Nuffnang ads

Sunday, August 4, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Assalamualaikum uolls... entry hari nih dibuat demi support blogger Kita. Sempena Bulan kelahiran blogger Shu, dia ada buat giveaway. Giveaway nih dah Kali ketiga Okey. Wow... Aku pun Ada plan nak buat giveaway tapi Masih tak berhasil hahaha

Okey... blogger Kita nih Lahir pada 04/08.

Selamat Hari Lahir Shu!!!!

By the way... giveaway nih berlangsung pada 04/08 6.16 pagi sehingga 22/08 6.16 pagi. Pemenang Akan diumumkan tiga hari kemudian (25/08)

Sila klik banner dibawah untuk join k


Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Random

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga Dan Keempat :
(akan diberitahu kelak)

Menarik Kan hadiahnya?

jom support blogger Shu..

Thursday, August 1, 2019

Aztec Secret Indian Healing Clay Mask REVIEW


Assalamualaikum uolls...

Sejak akhir-akhir nih viral semula product clay mask yang mampu menyelesaikan masalah jerawat dan mengurangkan resdung. Aku tulis viral semula yeh, mean product nih actually dah lama viral. Tapi biasalah, walaupun pernah viral Masih ada segelintir yang tak tahu tentang products magic nih. Sama Ada terlepas pandang, atau tak koser nak amik port!!kihkihkih

Okey... product ini Adakah Aztec Secret Indian Healing Clay Mask

Masa Aku sekolah dulu Aku dah pernah pakai clay mask nih...Aku panggil Lumpur Gunung berapi. Dia bagus untuk melicinkan kulit. Tapi Clay Mask Yang Aku pakai dulu from Indonesia. Abang ipar Aku dulu kerja kapal...setiap Kali balik dia mesti bawak balik untuk Bini dia, so Aku mcm biasa tumpang sekaki lah Kan huhu. Tapi Clay mask Yang Aku pakai tu bancuh dengan air biasa ja. Mungkin sebab tu masa umur remaja Aku Tak Ada masalah kulit. Clay mask nih memang product magic pada Aku.  


Aztec Secret Indian Healing Clay Mask adalah Lumpur/tanah liat yang dimuntahkan daripada lahar gunung berapi dan dibiarkan menyejuk dipermukaan bumi.  Clay ini adalah 100% Calcium Bentonite Clay dan merupakan elemen mineral semulajadi.
Clay mask ni asal dari USA k. 


Aztec Secret Indian Healing Clay ni Mempunyai structure molekul mineral yang unik dan membawa caj negative. Di dalam kulit wajah kita pulak, terkandung pelbagai racun dan toksin yang bercaj positive. Lapisan clay ini secara perlahan-lahan akan menarik keluar segala bahan kotoran. Dengan tersingkirnya kotoran ini, jerawat dan blackheads  juga dapat dipulihkan taw. 

Yang Aku try nih trail set. 
50ml Raw Apple Cider + 
50g Aztec Healing Clay

Harganya RM 22 sahaja exclude postage.
Nak pakai clay mask nih tengok pada jenis kulit. Macam Aku jenis kulit normal, so 1 Kali seminggu pakainya. Trail set nih, ckup Aku pakai untuk sebulan. Yang nak Cuba dulu best ke tak boleh lah Beli trail set nih.

Dapat free gift mask bowl, spatula dan sheet mask. 

Cara pakai mengikut jenis kulit
Kulit berminyak - 2 Kali seminggu
Kulit normal - 1 Kali seminggu
Kulit kering/sensitive - 2 Kali sebulan

Penggunaan yang konsisten:-
1. Kulit wajah rasa lebih lembut seperti kulit bayi
2. Liang pori akan mengecil
3. Kulit wajah rasa tegang
4. Jerawat pulih lebih pantas
5. Mengurangkan resdung

Baca jugak: 

Step untuk pakai clay mask. Boleh click gambar untuk baca.


Aztec clay mask ni dtg dlm bentuk powder, so dia agak jimat disitu.  Hati-hati dengan clay Mask tiruan. Original color kelabu mcm nak hijau Sikit. Kalo Yang tiruan dia color kekuningan. Satu lagi original bila bertindak balas dengan cuka Apple dia berbuih-buih. Dia bancuh dengan cuka Apple untuk balance Kan pH dia. 

 Pakai  clay mask  ni kena guna perkakas plastic k, metal tak boleh. Sebab apa? Kalo guna besi nanti semua zat, nutrient and what ever goodness yang ada pada clay tu akan hilang. So sia-sia ja nanti.

Pakai Aztec clay mask nih tak perlu lama-lama. Dah kering ja dah boleh cuci. Elok cuci dengan air suam, senang tanggal.

Nampak? Pakai Clay mask ni, nak senyum pun susah. Dia tarik kulit tegang, ketat dan berdenyut kulit. Actually dia sedang sedut keluar segala jerawat, blackhead Whitehead, Minyak dalam kulit tu. 

Rasa Bersih dan licin kulit Lepas cuci. Aku dah pakai lebih 4 Kali...Rasa kulit dah kurang berminyak sejak amalkan clay mask nih ... jerawat pun tak berani nak Naik.

Kalo Lepas pakai, kulit jadi kemerahan tu normal taw..dalam 15-30 minit dia Akan hilang merah2 tu. Merah-merah Tu kesan sedutan tadi lah. "Masak" habis jerawat yang Ada kat kulit.

Kakak Aku pun pengguna clay mask nih...dia Ada resdung taw. Sejak amalkan Clay mask nih, resdung dia dah berkurang. Gatal-gatal hidung dah tak Ada. Kalo dulu memang kena standby selalu napkin kat bahu sebab hidung gatal-gatal. 

Mak Aku, laki aku dan MIL pun Aku Kasi Cuba. So far diowg suka sebab gatal2 hidung tu hilang. Hahaha..laki Aku tu kena paksa Sikit ...lelaki Kan mana mau pakai semua Benda alah nih.. sekali pakai suka pulak dia...siap request lagi nak pakai, Rasa mcm buat facial yg exclusive katanya. Mana tak nya..siap tido berdengkur lagi.
Hahaha...Berat nanang!!! 😆

Nampak? Licin k Muka laki Aku Lepas pakai Aztec clay mask ni.

 Nak cerita pun susah, uolls kena Cuba dan rasai sendiri. Sesuai dengan tagline dia "Feel your Face Pulsate"

Boleh wasap aku untuk order Dan pertanyaan k, www.wasap.my/60175433604

Atau 

Shop link: shopee.com.my/ctcheery87

Atau

Comments jer kat entry ni, nanti Aku reply yeh. Hehe


Sunday, July 28, 2019

Sihat2 lah syg...Ummi tak mampu check-up Swasta.


Alahai...lamanya tak hupdate entry. Mana peginya resolusi nak hupdate blog kerap-kerap tu? Factor pembawakan!!!! Hahaha...tak habis-habis 'factor pembawakan'. 

Rindu dengan tuan blog tak? Up Sikit Muka berseri tu... kahkahkah

Serious nih nak Tanya, berseri tak hakak?
Hehehe....sekarang preggy dah cukup 36weeks. Ramai sangat dah tegur hakak berseri-seri dan ramai yg cakap preggy baby girl. Tak tahu lah Aku...scan Hari tu doc xnampak...so redha ja lelaki ke pompuan ke janji baby sihat dan sempurna seadanya. 

Alhamdulillah..masuk 36weeks, Hb dah back to normal. So tak dak masalah anemia. Yang aku risau sekarang nih...big baby sbb history lalu ALuth big baby. Last scan sebelum induce 3.32kg ja kot...sekali keluar 4.08kg...jauh sngat bezanya tu. So aku sebagai bakal melahirkan second baby off course risau. Nervous dan takut tu tak boleh nak bawak bincang...Aku nak push mcm mana nanti? Kalo anak aku sangkut macam mana? Haiihh...wisau sangat...tak nak pikir tapi pikir jugak..amacamner tu?

Isnin Hari tu appointment dengan doctor utk scan baby. Dari pagi menunggu sampai 12 lebih, dekat2 kul 1 jgk bawu dapat jumpa doctor. Dah jumpa doctor, doctor tak nak scan pulak. Jangan kata check pewut, pegang pewut pun tak... interview jer. Yang aku frust sangat tu....scan idok, tewus jump in conclusion, aku kes low risk so boleh beranak hospital lama. What the fish? Aku leh sabar lah lagi...pikir positive lah kononnya... Aku siap cerita doctor Aku nih anemia during pregnancy, history big baby. So nurse from Penang mintak repeat scan sbb wisau big baby Kan... doctor tu boleh tanya masa  beranak 1st baby tu ada sangkut tak? Baby Ada masalah tak? Awk boleh push tak?... Muka Aku serious bengang. APA jenis doctor ni? Dah settle interview Aku keluar ... Aku cool lagi. Bagi buku pink kat nurse yg last checked for any incoming appointment tu.

Tnggu lagi untuk Nama dipanggil...dan aku adalah owang last dipanggil utk pulangkan buku...masa tu Aku sebak sangat dah sampai menangis tersedu-sedu. Memang tak boleh nak sembunyi dah. Masa tu dah hampir pukul 2. Doctor dan nurse semua dah kuar. Yang tinggal nurse yg checked buku pink tu dan cleaner pun dah masuk utk sapu sampah kat hall tu. 

Nurse panggil Nama Aku...dia nampak Aku nangis, dia dah panic. 2,3 Kali Tanya Aku ok tak? Sakit ke? Aku Tak boleh nak jwb sbb tngah sebak. Dia biar Aku tenang dulu sebelum Tanya lagi 'sakit ke?'. Kalo sakit Adik kena pergi hospital ni. Aku mengadu semua ngan dia. Aku ok just tak larat sebab tnggu dari pagi kul 8 dpt jumpa doctor dah dekat pukul 1. Paham2 ja lah mengandung duduk ats kerusi lama2 sakit dia mcm mana? Yang mengandung mesti faham Kan.
Alih-alih dpt jumap doctor.. doctor ckp tak yah scan. Padahai tujuan appointment tu utk scan. Kalo setakat dtg, utk interview jer...klinik desa pun boleh buat la. Aku seriou serik...Rasa sia-sia dtg jauh2 tnggu lama2 utk jumpa doctor.

Nurse tu terkejut...dia belek buku Aku. Dia pun Tanya kenapa doctor tak nak scan...padahal kat buku nurse Penang dah noted suruh repeat scan. 
Don't ask me nurse! Serious..mental dah koyak!!!

Nurse tu tak puas Hati...dia Cuba Cari doctor tu balik tapi syg, doctor Tu dah balik.  Entah mana, nurse tu dtg kat Aku bagitau pakar nak scan aku...dia suruh tnggu kejab. Tunggu tak lama pun..pakar terus datang scan Aku. Bersyukur sangat...penantian Aku berbaloi jugak .. sekurangnya lega Sikit perasaaan nih ..bila scan baby just 2.6kg kandungan 36weeks. Pakar cakap Kalo Naik pun baby dalam 3.6 something jer. Tak Akan lebih 4kg. Alhamdulillah syukur...

So pengajaran Kat sini...buat lah aduan sewajarnya Kalo Rasa layanan tak dpt seperti yg sepatutnya. Memang kat KK ramai pesakit...sabar tu penting...tapi Kalo service sepatutnya tak dpt memang melampau lah Kan. Kita bukan nak burukkan doctor, doctor pun manusia, Ada Rasa penat if pesakit terlalu ramai tapi pesakit sendiri pun penat menunggu dgn keadaan yg tak sihat semata-mata utk jumpa doctor. Adakah doctor terlalu maksum sehinggakan tidak buat kesilapan atau tidak boleh ditegur? Doctor berpelajaran Mempunyai ilmu tinggi dalam Bidang masing-masing tapi jgnlah buat keje Lepas tangan. 

Itu dia luahan perasaan dari seorang ibu Yang tak mampu check-up swasta ...hahaha

Bye...bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...