Nuffnang ads

Sunday, November 9, 2014

Cara ternak lemak paling mudah


Vavavavavavav...otai tak tajuk kite kali ni?
Ada bunyi macam 'best women win' kan kan?
hikhikhik ^_______^

Ok entry aku ni bukan nak menghina atau menganiaya atau mengutuk lemak kat perut tu
takde..takde langsung kena mengena dengan lemak tepu mahupun lemak tak tepu

Tetapi sekadar ingin berkongsi satu cara menternak paling mudah,paling rilex
dan paling cool di alam semester ni

HAHAHAHAHAHA
Dan jangan risau...
benda ni tak pakai vacum sedut lemak atau menganiaya sesiapa
Ni cara paling K.L.I.N aka bersih


Ok, untuk mulakan korang kena ada 3 perkara
Duit, pen dan selera

Duit diperlukan untuk beli burger,roti john,roti kebab,roti oblong
Roti-roti ni depend on selera korang
Nak beli roti apa pun tak pe
Roti kering pun takpe




Pen pulak digunakan untuk mencatat jadual harian

Apa? tak paham??

takpe, aku ajar

macam ni, pagi sarapan burger mini 2 ketoi
lunch makan oblong seketoi

minum petang makan kebab seketoi
dan lastly dinner makan roti john seketoi

Selera pula diperlukan untuk menjamah ke semua roti yang dibeli tadi
takde selera apa pun tak jadi la beb!!

Korang catat semua ni dari 1hb sampailah 31 hb
korang kena catat sebab nanti senang nak tahu bape banyak jumlah kalori
yang korang dapat himpun...

camne nak kira dia..
Dalam setiap roti tu ada kandungan lemak,karbohidrat dan protein

Dalam sekeping roti ada 0.8g lemak,12.3g karbohidrat dan 2.3g protein
Nak kira kalori?
gram lemak didarab dengan 9 = 7.2 kalori
gram karbohidrat didarab dengan 4 = 49.2 kalori
gram protein didarab dengan 4 = 9.2 kalori
Jadi,Total: 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6 kalori atau genapkan 66 kalori

Korang kena ingat...kiraan diatas cuma kiraan untuk roti sahaja taw 
tak termasuk bahan-bahan sampingan lain lagi
macam sos,ayam dan mayonis



selesai !!

dan cukup bulan akan nampak hasilnaya

Makin hari makin bertambah berat
maksudnya lemak makin bertimbunlah
BAHAHAHAHAHA


Seriously 

aku dah try..memang berkesan pada aku

korang juga boleh buat benda ni secara berjemaah bersama isteri/suami atau housemates

APA?
TAK PAHAM JUGAK??


hidup ni jangan bangang sangat boleh tak??

INI maksudnya manusia yang bangang tak dak idea bangang menghasilkan entry bangang

Ok...jom makan aiscream sejukkan hati
i blanja u huhuhuhu


P/S: setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga 
(tidak dibakar) akan menambah 1kg berat badan


3 comments:

  1. nak ais krim tu
    jemu dah makan burger
    hahaha :D

    ReplyDelete
  2. terus rasa lapar *buatmukakesian~
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahahha...

    tp fakta bawah tu tipu... akak mkn 1000kalori dah boleh naik berat sekilo..acaner tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...