Nuffnang ads

Sunday, October 20, 2019

Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?


Copy paste dari Facebook Khairunnisa Hamzah
______________________________


Tandas bilik tidur tidak patuh syariah?

Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.

Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139

Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!

Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.

Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : " Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat"

Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara "Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti"

Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.

Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.

Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”

(HR. Bukhori 5624)

2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)

Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.

Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.

Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : "I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?"

Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.

"Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat".

"Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke"

Seronok dokter bila kita bagi idea.

Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.

Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
#Mommydaddydecor
#Rumahorangmuslim
#Rumahikutsunnah
#RumahIslamik

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...