Tuesday, May 6, 2014

Hikayat si gadis labuci - epsod 5


“ sayang ambikkan abang payung. Abang nak ke surau ni. Sayang duduk rumah elok-elok ok. Kalau ada orang datang jangan bukak pintu, tunggu sampai abang balik, yeh?” Zoey tersenyum merenung suaminya yang mencapai batang payung dari tangannya, dileraikan ikatan lalu dibukak. Sudahlah panggilan sayang itu hampir-hampir melemahkan urat sendinya, puas dipesan panggil Zoey sahaja tetapi suaminya tetap panggil sayang. Kelihatan diluar hujan renyai-renyai , cukup mewujudkan suasana romentika pada pasangan yang baru berkahwin seperti mereka.

                “ Sayang, abang nak kiss sikit boleh?” suaminya itu segera menghampirinya lantas memuncungkan bibir ke arah Zoey, bersedia untuk menerima ciuman dari isteri tersayang. Tiba-tiba Zoey merasakan sinar kebahagian menyelinap masuk melalui rongga –rongga kulitnya dan meresap masuk hingga ke tulang temulang . Syahdunya rasa ini. Zoey cuba mendekati , tetapi belum sempat bibir menyatu, zoey terkesima dengan gusi yang melopong tanpa gigi. Dua batang gigi yang melopong itu cukup meloyakkannya.

                “ Mak!!!! Tolonggggggggg!” Zoey menjerit sekuat-kuat hati. Habis bersepah bantal dan comforter jatuh ke lantai dikerjakan Zoey.

                “ Hey, apa hal ni Zoey?” Zoey lihat ibu dan ayahnya berdiri tercegat di pinggir katil. Emak Nampak risau dan mendekati Zoey yang berpeluh-peluh ketakutan.

                “ Kamu ni kenapa?” Ayah pula bertanya. Zoey merenung Ayah dengan pandangan yang sayu.
                “ Ayah, Zoey tak nak kahwin yah! Jangan paksa Zoey, Tolonglah!” Zoey merayu. Ayah menggelengkan kepala sementara Emak berkerut dahi tidak mengerti.

                “ Menda yang kau merepek ni, nak?” Zoey terdiam dan memandang emaknya tidak berkelip. Emak mencapai novel disisi katil, mungkin terjatuh semasa Zoey meracau tadi.

                “ Inilah akibatnya , kalau terlalu taksub dengan watak dalam novel, sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi” Emak meletakkan novel di atas meja sisi katil. Serentak itu, emak dan ayah meninggalkan Zoey yang masih terkebil-kebil atas katil. Tiba-tiba dia merasa ngeri dengan mimpinya sendiri.
                “ Suami aku tak ada gigi? Petunjuk Bakal suami ke? Maksudnya, orang tua? Oh, tidakkkkk!”  Trauma rasanya hendak meneruskan tidur.

                ****************************

Iza Suhana rasa seperti mahu mengigit Rohayu apabila melihat gadis itu turun dari kereta kekasih pujaannya. Dia sangat cemburu dengan kemesraan pasangan yang sudah bertunang itu. Kelihatan seperti abang Adli merenung lembut ke wajah tunangnya yang kelihatan agak muram.

                Mesti kes pujuk memujuklah tu! Meluat aku! Eii! Geramnya!! Iza Suhana menarik-narik pohon mempelam yang rendang yang menjadi tempat persembunyiannya ketika itu.

                “ Hoi!” Sergah Zoey dari belakang.

                Hampir terjerit Iza suhana dibuatnya. Dia mengerling Zoey dengan wajah masam mencuka. Zoey hanya tersengih. Dah macam kerang busuk pulak kelihatan dimatanya.

                “ Kau buat apa dicelah-celah pokok pelam ni? Kait buah ke?” Soal Zoey sambil dia juga melangut ke atas pokok. Mahu lihat buah yang ingin dipetik oleh Iza.

                Iza Suhana mendengus kasar dan membentak lalu menjauhi pokok mempelam dihadapan rumahnya itu.

                “ Buah pelam apanya? Kau tak Nampak ke tu, baru aje naik bunga pokok ni?”

                “ Tahulah! Manalah tahu ada buah sesat musim kat pokok ni!”

                “ Aku geramlah! Eii!! Rasa nak lempang aje abang Adli tu laju-laju! Blur sangat!” Iza  Meluahkan rasa geramnya.

                Zoey tercengang-cengang tak faham apa yang Iza marahkan sangat dengan abang Adli yang baginya bukanlah jejaka yang hebat mana pun. Dia melihat kereta yang parking dihadapan rumah ibu bapa abang Adli. Kereta proton persona tu pun, bapa dia yang belikan. Ni nak kahwin tidak lama lagi, bapak dia yang sponser.

                “ Apa yang kau Nampak tadi sampai marah-marah macam ni? Rilex lah Na, jangan marah-marah macam ni, kang cepat tua!” Zoey membelek daun-daun pokok bunga berdekatan tangga rumah Iza.

                Iza menjeling Zoey yang masih membelek daun pokok bunga ibunya. Orang tengah bengang ni, dia boleh pulak cakap pasal tua.

                “ Apa aku nak buat lagi kat abang Adli tu, Zoey? Geram betul aku! Selama ni macam-macam aku buat untuk tarik perhatian dia, kau sendiri pun tahu kan? Tapi sikit pun dia tak pandang aku.” Iza mula sedih. Dia rasa sangat kecewa. Segera dia menyapu air mata yang tumpah dipipinya. Malu jika air matanya tumpah dihadapan Zoey. Zoey segera menoleh. Dia cuba memujuk Iza.

                “ Hey! Sabar-sabar ! Jangan nangis macam ni. Buruklah!”

                “ Yang kau sedih-sedih sangat ni, kau tau tak jodoh pertemuan, ajal dan maut ni ditangan Allah? Urusan Allah!”

                “ Ke kau confident sangat abang Adli tu jodoh kau? Dan dia terbaik sangat untuk kau?” Soal Zoey lagi apabila dia lihat Iza diam tak member respond.

                Iza hanya menggeleng. Kedengaran keluhan dari bibir Zoey. Dia menepuk bahu Iza.

                “ Kita belum tahu pun nasib dan takdir kita. Soal jodoh dan rezeki ni kita tak tahu. Setiap manusia kat dunia ni ada habuan masing-masing. Sampai masanya nanti kita akan perolehi  apa yang terbaik untuk kita. Allah tu maha adil! Yang penting sekarang , kita banyakkan berdoa. Allah sebaik-baik perancang tau. Kalaulah sudah tertulis abang Adli tu bukan jodoh kau, sia-sia aje kau menangis meratap macam ni. Buang masa! Hey, air mata kau ni mahal tau!”

                Iza Suhana sudah mula tersenyum. Ada benarnya apa yang dikatakan Zoey. Hatinya senang sangat dan terpujuk dengan kata-kata Zoey. Dia sudah kembali tersenyum ceria dan memaut bahu Zoey. Zoey tersenyum senang.

                “ Minggu depan teman aku pergi pekan?” Soal Zoey.

                “ Pekan lagi? Penatlah jalan kaki!” Iza merungut.

                “ Tak, kali ni kita naik kereta, sebab lepas itu kita nak pergi jauh sikit.” Zoey mengangkat kening pada Iza dan Iza hanya tersenyum. Kalau dah naik kereta sehari suntuk temankan Zoey pun dia tak kisah.


**To be continued**


Related link: 

1 comment: