Friday, November 27, 2015

Stock Clearance (28 - 29 November 2015)

Kethong kethong kethong!!
(Bunyi tin biskut kena ketok)

Apa buruk benor bunyi tin?haha
Perhatian semua warga shah alam,
Perhatian jugak warga Selangor
Niihh, Kita nak habaq benda penting nih. Tudia keluaq Kedah plak haha

Seandainya Korang semua takdak mende lah nak buat weekend nih, meh sini meh, Kita pakat pi serbu jualan gudang Kat glenmarie nuh. Summit co (M) S/B. No.12a, jalan perunding u1/17


Alah tempat itu hari jugak, sini dan sini.
Kali ni aku kena turun join sales. Takde dalam sejarah lagi sari yanti turun Padang nih kahkahkah (sari lah sangat!)

Hakikatnya terpacak ja macam patung lilin yang mempunyai wajah jelita persis anjalina Jolie Bini Brad PitPit dicelah celah product yang yakin dan suci ;D
(Dah-dah lah perasan tuh!)


Hari ni dah turun Padang pun, display semua barang2 yang nak jual esok. Penat tak usah cakap lah. Cam nak patah lutut guwe. Dah lah angkat brg satu per satu. Trolly just satu ja berebut nak guna.
Tak lama lagi naik muscle lah lengan guwe (eh, dah berguwe guwe pulak) kihkih -..-

Harga sangat murah, dan mesra pengguna.
syurah skincare & bodycare buy 2 RM6. 
Shower cream buy 2 RM10.
Shurah qaira buy 5 RM10
Tracia body spray, perfume,forum for men dan banyak lagi. Rajin pulak aku nak taip satu-satu? Tak koser lah...nak rembat semua tu meh datang jualan gudang esok
Leh jumpa cheery siparang kontot kihkih


Nilah wajah 2 kerat, memerah Keringat di waktu yang hangat.


Aku akhiri entry malam ini dengan pantun kerat 2 khas untuk team aku hari ni

 "Hari dah petang ketik dah basah, 
Jomlah Kita blah, aku tak koser dah."
^__^

Hoiii...pantun tak kena!!! Kahkahkah



Wednesday, November 25, 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

Hai everybodehh!! Finally aku berjaya menghupdate belog setelah seminggu, dua minggu dan minggu minggu yang lain menghambakan diri dengan kerja yang tak pernah habis.

Bak kata Mak aku, selagi ang tak mati selagi tu kerja tak pernah habis. Gilerr, ganas kentang Mak aku! Ni protes nak aku suruh balik kg ke hape ni? Haha

Hmm..letih memang letih tapi biasalah! Selagi otak tak buasir, selagi tu aku akan terus bertahan dan menahan demi mencari bersuap-suap nasi. 

Gilerr ah aku sekarang nih, kesan GST till now aku tak leh nk survive lagi. Tiap mlm gigit kuku buat alas pewut... pun dah kenyang. Help!!!

Okey, tipu sangat kuku boleh buat Ko kenyang. Karbohidrat tinggi ke cik Kak?

Korang macam mana ek?? Ke aku sorang ja gigit kuku isi perut? Dasar otak buasir! Kahkahkah

Anyway, terlanjur cakap pasal otak buasir ni, today I was craving something from this giveaway

Amboih, craving tu tak tahan!!! Haha

Giveaway ni kalo untung nasib, timbul lah hadiahnya. Hadiah dia aku teringin sangat, free komik from buasir otak. Yer betol! Aku join sebab aku nak hadiah komik dari buasir otak tu hehe -..-

 
Komik ni sangat menarik sebab membabitkan 32 orang pelukis indie/blogger.
 Aku memang suka sangat baca komik....5 tahun lepas kahkahkah
Sejak umur meningkat matang Dan unggul ni aku dah beralih pada novel, tapi tu pun ikut mood jugak. Novel yang aku dapat dari contest karangkraf 2 tahun lepas pun tak habis baca lagi. Dah 2 tahun kertas penanda tu duduk Kat page tu ja tak rasa nak berganjak pun hahahha

Pada aku feel baca komik nih lain sikit. Otak ko tak stress sangat. Sehari patblas Kali pun ko leh katam. Plus kartun yang comel-comel tu mengidupkan watak komik tu. Eceh..susah nak explain sebab peminat komik ja faham hahaha

So, kalau nak join giveaway ni dialu-alukan. Click sini untuk terma dan syarat. Tapi kalo tak nak join boleh beli komik ni online.

Email Sana: princeofnoob[at]gmail[dot]com

Harganya 30 hingget jer.

Korang join, join jugak tapi doakan aku dapat hadiah tu yeh kihkihkih



Thursday, November 19, 2015

Freelance Model Ada disini ooohoiii!!!

Tudia, havoc dah macam desperate sangat ja. Desperate tak sangat lah kan kalau dah sekarang semua harga barang nak naik. Harga service pun naik. Hampa p Cari tengok celah mana masuk toilet still charge 2 kupang? Free of charge still Ada lagi lah iaitu celah semak samun yang Ada biawak tak pun kerengga dok standby nak gigit bontot kau. Giler oii kalau kerengga gigit bontot. Spoil mood kawan nak project! Dia punya pedih 2 hari 3 malam pun tak hilang2...giler punya tragis hahaha.

Eleh..sengih-sengih sinis macam hampa tak pernah kena gigit Kat situ tu  -..-

Ada syarat nak amik aku jadi model. 1st of all, saiz dah tentu L to double xl, can't wearing lens, muslimah fesyen. Sekian, hah, kalau dah setuju leh lah sign kontrak. Haha ....ewah ewah, budget mcm kau tu retis. Model ubat ketik pun belum tentu kau leh dapat lah!! (Dah tentu tak dpt, apahal kau wearing hijab tunjuk ketik?)

Tapi muka aku fotogedik, tak kan tak leh dapat kot? Eh?? Hahah

Akak Ofis sebelah aku tu dok sakit kepala 2 weeks dah dok memikir retis yang layak untuk replace Shurah ambassador. Sekarang kan Intan Ladyana kan duta Shurah kan. Aku suggest amik aku aje dia tolak...katanya buang masa!! Ciss, berani betoi! Untung lah aku wearing hijab, kalau tak Malang lah Shurah.com.my hahaha

Takde , aku main-main jer aiih...tapi kalau Ada nak offer sila baca balik syarat Kat atas nun wakahkahkah 

Aku dok main tepon tadi. Delete semua screen shot pictures yang menyemak tu. Bukan sikit taw banyak pulak sampah Kat situ. 1k lebih..giler semua benda aku nak screen shot.

Aku jumpa screen shot wassup Kat bawah nih......



Mak oiih, hebat betoi aku leh bukak studio modeling plak tu. Sebab tu orang tua-tua selalu kata, kejayaan datang tanpa diduga. Hah yelah, aku yang terduga sekarang ni! Help!! Kita bold sikit lah kejayaan tu kihkihkih ^__^

Elok jugak tu, Ada modal nak berangan jab lagi... kahkahkah

Motif sangat!!


P/S: Now, tengah fikir macam mana nak bukak studio modeling. Any idea??? -__-




Wednesday, November 18, 2015

cerita yang dah basi dan expired

Semalam dah macam free sangat kan, aku pun godeklah entry dalam draft. Sekali bukak, wahhh banyak sangat nihh! Bukak lah satu-satu nak mengecheck (rosak bahasa hoi!!!). Kononnya nak delete lah entry yang stock basi dan expired kan. Semua pun macam entry dah basi jer.

Kalau lah aku publish jugak kan, maka keluarlah muka remajalah aku stock body macam anjalina Jolie berlaki brad pit tu. Muka dah tentu lah baby face lagi dan comel tahap angry Bird, marah pun comel tak marah lagi lah comel. Time tu kan orang gila main games angry bird. Angry bird yang hodoh tahap nak baling seliper tu pun orang cakap comel. Tak paham aku!
Dan sangat tak paham Napa aku tak suka angry bird hahaha

Tapi masa aku scroll tengok tajuk entry draft tu kan, aku tertarik magnet dengan entry tajuk "Sari Yanti vs Vanessa Hudgens"

Owh Mak kau, siapa itu Vanessa Hudgens? Di lawankan dengan sari yanti pulak tu?
Statement berani mati nih !

Sumpah aku tak ingat. Dalam entry tu just tulis xxx boyfriends cakap muka aku macam Vanessa. Hahaha nampak?? 3 Kali x tu!!! Apalah sangat dengan no.3 tu kan? Haha -..-

Terus laju search Google image. Kejelojohan Ku teserlah untuk tahu siapakah gerangan manusia bersama Vanessa Hudgens ni. Berani mati pulak tu disamakan dengan aku yang ayu,Meletop,bergabung,Adam, Stacy!! (tiba-tiba). Wah tak sabaq nya nak tengok muka dia. Berdebar pulak rasa hahahah :-D

Keluar jer gambar , aku macam what?? Okey fine! Aku selalu disamakan dengan orang yang berdagu tajam tahap pisau tajak. Ini satu penghinaan kau taw? Aku adalah manusia yang berdagu lapis dan Gebu kuih pau pipi tu. Sangat ketara kalau aku free hair. Walaubagaimanpun dagu berlapis itulah dagu Cari makan, tawaran berlakon merata jenuh nak tepis hahahah tak mau kalah!


Jom lah Kita tengok persamaan. Perbezaan tak yah tengok lah, sah-sah aku lagi hot hee


Tang mana sama tu Wei?? Hahaha

Walaupun hakikatnya, muka aku lebih seiras,seriyus,dan seulus dengan...

Bukan kah secopypaste ITU??
Ecehwah...sama2 pakai glasses pulak!. Noty taw sari ni!! Pupuk kang,nak? :-p


Sudah-sudah lah cheery, perasaan tak habis-habis. Makin tua makin menjadi gedik kau yeh!!! Kalau dah dugong tu dugong jugak ..mana boleh bertukar jadi sari yanti ! Hahahah

OK fine!!!!

Yerlah....aku sedar diri aku siapa kalau nak dibandingkan dengan awek stylo nih, tiada beza pun.......










































"
"
Jab yeh.....
"
"



































































Wahhh....comelnyaaaaa!!!!!!!!



Tuesday, November 17, 2015

Tomboy kena paksa main?


Hahaha....tajuk pun dah tahu otak ko dah ke gaung. Tak pun dah masuk air hujan. Maklumlah hujan kerap-kerap sekarang ni -..-

Basuh Baju jemur hujan Kat ampai dah patblas hari tak kering-kering..heiii!
Dah nama pun jemur hujan, telah lah Baju tu tak kering bahahahah ..okey tak lawak!
-__-


Serious Wei..kena paksa main apa ni? 
Main apa Wei? Main apa??? *muka cuak

Meh akak nak pesan ni!
Lain Kali adik-adik keyword tu biaq penuh baru lah adik-adik dapat jumpa apa yang di cari. Ni tak, tak memasak adik-adik dah tersesat ke blog ct cheery a.k.a sari yanti yersi babam (nak jugakkk!!!) Hahaha cian noh Kat depa ni?

Golongan bukan falsampah Ada cakap "Adalah lebih Baik sekiranya Kita bersangka Baik kepada orang lain". So adik-adik ni mungkin nak cari tomboy kena paksa main Batu seremban, jongkang jongket, jgn pandang congkak, celapang, tak pun main teng-teng. Yer lah mana nak rock tomboy main permainan gegirl kan? Logik jugak... Logik..logik..logik

Bersangka Baik ITU lebih Baik yeh kenkawan :D

Tapi hakak Still curious, main apa yeh.??? Eh??? Hahahaha ;p





Friday, November 13, 2015

Bila kena marah dengan bos

Korang pernah rasa?
Alah biasalah kan kalo kena marah ngan bos kan? Gegirl dah rasa pun, baru tadi kahkahkah. 

Tapi gegirl mcm tak taw punca lak kena marah. Gegirl tak salah pun tetiba kena marah. Memang bengang tahap patblasratus kuasa kuda Ku lari gagah berani.

Gegirl rasa sakit kepala, rasa serabut,rasa stress Dan rasa nak muntah
(Dah kenapa pulak nak muntah?)
Hahaha

Aku kalo kena marah dan2 tu jugak kepala jadi serabut, dan2 tu jugak stress. Dan2 tu jugak hypertension. Amoih..amoih..amoih Manja nya gegirl girlishh tuhhh!!!! Rasa nak bagi pat pat siku lipat ja.

Aku tengah lex2 buat kerja sambil joget bahu ikut irama lagu siapa diriku, lagu Ida jebat tu lah, macam nih;

"Jangan2 kau terburu-buru, jangan2 pandai menghukumku, kau tak tahu siapa diriku, hanya tuhan yang tahuuu..."
#Hinjut-hinjut bahu..hinjut-hinju#

Tetiba bos aku masuk pokpekpokpekpokpek 
Bebel Kat aku. Kau bayangkan muka aku macam mana masa tu. Dah lah tengah menghayati lagu girlishh girlish tu. Tanjat taw gegirl. Dahi automatically kerut seribu. Habislah muka aku tua macam bos hahaha.
Perghh.... Ayat tak makan samun

You are purchasing exe bla bla bla should know how to handle this issue bla bla bla handle closely bla bla bla highlighted by warehouse  bla bla bla u need to take action bla bla bla we  are not simply receive item bla bla bla not fulfill our requirements bla bla bla....apa lagi entah dia Bebel. 

Bla bla bla tu sebab otak blank tetiba mcm di alam mimpi. Macam blur pun Ada jgk hahahaha

Aku betul2 blur masa kena marah tu. Bos aku ni nak buat lawak antara benua ke hapa. Tapi tengok muka macam serious pulak. Aku nak sengih tak sengih ja. Nak sengih takut.....kang high jump pulak orang tua tu hehe

Aku tak selesa blur lama2, aku pun Tanya lah "Mr D inform u ke?"

"If u tak boleh nak handle, inform I, I boleh tolong u handle" pastu dia terus masuk bilik dia. Aku bangun Dan follow. Aku respect satu ja dengan bos aku ni, dia marah macam mana pun tak pernah sampai tahap melenting. Sabar jer orang nya. Bebel jer lah modal dia. Bebel pun dengan suara yang merdu nak amat tahap nak amik pasu bunga hentak kat kepala sendiri. Punya merdu sangat kan. Bergegar tulang rusuk kiteyy. Anak buah dia pun confuse, bos ni marah ke tak?
Kehkehkeh

Aku masuk, explain Kat dia issue nih for take noted jer. Barang yang Mr D complain tu barang lama received on June. Aku sendiri pun tak masuk keje lagi. Now dah November, celah mana nak return balik barang tu. Gap almost six months. Supplier mana nak layan issue mcm nih. Lagipun kau dah pakai sampai half dah, baru kau nak complain sekarang. What the fish sangat nih!!!! So salah sapa? 

Gegirl sampai kol supplier mintak clarification why barang received on June look different than previous punya. Mintak supplier check dengan warehouse diowang lagi. Takut salah hantar ke kan mana nak taw. Supplier check tengok saiz sama takde different apa pun just saiz roll tngok pada Mata kasar macam kecik.

Supplier siap reply email lagi taw. Bos tak baca email lah tu. Pastu nak marah2 gegirl plak. Sentap belikat gegirl taw! Sob sob sob T_T


Baik bos mintak maaf sekarang! Saya dah sentap nih, kang saya merajuk apa pun tak leh! Hanya mampu bermonolog dalam hati ja lah pun. sambil urut urut Dada sendiri sebab nak sebak sangat dah. Yerlah...gegirl kena marah, okey??
Tanjat2 gegirl taw

Tak lama pastu ,bos panggil mintak maaf, dia tak perasaan email. Bukan tak perasaan actually, tak sempat nak baca email. Sibok dari last week lagi...tambah2 sekarang nih bos dept lain asyik nak hentam bos aku jer. Kesian tapi apakan daya gegirl cuma mampu joget joget lambak sambil makan kuaci bunga bunga Matahari.

Nasib Baik bos mintak maaf. Gegirl dah nak majuk tenuk patplohpat hari dah tadi.

Takpe gegirl yang cun mcm sari yanti maafkan bos. Kita manusia biasa, buat kesilapan tu perkara biasa, Kita maafkan dan buat biasa-biasa, dah nama pun manusia biasa. hahaha dah mcm pantun 4 kerat dah.

Bila dah bos mintak maaf tu, mood yang nak serabut dan muntah tadi terus ceria, seceria bunga matahari kembang disiang hari dibawah teriknya matahari. Gegirl pun mengutip kuaci dari satu bunga ke satu bunga untuk santapan dikala stress. Umpama kais pagi makan petang kais petang makan malam.

Gegirl rasa entry nih mencarut entah apa-apa. Nampak sangat gegirl takde idea.

Gegirl gegirl sangat...girlishh pulak aku!!
-____-


Tengok sikit muka kena marah dengan bos tadi! Cun nya macam anjalina jolie berlaki brad pitt. Bahahaha


P/S: mood mencari sesuatu yang hilang



Thursday, November 12, 2015

Keropok pulut


Itu hari dapat 2 peket keropok dari Neng. Keropok pulut and satu lagi keropok ikan kot. Katanya keropok pulut ni dari jawa, Indonesia. Family member buat sendiri lagi. Makanan orang jawa rasanya. Itu hari husband dia Ada balik indon, Ada kenkawan dia kirim, so dia simpankan untuk aku 2 packet. Alhamdulillah rezeki guwee kihkihkih


Aku paling tertarik dengan keropok pulut tu. Orang Melaka panggil keropok inang-inang ke? tak silap lah. Ada yang makan curah dengan air gula Melaka. Tapi pada aku rasa dia okey jer takde lah tawar pun. Sedap jer and aku suka hehe. 1st time jumpa kan, so macam jakun sikit.


Ni rupa dia sebelum digoreng. Macam kerak nasi aje kan?


Ini rupa selepas di goreng. Goreng keropok ni memang makan minyak sikit. Sesuai buat kudapan sambil tonton citer Indonesia Pendekar Tongkat Emas  ^__^



Sekian entry jakun!
-..-


Wednesday, November 11, 2015

Shopping Diwali


Aduyai, hari nih sedih toi! 
Sedih mengenangkan aku terlupa pasal karnival karangkraf. Dah terlepas date baru teringat. Tu pun lepas baca blog jepun mari2. Dah plan nak beli majalah and buku banyak-banyak buat mini library Kat rumah. Saja poyo, bukan Ada owang lain nak baca pun, aku ja nak baca..buat semak rumah boleh lah. Nampak lah home educated sikit kan. Wah?? Rumah kena educated, orang tak educated takpe kahkahkah

Sehari sebelum diwali kuar shopping jab dekat Mydin USJ. Niat takde lah nak shopping apa pun,just nak beli makanan untuk Ajiesyi. Makanan dia dah habis, sian pulak makan ikan rebus ja, takde variasi langsung rasa. Lagipun aku keje kan kadang-kadang tak sempat nak Gaul ikan and nasi. Kalo ada instant food senang, taruk ja banyak2 dalam tu. Dia lapar nanti dia Cari lah dalam sangkar. Senang Bela Anak laguy nih...hahahahaha


Cantik benda alah nih..Indian panggil kolam atau rangoli. Tahu tak korang, kolam atau rangoli ini lambang penyembahan dewa kekayaan. Rumah atau tempat yang dihiasi kolam ni dipercayai akan dikunjungi dewa kekayaan ni. Kalau takde, dewa tu tak datang lah rumah tu. Ini kepercayaan agama diowang lah kan. Kita Islam tengok boleh percaya jangan.


Aku tak boleh betoi nengok mug cantik-cantik nih. Corak ,color block menawan kalbu. Ikut Hati nak rembat semua ja. Nasib Baik tak bape nak kaya bulan ni.


Pinggan plastic ja nih, pun buat aku rambang Mata. Masalah toi, mak-mak sangat dah aku ni. Ni petanda nak jadi suri rumah ke hape nih? Hihi


Belikan satu set baby stokin untuk Ajiesyi. Eh...bukan, untuk baby  Neng.


Ini lah Neng. Nama dia Tini tapi aku panggil Neng. Marah dia aku panggil Neng. Hahaha
Dia lagi kejam panggil aku kakak...padahal aku muda dari dia okey. Dia cakap biarlah, rasa muda sikit. Tak hagak-hagak nak nampak muda pun. 


Ini Anak Neng from Indonesia tapi lahir di Malaysia. Nama dia aku tak hingat,nak sebut pun rasa kebas lidah.huhu


Terjebak makan nasi ayam penyet. Rosak diet guwe. Thanks Neng sebab blanja 



Banyak jugak sales diwali nih sampai aku sangkut gak beli barang plastic. Harga barang yang aku beli ni around 10 hingget jer. Kasut Dan Baju pun banyak sales. 50%,70% dimana-mana. Nak nangis aku nengok huhu


Yeah...belikan jamban baru untuk Ajiesyi. Jamban yang lama mcm kecik sangat. Ajiesyi ciwi jamban Baru tu hahahaha
Kucing pun pandai excited!


Aku belikan prodiet untuk Ajiesyi. Okey lah dari takde. Ni makanan utk standby ja. Ajiesyi favorite dia ikan rebus Gaul sama nasi. Kalo Ada lauk rebus nih instant food dia tak pandang dah. Kalo takde bawu dia makan. Makan dalam terpaksa.hahahaha
Prodiet ni murah pulak Kat mydin ni. Harganya RM5++ exclude GST. Tapi Kat matahari mall RM6++ exclude GST.


Takde modal sangat nak citer. Nak pergi jenjalan on weekend pun dah takde mood. Rasa nak rehat, pegi bercuti ke...nak release tension tapi ...alahai kewangan tak mengizinkañ pulokkk T__T Sabor jelahh!

P/S: mintak DOA Allah cukup kan rezki Kita semua yeh! Amin

Saturday, November 7, 2015

Sabtu yang bosan

Perangai sangat aku sekarang ni. Malas tak taw nak cakap cmner, nak type pun malas. Bayangkan lah tahap malas tu mcm mana kan. Syndrome orang perempuan kot.

Jumaat tu timbang berat naik 1.2 kilo, padahal minggu lepas dah turun 4 kilo. Why minggu ni naik pulak! Uwarghhh......cannot accept kenyataan. 

Okey, I know why, penyakit orang perempuan! Eh ...Kat blog pun nak citer ke?? Hahaha

Alah,korang sporting semua kan?

Sabtu aku sangat bosan...seharian duduk rumah. Tido memanjang. Owh by the way, minggu ni cuti aku jd 4 hari AL isnin and depavali selasa. Warghhh...tak kan 4 hari nak tidoq ja??? Matiklah aku,naik lagi lah berat aku cmni...!!! 


Pagi tadi breakfast mee Kari, gigih bangun Mandi seawal 8 pagi. Kuar pegi beli dekat gerai depan sekolah rendah taman Medan tu. Tak taw lah Napa aku suka sangat mee Kari acik tu, orang lain ckp biasa-biasa ja tapi aku ckp besT. Mee kari dia tak over dan tak kedekut sangat. Padan lah dengan harga 3.50 tu, makan pagi-pagi pulak tu. Terpulang lah, citarasa lain-lain kan.


Tengahari tu tak makan apa-apa, terbongkang bersama dengan ajiesyi. Ajiesyi ni boring rasanya, terkurung dalam rumah aje. Kecian gak Kat dia, tak sosial langsung hahahaha.

Actually aku selalu bukak pintu biar dia main Kat luar tapi hari ni Ada kucing jantan dok wusya dia. Wisau aku, kang dibiar bunting pulak Anak aku. Aduyai cannot accept lah. Tak ready nak terima cucu. Aku dah pesan Kat dia kalo Ada kucing jantan kaco ajie cepat-cepat lari masuk dalam,okey? Dia meow macam dia paham rupannya tak paham T__T

Ada tak ubat yang buat kucing mandul? Perghhh...bunyi macam kejam kan? Urmm...tak kan nak bagi makan pil perancang? <__> Ingat nak Tanya kedai, tapi tak teringat nak Tanya hahaha


Terjaga Asar tu pewut kelaparan. Makan lah nasi sikit dengan ayam masak halia. Taruk sawi and suphoon sikit. Resepi suka Hati Mak nenek aku ja, main campak mana ada Kat rumah. Nasi memang aku dah control. Satu hari satu Kali ja makan nasi tu pun qty sikit. Nasi aku makan kalo kempunan sangat ja. Aku turun 4 kilo minggu lepas tu sebab aku tak makan nasi seminggu. Aku memang on diet sekarang, nekad nak turun berat 10 kilo.

Poyo ke? Memang poyo sangat. Aku wisau hangat-hangat taik ayam ja aku nih.hahahaha

Tapi semangat nak citer korang program diet aku memang berkobar-kobar nih. Lain entry aku citer yeh, sekarang tengah syndrome malas heheh


Tahu tak, aku keje dekat company barangan skincare and body care? Staff dapat beli dengan harga murahmurah 25-30% mcm tu. So, kalo nak harga murah nak order dgn aku Boleh ja. Barang yang boleh dibeli seperti perfume,talcum,shampoo,shower shampoo,mandian susu protein,barangan penjagaan baby dan mcm2 lagi lah. Brand irise,forum,home valley,loving touch,shurah dan product kesihatan ada jugak. Product kesihatan ni tak banyak. Bukan keluaran company aku pun, just offer dari client.


Product kesihatan tu nanti aku buat satu entry yang lain. Harga aku akan maklum kan if Ada yang berminat lah yeh. If berminat comment Kat entry nih hahaha.
Tapi aku terus terang lah, harga aku akan up 3 hingget untuk sekali invoice. Habuan minyak kete nak deliver Kat korang. Sowy barang aku tak mau courier. If korang stay jauh sangat dari aku pun tak mau jgk. Leh jumpa tengah2 lah. Aku main area PJ,shah alam,subang and Usj. 

Giler...pemalas tuan blog.

Bukan apa dengan 2 hingget tak berbaloi lah. Tol sekarang berhingget2. Ada sorang brader tu, member adik aku lah soh aku hantar Kat klang. Hoi jauh sngat tu, tol pun dah 2 hingget. Korang pun mesti fikir jugak, tak berbaloi nak dtg PJ collect brg kan.

Okey lah, aku cau cing cau lu, nak lipat Baju yang selonggok terkumpul.

P/S: aku dah continue tulis cerpen..mana datang semangat nih entah hahaha



Hikayat Si Gadis Labuci -epsod 8

Nazim meraup wajahnya dengan telapak tangan setelah penat meneliti dokumen-dokumen penting syarikat di atas meja. Dia kemudian menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya dipejamkan rapat. Bukan sekadar Mata, mindanya jugak terasa letih.

     Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia teringatkan gadis yang dijumpainya tempoh hari. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Sungguh! Gadis itu amat melucukan. Gadis itulah yang melanggarnya di shopping mall sehinggakan dia kehilangan gigi dan dia tahu gadis itu jugak yang menconteng keretanya semasa dia menghantar Adli pulang ke kampung. Jadi dia gunakan dua kejadian itu sebagai medium untuk mendapatkan bantuan percuma dari gadis kampung itu.

     Dia suka mengusik gadis itu. Wajah yang kemerahan apabila sering diusik membuatkan dia semakin galak menyakat. Masih terbayang lagi pada peristiwa dimana dia nekad berjumpa dengan gadis itu di kampung Adli. Susah payah dia mendapatkan bantuan Adli untuk berjumpa dua mata dengan gadis itu. Dia tiada pilihan selain mengugut (ugut)  gadis itu untuk membantunya berpura-pura sebagai teman wanitanya. Sekiranya dia menceritakan hal sebenar bahawa sengaja memilih gadis itu Pasti sumpah serana yang akan diterimanya. Gadis itu jinak-jinak merpati, Mudah didekati tetapi sukar untuk mendapatkannya.

     Nazim mencapai telefon bimbitnya, dia merancang untuk membaca gadis itu untuk dipertemukan dengan mummy dan abahnya. Nazim yakin, pasti mummynya tidak akan syak wasangka apa-apa apabila melihat gadis itu nanti. Siapa sangka gadis ayu dan bertudung itu hanyalah pelakon yang dipilihnya untuk mengaburi Mata mummy. Dia cuma harap rancangannya selesai dan secara tidak langsung berjaya melepaskan diri dari gadis pilihan mummynya.


Lyn Zauyah tidak dapat melelapkan matanya. Mengiring ke kanan tidak kena, mengiring ke Kiri tidak kena, telentang lagi lah tidak kena. Fikirannya terganggu asyik teringatkan SMS yang diterima lewat petang tadi. Kalau betullah Budak bandar tu datang rumah untuk menjemputnya esok, habislah dia. Sudahlah nak dibawa dia berjumpa dengan bakal mentua, ibu dan ayah dia pulak tidak dimaklumkan langsung tentang hal itu. Eceh, bakal mentua ke?' Zoey ketawa geli hati. Berlakon aje zoey, tak payah nak berangan lebih-lebih, buang masa!

     Zoey memanggung kepalanya. Otaknya terus mencari idea, bagaimana hendak memberi alasan kepada kedua orang tuanya. Pasti mereka terkejut dengan kehadiran Nazim yang tiba-tiba itu. 'Kalau tiba-tiba abah keluar parang kejar Nazim satu kampung macam mana?' Zoey duduk bersila di atas katil. Matanya meliar memandang ke sekeliling biliknya. Jiwanya betul-betul resah. Beberapa Kali dia mengosok matanya. Sudah beberapa Kali dia membaca ayat-ayat suci, tapi matanya masih lagi degil tidak mengantuk.

     Dia mengerling ke arah jam dinding, jarum jam berada pada angka tiga. "Kenapa ni Mata, oii?  Takkan fikirkan budak bandar tu sampaikan kau tak nak lelap? Aku letih la, oii!!" Marah zoey pada matanya sendiri. Bosan melayan Mata yang tidak mahu lelap, dia terus keluar dari bilik dan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Remote control di atas meja dicapai lalu jari menekan butang on. Zoey tidak sedar bila dia terlelap.


To be continued........

Related Link:

Wednesday, November 4, 2015

Hikayat Si Gadis Labuci -epsod 7

"Lima ribu? Mana kau nak cari duit banyak tu, zoey? Melampau lah, mintak kurang! Mintak kurang!" Iza merenung wajah ayu Lyn zauyah yang kelihatan gelisah.

     Lyn zauyah meletakkan cawan air Teh di atas dulang. Kelihatan Teh di dalam cawan masih belum terusik menandakan masih belum diteguk zoey. Zoey mencapai ranting kayu yang digunakan untuk melakar '5k' pada tanah di belakang rumah Iza. Lalu diconteng contengnya angka tersebut. Zoey memandang Iza dan mengukirkan senyuman. Setiap Kali datang ke rumah Iza, dia mesti menghidangkàn minuman sambil bersantai di pangkin belakang rumah. Kata Iza senang untuk mereka berdua berbual-bual.

     "Aku fikir nak terima tawaran budak bandar tu!" Zoey memandang riaksi Iza sekilas lalu memandang jauh sawah padi dihadapannya. Sangat lapang dan mendamaikan. Malangnya hatinya kini sedang walang memikirkan ugutan Nazim terhadapnya.

     "Kau dah fikir habis ke zoey? Kita tak tahu pun tau niat sebenar budak bandar tu? Entah-entah dia ada niat tak baik dekat kau?" Rungut Iza dengan nada tidak puas Hati.

     "Alah Iza, aku cuma perlu berlakon untuk jadi girlfriend dia seminggu ja! Tak susah pun kan?"

     "Kalau dia Ada niat tak Baik macam mana?" Iza menjongket keningnya.

     "Aku lari lah! Kalau dia cuba-cuba buat benda tak baik pada aku, aku cepat-cepat undur diri, dan pergi balai polis buat laporan. Amacam??" Zoey menjongketkan kening membalas Iza.

     "Kau ni berani sangat lah zoey!" Iza mencapai biskut kering lalu dicelop dengan air Teh. Zoey telan air liur, sedap jugak makan sambil Santai petang-petang macam ni.

     "Kita Boleh share bayar kan, zoey? Lagipun aku pun conteng kereta dia jugak!"

     "Aku tak nak susahkan kau, Iza. Aku punya idea kan conteng kereta dia hari tu. Walaupun kongsi, dua ribu setengah tu tetap banyak. Mana aku nak korek duit. Kau lain lah, boleh mintak dekat abang kau, aku ni?" Zoey mengeluh mengenangkan dia adalah Anak sulung Deraman dan Zakiah. Bahkan keluarganya bukan orang berada. Rezeki sekadar cukup dan selesa.

     "Okey tapi dengan syarat? Aku nak tahu segala perkembangan modus operandi kau nih, dan aku nak Bantu kau, maksudnya aku ini merupakan ahli modus operandi kau tu". Iza menunjukkan ketegasannya.

     "Alahai kau ni main modus-modus pulak! Okey, aku setuju!!" Zoey menghulurkan tangan dan dua sekawan itu berjabat tangan tanda kerjasama.


To be continued........

Related Link:

Sunday, November 1, 2015

one city sky park

Jomlah Kita update entry sebelum kisah INI basi ditelan dek waktu hihi
Malas sangat aku sekarang nih!ish..ish

Semalam aku and moktie pegi tengok wayang. Boring sangat dok rumah pun, asyik gaduh ngan ajiesyi ja. Ajiesyi pun mesti stress kan, apa dia buat semua tak kena. Itu tak boleh INI tak boleh. Dah macam Mak Mak sangat dah aku nih.


Kami orang tengok wayang citer "PAN" dekat one city yang Ada sky park tu dekat puchong. Giler rasa in nature pegi situ. Damai giler. One city tak crowded dengan orang ramai. Tenang and sopan ja situ. Parent yang nak bawak Ank kecik tengok wayang sesuai sangat Kat situ takde pemandangan yang menyemakkan. Anak Ank pun tenang and behave Kat situ. Tempat makan maybe problem sikit sebab takde banyak pilihan. Kat situ banyak restoran Korean ,jepun dan sewaktu dgnnya. Kami orang pun makan buah jer Kat situ.hahaha 

By the way, citer "PAN" tu best. Kisah Anak Anak yatim yang diculik boleh pirate. Memula nak tengok polis evo tapi time lambat sangat,6.30 ptg lama pulak nak menunggu kan. Moktie bkn main tak nak nengok citer "PAN" sebab citer budak2 tak adventure katanya. Coihhhh!!! Sungguh2 aku cakap Kat dia best. Citer imagination mat salleh nih biasanya best kan. Finally dia beli jugak hahaha sebab malu nengok aku dah melompat anak Kat situ.huhu

Yer ...otak aku memang kdg2 keanak anakan sikit. Hahahah


Dah habis wayang lepak Kat ground floor. Duduk2 Kat rumput buatan nih. Aku ingat original kau taw. Aku pun belek cabut2 xkuar plak rupanya plastic hahah....jakun sangat!



Aku kalo ceria selalu overdose. Sedih pun overdose, camner tu? Sedang2 dah lah kan?


Moktie tak habis2 ckp "eh citer PAN tu best lah, kelakar!". Hah...bawu dia taw kan!!

Nak naik skypark tapi mcm dah lapar sangat. So kami orang berambus jer lah dari situ. Tak sempat pun nak naik atas. Moktie kata kalo naik malam lagi best. Ko akan rasa takut ja nak jijak lantai sebab lantai cermin kan. Next time lah pegi lagi.

Lepas tengok wayang tu, moktie ajak makan satey tulang dekat seremban. Lagipun dia Ada keje sikit dengan mek ain.
So ikut jer lah....sebab kalo moktie start bercerita betapa sedapnya makan Kat situ ..even Ko baru dengar jer citer dia Ko dah tertelan telan ailio membayangkan kesedapan makanan tu. I cannot tahan lah citer makanan sedap sedap. Nak pegi laaa tu jugak hahaha

On the way pegi tu, hujan dah lebat sangat plak. Singgah umah ain dekat 2 jam jugak. Berbual dengan Emak ain...banyak topik bercerita.


So malam dah seryat hujan bawu kami orang kuar makan tapi bukan lagi satey tulang Hahaha. Kat restoran Indonesia. Restoran binjo tak silap aii. I and moktie order nasi ayam penyet. Nasi AYM penyet dia lain sikit xde Tempe..Ada sayur Dan amenda tah masak kicap...mcm fishcake ja tapi ayam penyet dia serious sedap. Gambar memang tak teringat nak snap sebab memang lapar tahap kebulur dah. Dari pagi kot tak makan pape.


Tengahhari makan buah ja mana tak kebulur, sensorang muka freak dah macam zombie lapaq otak hahahah

 Harga makanan Kat sini murah taw. 4 orang makan tak sampai pun 50 hingget Wei. Niiway, thanks mek ain blanja makan;)

Selesai makan kami orang terus balik. Hujan tak berhenti turun. Syukur hujan Rahmat. Jelebu pun dah takde kan.
Sampai rumah terbongkang tak sedar diri.

Sekian laporan hari INI
^__^