iklan…hehe



Kembali kepada muka hadapan entry, kalau hampa laki-laki nak taw pompuan ni terbahagi kepada banyk kategori.. aku nak sebut pon malas..malas nak list..
Tapi, aku nak nasihatkan hampa semua supaya tahu ataw kenal pasti dulu taste sendiri iaitu jenis pompuan yang hampa suka dan leh jatuh cinta..hah, gitu!

Kat sini aku nak listkan 3 jenis pompuan yang aku taw..3 aje lah! yang aku tak taw tu maaflah ek,Tanya pada yang pakar a.k.a kasanova..haha

Jenis yang pertama- solehah

Perempuan jenis ni, semua owang tau kot kan, jenis yang baik-baik, jaga adap dan perbuatan dan juga tutur bicara lembut dan manis. Normally pompuan jenis ni pencinta ilmu. Tak kisah lah ilmu apa pun janji ilmu yang bebaik lah. Cara kowang nak ngorat dia mudah aje. Kowang kena lah jadi calon yang baik dengan penuhkan ilmu didada kowang, ilmu agama la kan.. Sekarang zaman teknologi dihujung jari.kalo awek tu ada facebook lagi best. Kowang add la dia and post status yang berbentuk ilmu atau motivasi.. kerap dan berterusan. Klu dia dah start comment post tu Comfirm cair dah la tu…dan cari cara ke step yg seterusnya..


Jenis yang kedua- Manja

Pompuan jenis ni ramai yang sukew..rasanya lah! Pompuan jenis ni normally berperwatakan keanak-anakan. Suaranya manja dan kuat merengek. Pompuan jenis ni susah sikit nak jaga. Sebab jenis yang perlu sentiasa diberi perhatian. Kena selalu teman kemana aje dia nak pergi, kena belikan hadiah dan selalu kena puji. Puji lah apa pun. Kalo kowang jenis yang buzy, bukan jenis yang sukew berkepit ngan awek, aku nasihatkan jangan lah ngorat awek mcm ni. Pompuan macam ni juga mudah merajuk. Kalo kowang dah mula miss kasi perhatian kat dia, mula lah dia pikir kowang dah tak sayang dia lagi.. susah juga ni nak jaga, kan? tapi…tapi..pompuan mcm ni senang dipujuk..hehe (ayat backup)

Nak ngorat pompuan macam ni kowang kena transform jadi lelaki caring dan kowang sentuh hati dia..opss bukan bukak baju, touch and go okey! Kowang selalu kena beri perhatian yang lebih kat dia. selalu tunjukkan yang kowang sayang dia. Kalau msj tu kena msj manja-manja sikit. Send MMS yang cute dan memberi maksud yang mendalam. Layan dia macam puteri kayangan comfirm dah berada dalam genggaman kowang. Tapi before nak ngorat tu, make sure pompuan ni single sbb pompuan jenis ni biasanya setia..pada yang satu..

Jenis yang ketiga- Materialistik

Nak ngorat pompuan jenis ni, aku nak kowang berpegang pada 1 prinsip “ No money,no talk!” so kowang paham-paham sendiri lah, kalo tak dak duit, gaji xbesar, tak dak kete sekurang-kurangnya BMW tak yah lah nak try okey!..haha..(zalimnya aku!)

So, cara nak ngorat pompuan jenis ni, kowang kena berani dan usaha keras. kowang letak lak gambar yang smart ala-ala smart tag tu kat fanpage kowang. Gambar pakai kot ala-ala CEO lagi “chantek”. Jangan lupa sunglasses mesti ada and than add la awek tu. klu awek tu like pix kowang and than komen dah kira ada chance lah tu..and than mcm biasa cari cara untuk ke step seterusnya…haha selamat mengorat.


Sebelum aku tamatkan riwayat entry ni, aku nak kasi 3 perkara yang kowang kena prepare before nak ngorat..maksudnya mcm persediaan awal la..hampa ingat apa nak kawen ja ada persediaan?? (sambil jege biji mata)

1)      Jadi diri sendiri
Siapa diri hampa, itulah yang terbaik. Kena pikir diri tu hebat walaupun tak hebat sangat. Pikir diri tu hensem walaupun tak hensem sangat. Yang penting yakin diri dan bersedia untuk berjuang. Jangan jd lembik sangat, jd lelaki yang gagah perkasa walaupun tak gagah sangat..tp jangan perasan macho terlebih yah..overdoa tu awek tak nak..

2)      Jaga kebersihan diri
Pompuan suka laki-laki yang bersih, kemas dan wangi. Tak putih tak pa janji pembersih..hehe. janggut & misai hampa tu tolong kemaskan..klu nak taruk panjang pun make sure kemas dan tak serabut. Kalo boleh tolonglah jangan merokok. Kalo kowang nak tahu semua pompuan tak suka lelaki merokok sbb major lelaki rokok ni mulut busuk ..wahahaha (yang tak jaga mulut lah)..sowy jangan marah ek hampa..hehe…
Kalo tak leh benti pun atleast jgn merokok depan depa, okey!

3)      Jangan desperate sangt
Walaupun hampa suka sangat dengan pompuan tu, tahap gila babing, janganlah tunjuk desperate sangat. Cool sudah! Control sikit feel tu. jangan paksa dan tekan depa, sebab apa, akan buat depa takut dan tak selesa.  Jenis paksa-paksa ni buat awek tu lari lagi jauh. uolls taw?
.
Okey, 2 aje. Nak taw tips cari jodoh sini..bye…

p/s: sleng campur aduk,besa la owang kampong kuaq Bandar…hahahha 


Thursday, December 13, 2012

How Maybank2u has served me with its products and services



Hello!!!!You guess what? I am interested to join the contest organized by Mybank2u. warghhhh….why I’m so excited? Because I’m the one who always using Mybank 2u. Woah!!!..sound like 'action coman' right? Never mind, I admit it.

Hear words, Maybank always do contest for customer and blogger. It’s true?? Woah..kantoi! just now talk mybank2u loyal users but do not know anything. What happen cheery??


What happen if I try to transform this banner to my stone face? let's check it out.. 

whoa!! very cool...hehe

Okey, let me explain first, I always use Maybank2u to check account balance, bill payment and also make a funds transfer…that all and don’t have a time to ‘belek-belek’ and ‘wusya ads in Maybank website. Because….I is always be a running girl…haha..kelakar sangat lah tu!!
Off Course, the main function of mybank2u is facilitating and expediting a business.

See? Do not blame me hundred percent if I really don’t know about the contest.
(Statement tries to Defend myself)… STOP IT, no uses make a lot of busy body…let’s we continue to the Maybank2u story.

My expressions, want to win this contest are as like this…

 Feel so beautiful, you know?kihkih..


Believe or not, my first salary credits to Maybank? And my first online banking also Maybank. My first bank account BSN actually, that because I got a scholarship. So need to prepared BSN account. So, what I try to story here is I grow up with Maybank. My family members all use a Maybank. We can see that Maybank is a very famous banker. Right? 1 Thing that makes me attract with Maybank is a Tiger logo. Since I child, I feel that tiger is a very funny and unique. I always’ ask my mother,
 “ Mak, why you always went to tiger house, dangerous you know?” Maybe I think that logo mean a tiger zoo. Wakahkahkah…sound like silly child.



Through Maybank2u, we can do various transactions such as check current account, bill payment, funds transfer, mobile banking, manage our loan and insurance and so on.

I really love it using Maybank2u because all business just at the fingertips. No need to waste my time anymore. Since I’m working, my time is very limited. Don’t have a time and lazy to go to the bank if want to make a funds transfer and bill payment. Lazy? That it is a result(Habit) of the use of the services provided by Maybank to me... Hahaha..okey,just joking. So, to solve my problem, I decided to register Maybank2u.

As well as transfer of funds, I also use Maybank2u to buy and sell. I love shopping online. Most of Business online using maybank2u as a transaction medium. That point, I know why, because Maybank2u online banking is friendly, safe and the best product from Maybank.

Nowadays, the best transaction I do through Maybank2u is a funds transfer for ASB loan account. It’s very fun, okey? No need to go a bank and waste a time to queuing, just online to update or check status of loan. In future, I’m really wanted to reload prepaid for my mobile through an online banking. Maybe coming soon, wait and see…wink..wink..wink..;P

So, what I need to do to make the world belongs to me? Only one Laptop, Internet, and be a members of Maybank2u. Come follow me you all! To register Click here.



P/s: Wish me luck for this contest..love Maybank, love you all

Monday, December 10, 2012

Rahsia kekalkan hubungan CJJ


CJJ tu apa? tak apa aku sendiri jawab...

Cinta Jarak Jauh...:) smile ...

Pix amik kat si ros ni

Setuju tak klu  aku cakap tak semua couple boleh bercinta jarak jauh? Ada yang mampu bertahan dan tak kurang jugak yang terkandas di tengah jalan. Macam aku, kadang-kadang aku pun rasa tak cukup kuat untuk teruskan hubungan jarak jauh ni. Rasa dah tertahan perasaan risau tu. 2 bawu orang tengah bercinta yang dah kawen tu mcm mana lah kan…..lagi tak tertanggung kan..tapi pendapat aku perasaan 2 dah lain..sebab pasangan berkahwin dah kukuh dari segi hubungan even tinggal jauh diowang tetap kena bertahan sebab perkahwinan tu satu tanggungjawab…mempertahankannya satu kemestian tapi bagi pasangan bercinta anytime pasangan boleh beralih arah..tu yang susahnya..kita setia bagai nak rak, dia kat sana bermadu 4,5,6..memang sialan la kan..eh emo pulak?

Aku nak citer sikit rahsia kekalkan hubungan jarak jauh ni..ceh,mcm pro aje kan? Honestly rahsia ni lah aku baca berulang untuk sejukkan hati sendiri…apabila otak aku mula lost control..haahahaha..atoii!!!pecah lobang!

Tetap berhubung setiap masa.
Pastikan terus berhubung. Ah, tu lah kunci utama kekalkan hubungan jarak jauh. Sekarang ni dunia teknologi,mcm2x ada, sms boleh,email boleh, skype boleh,twitter boleh…apa-apa pun boleh. Bukan lagi alasan okey! That why if sampai 2,3 hari dia xcontct aku,aku start meroyan..hahaha (wah!mintak simpang)

Lakukan aktiviti sendiri
Bab ni aku fail. Awai2x lagi surrender, sebab aku sendiri xtaw nak buat apa. Klu kowang nak kata ‘bosannyer life ko!!’..sukew ati kowang lah..i admit it. Memang bosan sebab tu free time keje aku memblogkan diri aje..and weekend tengok citer harry potter dari part 1 sampai part 8..berulang-ulang sampai lah mata bosan dan tertido. Citer lain pun aku tengok juga…hehehe..klu kowang janga tiru pulak, kowang buat lah apa-apa aktiviti yang kowang sukew janji tak membosankan dan kowang happy. Bawulah life kowang ada meaning..toi kan?

Jangan panjangkan perselisihan Faham tu..
Masing-masing jangan ego..klu sidia ego,kowang rendahkan sikit ego tu. mengalah tak bermakna kalah..bahkan owang yang mengalah tu lah campion sebenar xcually..toi ke?
Jangan nak merajuk bagai sampai tak nak balas mesej, kol tak nak angkat..hah!jangan buat perangai hantu tu (mcm aku penah buat aje)…

Beri perhatian..
Jangan jauh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian..ambik perhatian dan ambik berat tentang dia. biar dia rasa kowang ada disisi..huhu..lagi bagus kasi special gift tanpa disangka..alah bagi card pun boleh..bg something yang tak disangka..macam tukul ke,and warning dia,buat perangai miang ketuk kepala bawu taw! Hahah..guwau aje.
Tapi honestly aku solute giler dgn pasangan zie madini..masing-masing slalu kasi hadiah..give and take mcm tu bawu lah happy relation husband&wife..mak koo jelenyer aku..


Dah lah..mengarut aje rahsia aku ni..tekanan sebenarnya…bye..take care uolls..
Doakan hubungan kami yeh uolls..thankz…

Kekasihku seru


Ini cerita jumaat lepas…(xsempat publish)

Semalam Lunch aku makan nasi berlauk Tomyam, masak sendiri okey..
Kongsi dengan office mate aku, kebetulan dia tak kuar lunch..
Best lah, kenyang giler, dan sedap juga tu..pandai gak aku masak..haha..padahal guna instant perencah aje..nak susah apa kan..

You all guess what, lunch tu jugak MyDonat call aku ckp dia buzy lately..aik??? tergamam juga aku mcm tetahu aje aku mengumpat pasal dia dalam blog semalam.. arhh…susah jugak owang ada instant ni..wakahkahkah…

Dia cakap hari ni PM kita turun penang kat bayan baru buat apa aku tak taw lah..cer baca newspaper semalam ada program jelajah ditepati kat USM hari ni..ada kena mengena dengan program tu kot.. so dia kena Protect PM la kot..biasalah tu..iyer kan ajelah!!!!

Dah tu cakap dengan aku kalut2x aje..aku bawu aje cakap satu perkataan ‘okey!’ terus dia letak fon..arghhh.....kecewanya hati aku..bawu nak banyak Tanya…dah lah semalam tak dodoi aku tidur, (eh??)…nak juga dengar dia nyanyi lagu ‘selamat malam,tidorlah sayangku…’ ah! Best kan klu dapat berlaki Faizal tahir leh dengar dia nyanyi lagu tu tiap malam before tidur..(berangan kau cheery!)..

Bila dibaca balik (berulang-ulang ko!) komen sis Nafira tu, betoi juga ape dia suggest tu..kes parah dah aku ni, kena ajak dia terus kawen jer bawulah penyakit meroyan aku baik kot..hahaha. tapi dia xready lagi macam mana nak kawen sis..menci!!! menci Donat!!!! “Ya Allah lembutkan hati dia, izinkan aku menikahinya”:…ecewah, dialog citer Aji noh motor tu…hikhik..

P/s: sowy kenkawan, mood bw aku terbang entah ke mana..xde mood langsung..huhu..tp still lagi struggle mencari mood itu..

Friday, December 7, 2012

Kisah cinta D.A.M


Hye, semua.. sekarang ni aku perasan macam ramai kenkawan blogger dah kurang update blog..toi ke? Buzy sangat ke kowang..Ke aku yang sunyikan diri ni..haha..
Aku banyak sunyikan diri pun coz buzy lately..dan aku percaya blogger lain pun ramai yang buzy kan? toi tak? ….dan aku rasa lega sikit koz dah berjaya habiskan cerpen My wife isdriver tu…New cerpen coming soon ..tunggu aku free lah yeh..

Since aku kurang cerita hal diri aku dalam DAM(Diary aku manja) ni..so atleast ada benda yang kowang leh baca kan dari blog ni..namely cerita pendek..and sedar diri lah kan, tak ada benda menarik pun pasal aku. every day benda yang sama aku buat. Sejak jauh dari family and MyDonat ni hidup kuang seri..dah lah muka pun xseri life lagilah tak seri…so seri/seri lah yeh …

Dah aku sebut pasal MyDonat, meh aku nak citer sikit. Sejak dua menjak ni aku perasan dia pun asyik buzy jer..buzy memanjang, polis memang always buzy ke? …memang still lagi contact and manja-manja tapi time tu macam dah short. Sekejab aje, and than dua-dua hilang…. Tak nak aku salahkan dia jugak,mybe dia penat keje maklumlah keje dia tak tentu masa. Dan aku selalu kena marah dia. dia cakap aku sukew pikir bukan-bukan. Cian aku, dah lah sowang-sowang kejauhan pastu asyik kena marah aje..nasib badanlah…

Walaupun tiap hari dia contct tapi napa tah aku rasa makin hari cinta tu makin jauh….dan aku semakin takut untuk hadapi hari esok..Dah lah, tak nak citer pasal dia lagi, tak memasal aku touching2x plak nanti..

Aku stop kat sini..bye…love u all

p/s: Rasa macam nak buat bisness lah, kowang semua support please..tq hehe

Thursday, December 6, 2012

Diriku Tapak Sulaiman...












Klik nuffnang nak balik kawen teman..huhu



Wednesday, December 5, 2012

My wife is driver - epsisod last


“ Mak, Shark ingat Shark kuat. Rupa-rupanya Shark tak cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Shark tak nak pun nangis macam ni, mak. Tapi air mata Shark ni, tak nak berhenti. Shark tiada siapa-siapa di dunia ni, Shark ingat dia akan jadi pelindung Shark, tempat Shark bergantung tapi Shark silap, takdir Shark tetap sama, yatim piatu dan sebatang kara. Shark nak Mak!! Mak datang lah! Mak peluk lah Shark. Shark rasa tak bermaya, Mak! Tolong Shark, Mak! Shark tak nak hidup sorang-sorang lagi, Shark takut!” Shark teresak-esak sendiri ketika sedang mengemas pakaian dari dalam almari. Dia perlu keluar dari rumah Tuan Amar malam ni. Shark membiarkan ketukan bertalu-talu di pintu, tanpa tergerak untuk membukanya.

“ Irah, buka pintu ni sayang! Papa ni! Napa ni, Mak Jah cakap Irah nangis, balik tadi? Amar buli Irah yah? Nanti papa karate dia. Buka lah sayang, menantu papa!” Shark tersenyum hambar. Hatinya tetap sayu. Walaupun dia menantu express papa, tapi layanan papa tetap top five, sedikit pun tak pernah kurang. Cuma, dia tak sangka saat-saat dia merasa kasih sayang papa, perasaannya diuji sebegini rupa. Sehinggakan dia merasakan perpisahan adalah jalan terbaik untuk mendapatkan ketenangan jiwa.

“ Papa, Shark akan ingat papa sampai mati.” Shark berbisik. Selesai berkemas, Shark bangun dari katil. Semua pemberian Tuan Amar, kunci kereta dan telefon bimbit dia tinggalkan. Shark Cuma mengambil satu barang milik Tuan Amar iaitu tali leher yang belum dibasuh sebagai medium untuk lepaskan rindu. Tak salahkan, dia mencintai Tuan Amar dalam diam. Meskipun menyakitkan tapi Shark yakin cinta untuk Tuan Amar tetap ada.

Sebaik sahaja Shark membuka pintu, wajah Amar tersembul. Mana hilangnya papa? Tadi dia yang beria ketuk pintu.

“ Kau nak pergi mana?” Amar bertanya serius.

“ Saya nak keluar, saya tak layak tinggal sini.” Shark menahan air matanya yang bertakung dari tumpah ke pipi.

“ Kau jangan nak mengada-ngada, aku tak izinkan kau keluar dari rumah ni.”

“ I’m not you driver, anymore. No need to care me so much.”

“I’don’t care about my driver, I'm care about my wife.”
“ Kita nak cerai! So, tak payah nak belagak gentlemen sangat lah!”

“ Siapa cakap aku nak cerai? Like it or not, you will be my wife forever, and ever. Masuk!! We need to talk.” Amar menarik tangan Shark masuk dan mengunci pintu bilik dari dalam.

“ Nak cakap apa lagi? Tolong lah Tuan, saya dah tak larat dengan semua ni! Tolong lah!” Akhirnya tumpah juga air mata yang ditahan Shark tadi. Dia tidak cukup kuat lagi melawan perasaan yang membelenggu jiwanya kini. Dia kalah dengan sifat cool Tuan Amar.

“ Kau letih, yah? Aku mintak maaf kalau buat kau terseksa. Aku tak ada niat buruk atas kau. Kontrak tu tak wujud, aku tipu aje.” Nah! Terbongkar semua tentang kepalsuan yang dia cipta untuk dapatkan Shark. Amar tak sanggup hilang isteri yang dicintainya sepenuh hati. Biarlah kali ini dia rendahkan egonya untuk kebahagian bersama.

“ Tuan cakap apa ni? Saya tak paham?” Shark memandang Amar tepat ke dalam anak matanya. Mencari kebenaran kata-kata Tuan Amar di situ.

“ Aku perangkap kau untuk kahwin aku, supaya aku dapat berikan papa menantu tapi dalam waktu yang sama aku tak perlu beri apa-apa komitmen atas perkahwinan ni. Dengan sikap berlagak tomboy kau, kasar, samseng, aku rasa bebas dan selesa macam ni. Rancangan aku berjalan lancar sehinggalah aku temui cinta dalam diri kau. Aku betul-betul jatuh cinta dengan kau. Tapi aku tak pasti perasaan kau pada aku. Jadi aku layan kau macam biasa, kawan dengan kau, buli kau, susahkan hidup kau, aku mintak maaf!” Amar menghampiri Shark yang sudah agak lama berdiam diri.


“ Kau sayang aku?” Amar memegang dagu Shark yang menunduk.

Shark terkesima. Apa perlu dia jawab? Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang dia dah terperangkap dalam rancangan Tuan Amar. Tiada lagi jalan untuk keluar. Dia redha. Kepalanya diangguk lambat. Baik guna kepala, lagi senang tak perlu bazir air liur.

“ Kau nak sehidup dengan aku?” Amar menduga. Shark hanya menganggukkan kepalanya.

“ Kau nak semati dengan aku?” Amar menduga lagi.

Mulanya Shark mengangguk tanpa menunggu lama, apabila tersedar dia menggeleng laju.

“ Tuan mati lah sorang-sorang, saya takut mati, amal kurang.” Jawab Shark tanpa berselindung. Amar ketawa geli hati dengan jawapan jujur Shark.

“ Janji, jangan tinggal aku?”

“ Insyak Allah!’ Jawab Shark tenang

“ Okey, kita dah boleh kahwin!” Amar berkata ceria. Tak susah rupanya memujuk tomboy ni.

“ Kahwin? Tapi tuan, kita kan dah kahwin?” Shark menyoal pelik. Mabuk ke laki aku ni?

“ Nope, nikah dah, kahwin belum!” Amar memandang Shark nakal.

“ Errr…I’m you driver, Tuan!” Ayat melepaskan diri. Hati Shark gementar tak tentu arah.

“ Yah, my wife is a driver!” Amar mengenyitkan matanya sebelum menolak tubuh Shark ke atas katil. Shark tersenyum. Nakal sungguh Tuan aku ni, tau!

~ Tamat Sudah~

p/s: Kowang Sukew tak ending aku buat mcm ni????hehe


Related link: