“Tie aku dah nak pergi nie.” Suhana menahan sebak didada. Sesungguhnya dia
amat terharu kerana tercampak jauh ke negeri orang. Di sini Kedah merelakan
pemergiaannya dan di sana Sabah mengamit kedatangannya. Di sini, dia akan
meninggalkan insan yang disayanginya dan di sana belum tentu ada insan yang
sudi menyayanginya.
“ Pegi lah aku tak halang ang pun.” Ada senyuman
mengusik di bibir Tie. Sesungguhnya dia amat terharu pemergian seorang lagi
sahabatnya untuk meneruskan perjuangan masing-masing sebagai pelajar. Dia juga
akan pergi seperti mereka untuk meneruskan perjuangan yang sama cuma bezanya
hari ini dia menangisi pemergian Suhana tetapi besok hanya keluarga yang
menangisi pemergiannya.
“ Aku sedih nak pergi jauh, takut pun ada. Sedih
nak tinggal ang pun ada.”
“ Dah lah
tu Na, jangan nak touching sangatlah. Kalau ang tak tinggal aku hari nie, besok
aku tinggal ang jugak.
“ Ang tak
mau hantar aku ka?”
“ Tak lah Na, sorry okey. aku ada hal belum
settle. Aku pun tak habis packing g nie. Besok pagi dah nak bertolak. Lagipun
aku takut kat sana nanti aku nangis nak ikut ang pulak hehehe…Kat KLIA nanti
Yooh hantar ang kan?”
“ A’ak…Gee
pun nak hantar aku gak. Dia hantar aku sampai kat KL.”
” Oooh..ya
ka? Nanti kirim salam rindu kat Yooh eh?” Suhana dapat melihat dengan jelas
perubahan wajah Tie apabila nama Gee disebut. Mungkin Tie risaukan dirinya yang
masih tak dapat melupakan nama lelaki itu. Dia tahu dia perlu jelaskan pada Tie
bahawa dia rapat dengan lelaki itu tak lebih dari sekadar kawan biasa selepas
kehancuran hubungan mereka.
“ Tie, aku dengan Gee dah jadi kawan sekarang nie.
Tak lebih dari tu. Ang jangan risau okey, aku tau apa yang aku buat.” Tie hanya
senyum mendengar penerangan dari Suhana. Tidak dapat dinafikan dia agak tenang
apabila persoalan yang dalam benaknya selama ini terjawab.
“ Aku tak
dak hak nak kawal ang Na. aku Cuma ambik berat pasal ang. Aku tak mau ang
nangis lagi. Buat lah apa yang ang rasa betul.”
xxxxxxxxxxxxxxxxx
“ Kau nie napa Tie? Masa makan jangan mengelamun,
nanti tercekek baru tau”. Suhana agak pelik dengan sikap teman rapatnya sejak
kebelakangan ini. Kerap sangat dia mengelamun sendirian, seperti ada
sesuatu yang masih membebankannya.
Apabilla ditanya katanya tak ada apa-apa. Lantas sebagai kawan yang bimbang
dengan perubahan sikap yang mendadak nie dia mengajak Tie launch bersama-sama,
agar Tie mahu bercerita dari hati ke hati. Sebagai teman yang sudah lama
mengenali antara satu sama lain dia perlu tahu isi hati Tie yang sebenarnya.
Sikap Tie yang tidak mahu bercerita hal dirinya amat membimbangkan mereka sejak
dahulu lagi. Kerana itu lah mereka 4 sekawan tidak begitu tahu mengenai siapa
teman lelaki Tie dulu dan kini.
“Tak dak papa lah, aku ok
ja”. Tie mengeluh perlahan. Perlukah dia menceritakan perkara yang sebenar? Apa
yang akan berlaku sekiranya dia memberitahu perkara yang telah lama dia simpan?
Perlu ke dia bocorkan perkara yang telah bertahun-tahun dia simpan kemas.
Berbalaoikah? Tidak!! Dia tak perlu bocorkan hal itu, biarlah perkara itu
menjadi rahsia, biarlah dia simpan sendirian. Dia tak mahu kerana perkara yang
telah bertahun-tahun lamanya diungkap akan menjejaskan hubungan baik antara
mereka. Ternyata dia telah mengkhianati teman baiknya. Dia tak mahu
teman-temannya membencinya. Dia takut mereka tidak dapat memaafkan kesilapan
yang telah dilakukannya. Ternyata.
Dia tidak mau semua itu berlaku. Tapi!! Sampai bila dia harus menyimpannya.
Sampai bila dia harus bertahan dengan rasa bersalah yang menghantuinya. Sampai
bila??
“Tie!! Are u
okey honey? Sejak kebelakangan nie
ko asyik mengelamun ja, napa?”
“ Kan aku dah cakap, aku tak apa-apa lah. Aku just
rindu kat family aku ja” Tie
menghadiahkan senyuman manis buat sahabat kesayangannya. Walaupun senyuman itu
tidak semanis senyuman yang disedekahkan kepada mak cik cleaner setiap pagi
namun sudah cukup membuatkan sahabatnya itu senang hati dan tidak bimbang yang
bukan-bukan lagi.
“ Okey, tapi ingat tau. Kalau kau ada masalah
cakap jangan pendam sampai lasu lak, buat aku risau ja”.
“ Yalah mak
cik”. Ketawa mereka berdua yang bersatu
sudah cukup menceriakan suasana pada tengahari itu. Suhana mengharapkan keadaan
ini akan terus bersinar seperti matahari yang terik memancarkan cahayanya
setiap hari.
“You nie kan,napa tak
paham-paham lagi? I tak sanggup lagi teruskan pembohongan nie you paham tak.
Hati I tak tenang Iz. No..no I tak kira, even macam mana pon reason you, you
tetap kena settlekan hal nie secepat mungkin ,kalau tak…..I rasa you faham
maksud I.
Suhana mengerling Tie yang mencampakkan hensetnya
di atas sofa dengan kasar. Bibirnya yang sibuk ingin bertanya terbantut kaku
melihat jelingan Tie yang tiba-tiba ditujukan kepadanya. Suhana amat terkejut
dan tidak mengerti apa yg berlaku kepada teman baiknya itu. Apa kesalahan yang
telah dilakukan olehnya sehinggakan dirinya dijadikan mangsa jelingan maut itu.
Keadaan ini membuatkan hatinya rasa tidak enak. Apa yg telah berlaku kepada
Tie. Tie seperti ada masalah? Tie bercakap dengan siapa? Siapa yang membuatkan
mood Tie berubah seperti itu? Terlalu banyak soalan berkumpul dalam benaknya sekarang
ini dan membuatkan otaknya sebu untuk memikirkannya. Yang pasti hanya
Tie mampu menjawab segala persoalan itu.
sendiri yg karang story ni ek? impressive taw :)
ReplyDeleteyup,thankz zie,keep reading taw :)
ReplyDeleteSalam kenal, so far silent reader.but thumbs up for this story. Gud
ReplyDelete10Q mak!.hehe
DeleteHi thanks for visiting ^^ if you want to order, plz refer to http://twinscraftlife.blogspot.com/p/orderpaymentdelivery.html
ReplyDelete100% free postage within Malaysia
wah..blh publish novel ni..
ReplyDeletehaha..yeker zoey?insyak allah masin mulut zoey.amin...
Delete