Nuffnang ads

Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu: Operasi Bersama Polis-ATM Berskala Besar Pertama


PETALING JAYA: Serangan yang dilancarkan di Lahad Datu merupakan operasi usaha bersama yang berskala besar julung kali diadakan antara polis dan angkatan tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM menggunakan tiga unit pesawat pejuang F-18, lima unit pesawat pejuang Hawks dalam melakukan serangan bersama dengan pihak polis di darat dan anggota tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengadakan sidang media bersama di Lahad Datu, Selasa. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
“Ini merupakan yang pertama kali bagi angkatan tentera dan polis bekerjasama dalam sesuatu yang penting seumpama ini.
“Ini bertujuan untuk keselamatan semua rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Walaupun berlakunya serangan itu, Ahmad Zahid berkata, hubungan melibatkan Malaysia dan Filipina kekal baik.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada kecederaan atau kematian di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.

Honestly lega sangat kenyataan Datuk Seri bahawa tiada kecederaan/kematian dlm kalangan pasukan negara.. hope tak ada lagi berita yang menyedihkan untuk rakyat Malaysia terutama penduduk Sabah..
P/s: Ya Allah lindungilah pasukan keselamatan Negara. Berkatilah mereka. Berilah mereka kekuatan dan keberanian dalam mempertahankan negara kami. Kau peliharalah negara kami dan penduduk sabah. AMIN.
Full copy and paste from harian Metro online


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...