Nuffnang ads

Sunday, July 28, 2019

Sihat2 lah syg...Ummi tak mampu check-up Swasta.


Alahai...lamanya tak hupdate entry. Mana peginya resolusi nak hupdate blog kerap-kerap tu? Factor pembawakan!!!! Hahaha...tak habis-habis 'factor pembawakan'. 

Rindu dengan tuan blog tak? Up Sikit Muka berseri tu... kahkahkah

Serious nih nak Tanya, berseri tak hakak?
Hehehe....sekarang preggy dah cukup 36weeks. Ramai sangat dah tegur hakak berseri-seri dan ramai yg cakap preggy baby girl. Tak tahu lah Aku...scan Hari tu doc xnampak...so redha ja lelaki ke pompuan ke janji baby sihat dan sempurna seadanya. 

Alhamdulillah..masuk 36weeks, Hb dah back to normal. So tak dak masalah anemia. Yang aku risau sekarang nih...big baby sbb history lalu ALuth big baby. Last scan sebelum induce 3.32kg ja kot...sekali keluar 4.08kg...jauh sngat bezanya tu. So aku sebagai bakal melahirkan second baby off course risau. Nervous dan takut tu tak boleh nak bawak bincang...Aku nak push mcm mana nanti? Kalo anak aku sangkut macam mana? Haiihh...wisau sangat...tak nak pikir tapi pikir jugak..amacamner tu?

Isnin Hari tu appointment dengan doctor utk scan baby. Dari pagi menunggu sampai 12 lebih, dekat2 kul 1 jgk bawu dapat jumpa doctor. Dah jumpa doctor, doctor tak nak scan pulak. Jangan kata check pewut, pegang pewut pun tak... interview jer. Yang aku frust sangat tu....scan idok, tewus jump in conclusion, aku kes low risk so boleh beranak hospital lama. What the fish? Aku leh sabar lah lagi...pikir positive lah kononnya... Aku siap cerita doctor Aku nih anemia during pregnancy, history big baby. So nurse from Penang mintak repeat scan sbb wisau big baby Kan... doctor tu boleh tanya masa  beranak 1st baby tu ada sangkut tak? Baby Ada masalah tak? Awk boleh push tak?... Muka Aku serious bengang. APA jenis doctor ni? Dah settle interview Aku keluar ... Aku cool lagi. Bagi buku pink kat nurse yg last checked for any incoming appointment tu.

Tnggu lagi untuk Nama dipanggil...dan aku adalah owang last dipanggil utk pulangkan buku...masa tu Aku sebak sangat dah sampai menangis tersedu-sedu. Memang tak boleh nak sembunyi dah. Masa tu dah hampir pukul 2. Doctor dan nurse semua dah kuar. Yang tinggal nurse yg checked buku pink tu dan cleaner pun dah masuk utk sapu sampah kat hall tu. 

Nurse panggil Nama Aku...dia nampak Aku nangis, dia dah panic. 2,3 Kali Tanya Aku ok tak? Sakit ke? Aku Tak boleh nak jwb sbb tngah sebak. Dia biar Aku tenang dulu sebelum Tanya lagi 'sakit ke?'. Kalo sakit Adik kena pergi hospital ni. Aku mengadu semua ngan dia. Aku ok just tak larat sebab tnggu dari pagi kul 8 dpt jumpa doctor dah dekat pukul 1. Paham2 ja lah mengandung duduk ats kerusi lama2 sakit dia mcm mana? Yang mengandung mesti faham Kan.
Alih-alih dpt jumap doctor.. doctor ckp tak yah scan. Padahai tujuan appointment tu utk scan. Kalo setakat dtg, utk interview jer...klinik desa pun boleh buat la. Aku seriou serik...Rasa sia-sia dtg jauh2 tnggu lama2 utk jumpa doctor.

Nurse tu terkejut...dia belek buku Aku. Dia pun Tanya kenapa doctor tak nak scan...padahal kat buku nurse Penang dah noted suruh repeat scan. 
Don't ask me nurse! Serious..mental dah koyak!!!

Nurse tu tak puas Hati...dia Cuba Cari doctor tu balik tapi syg, doctor Tu dah balik.  Entah mana, nurse tu dtg kat Aku bagitau pakar nak scan aku...dia suruh tnggu kejab. Tunggu tak lama pun..pakar terus datang scan Aku. Bersyukur sangat...penantian Aku berbaloi jugak .. sekurangnya lega Sikit perasaaan nih ..bila scan baby just 2.6kg kandungan 36weeks. Pakar cakap Kalo Naik pun baby dalam 3.6 something jer. Tak Akan lebih 4kg. Alhamdulillah syukur...

So pengajaran Kat sini...buat lah aduan sewajarnya Kalo Rasa layanan tak dpt seperti yg sepatutnya. Memang kat KK ramai pesakit...sabar tu penting...tapi Kalo service sepatutnya tak dpt memang melampau lah Kan. Kita bukan nak burukkan doctor, doctor pun manusia, Ada Rasa penat if pesakit terlalu ramai tapi pesakit sendiri pun penat menunggu dgn keadaan yg tak sihat semata-mata utk jumpa doctor. Adakah doctor terlalu maksum sehinggakan tidak buat kesilapan atau tidak boleh ditegur? Doctor berpelajaran Mempunyai ilmu tinggi dalam Bidang masing-masing tapi jgnlah buat keje Lepas tangan. 

Itu dia luahan perasaan dari seorang ibu Yang tak mampu check-up swasta ...hahaha

Bye...bye

3 comments:

  1. nak ternangis sama sama lak baca...sebab pernah alami berkali kali layanan buruk dr doktor gomen... tp nak buat macam mana..masa tu memang takde duit...tabah aje la menunggu...dah dapat jumpa..doktor pulak herdik herdik...scan marah marah..tunjal2 perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy...Kalo tahap tunjal2 Tu memang melampau. Tunjal kepala dia bawu taw.

      Delete
  2. kesian doktor gomen
    Beban tugas mereka melebihi had.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...