Saturday, November 7, 2015

Hikayat Si Gadis Labuci -epsod 8

Nazim meraup wajahnya dengan telapak tangan setelah penat meneliti dokumen-dokumen penting syarikat di atas meja. Dia kemudian menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya dipejamkan rapat. Bukan sekadar Mata, mindanya jugak terasa letih.

     Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia teringatkan gadis yang dijumpainya tempoh hari. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Sungguh! Gadis itu amat melucukan. Gadis itulah yang melanggarnya di shopping mall sehinggakan dia kehilangan gigi dan dia tahu gadis itu jugak yang menconteng keretanya semasa dia menghantar Adli pulang ke kampung. Jadi dia gunakan dua kejadian itu sebagai medium untuk mendapatkan bantuan percuma dari gadis kampung itu.

     Dia suka mengusik gadis itu. Wajah yang kemerahan apabila sering diusik membuatkan dia semakin galak menyakat. Masih terbayang lagi pada peristiwa dimana dia nekad berjumpa dengan gadis itu di kampung Adli. Susah payah dia mendapatkan bantuan Adli untuk berjumpa dua mata dengan gadis itu. Dia tiada pilihan selain mengugut (ugut)  gadis itu untuk membantunya berpura-pura sebagai teman wanitanya. Sekiranya dia menceritakan hal sebenar bahawa sengaja memilih gadis itu Pasti sumpah serana yang akan diterimanya. Gadis itu jinak-jinak merpati, Mudah didekati tetapi sukar untuk mendapatkannya.

     Nazim mencapai telefon bimbitnya, dia merancang untuk membaca gadis itu untuk dipertemukan dengan mummy dan abahnya. Nazim yakin, pasti mummynya tidak akan syak wasangka apa-apa apabila melihat gadis itu nanti. Siapa sangka gadis ayu dan bertudung itu hanyalah pelakon yang dipilihnya untuk mengaburi Mata mummy. Dia cuma harap rancangannya selesai dan secara tidak langsung berjaya melepaskan diri dari gadis pilihan mummynya.


Lyn Zauyah tidak dapat melelapkan matanya. Mengiring ke kanan tidak kena, mengiring ke Kiri tidak kena, telentang lagi lah tidak kena. Fikirannya terganggu asyik teringatkan SMS yang diterima lewat petang tadi. Kalau betullah Budak bandar tu datang rumah untuk menjemputnya esok, habislah dia. Sudahlah nak dibawa dia berjumpa dengan bakal mentua, ibu dan ayah dia pulak tidak dimaklumkan langsung tentang hal itu. Eceh, bakal mentua ke?' Zoey ketawa geli hati. Berlakon aje zoey, tak payah nak berangan lebih-lebih, buang masa!

     Zoey memanggung kepalanya. Otaknya terus mencari idea, bagaimana hendak memberi alasan kepada kedua orang tuanya. Pasti mereka terkejut dengan kehadiran Nazim yang tiba-tiba itu. 'Kalau tiba-tiba abah keluar parang kejar Nazim satu kampung macam mana?' Zoey duduk bersila di atas katil. Matanya meliar memandang ke sekeliling biliknya. Jiwanya betul-betul resah. Beberapa Kali dia mengosok matanya. Sudah beberapa Kali dia membaca ayat-ayat suci, tapi matanya masih lagi degil tidak mengantuk.

     Dia mengerling ke arah jam dinding, jarum jam berada pada angka tiga. "Kenapa ni Mata, oii?  Takkan fikirkan budak bandar tu sampaikan kau tak nak lelap? Aku letih la, oii!!" Marah zoey pada matanya sendiri. Bosan melayan Mata yang tidak mahu lelap, dia terus keluar dari bilik dan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Remote control di atas meja dicapai lalu jari menekan butang on. Zoey tidak sedar bila dia terlelap.


To be continued........

Related Link:

No comments:

Post a Comment