Tajuk macam
suspens aje kan? Rahsia! Wah macam luar biasa punya rahsia..tapi sebenarnya tak
ada lah luar biasa pun Cuma sikit tertarik tahap babun tarik mengkarung
untuk bercerita mengenai kepercayaan
orang cina ni.
Selama ni
aku Cuma dengar pasal yee sang setiap tahun baru cina dan aku yakin sangat
kowang mesti tahu kan? tapi tak tahu
pulak tujuan diowang sambut yee sang ni. Sejujurnya aku tak pernah sambut
before ni, tapi 2 tahun keje dengan company cina so, serba sikit dapatlah
merasa perayaan ni. Best juga aku, yer lah best boleh makan?hahahah..So, aku
pun rajinlah untuk korek apa sebnarnya yee sang ni. Xnak amik tahu pun, kowang
kena amik tahu jugak..paksaan!!kihkih.
Meh nak
citer, Citernya bergini…
Yee Sang ni merupakan
juadah utama yang sering dihidangkan ketika upacara makan besar pada malam
sebelum Tahun Baru Cina.
Aku tanya
bos aku, “ madam, Yee sang tu apa?”
Simple aje
dia jawab…” kekayaan!”
Owh!!! Mulut
bentuk O panjang tanda pahamlah aku kan..
“ Jadinya
owang makan yee sang ni, percaya leh kaya ke?”
“ itu macam
lah”, tapi katanya yee sang ni mahal biasanya owang2x kaya aje akan betul2x
sambut dan buat juadah ni. Mahal mcm mana xpasti pulak tapi aku rasa mahal ikan
mentah tu kot. Menurut madam lagi, orang biasa, biasanya akan modify yee sang dan digantikan dengan bahan mentah
lain.
Kalau kowang
nak tau, ‘Yee’ bermaksud ikan dan ‘sang’ bermaksud mentah. So jadinya, Yee Sang
adalah hidangan salad ikan mentah. Yee melambangkan kekayaan sementara Sang
melambangkan hidup dan kebangkitan.
Intipati Yee Sang biasanya terdiri daripada
bahan-bahan seperti ikan mentah(salmon), hirisan syur-sayuran seperti lobak
merah, lobak putih, daun limau kaffir, kekacang yang ditumbuk, halia, buah
pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah dan keropok ranggup.
Sebelum
proses menggaul Yee Sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan
manis akan dituangkan kearah Yee Sang sebelum disusuli dengan jus lemon
Semua
intipati Yee Sang itu kemudian mula digaul bersama secara agresif menggunakan
sebatang penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat. Masa
tenggah menggaul Yee Sang, mereka yang terlibat digalakkan menjerit “Lo Hei”.
Lo bermaksud menggaul sementara perkataan Hei adalah kebangkitan. Semakin
tinggi Yee Sang itu diangkat, maka semakin banyakklah kemakmuran dan kesenangan
yang bakal dinikmati oleh seseorang sepanjang tahun. Unit kan?? Yee Sang ni ada
sejarahnya tau. Nak tau? Lain citer yeh....kihkih
Tahun ni
ofis aku sambut yee sang lagi,kali kedua aku join. Memang lambat sikit aku
update..biasalah mcm xtahu kebuzyan yg melanda ct cheery.. tambah lak tenet
lembab jalan mcm siput sedut bunting,..hehe
bye.....
hoh.. itu maksud yee sang eh.. ho.. baru tau.. heee.. dtg singgahbalas sini.. tq singgah n komen kat blog teman.. stay keep in touch yea.. !
ReplyDeleteowh..itu mcm kaa...pttlah klu gaul tu ada je yg nk angkt tggi2 haha.
ReplyDeletenampak sedap....dapat rasa lagi sedap hehehe...
ReplyDeletesedap tak? nampak mcm shedapppp heeeeee hehehe
ReplyDeletesedap....nyum...nyumm..
ReplyDeletetahun dpan makan lg..
perghhh terus rasa lapor hehehe
ReplyDeletebtw
Di sini Mak Dara nak ucapkan jutaan terima kasih kpd cheery kerana sudi menjadi penaja bagi GA MAK DARA Malaysia's Next Top Lucky Blogger" mak amat amat hargainya dan amat berterima kasih atas kesudian adik itu. Senarai para pemenang terdapat di entry ini http://www.bicaramakdara.com/2013/04/pemenang-malaysias-next-top-lucky.html
Pemenang akan hubungi cherry untuk urusan pemberian hadiah tak lama lagi ya.. terima kasihhhhh kerana sudi menjadi penajaaaa..... really appreciate it so much.. Harap kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang In Sya Allah..
hehehehe.. kampeni sis pon celebrate CNY jugak..
ReplyDeletesonok jugak joint perayaan bangsa lain kan~
Assalamualaikum, cheery lama dah is tak komen dan menyibuk kat blog cheery nie, hmm Yee Sang nie memang nampak sedap dan bahan2 dier pun nampak cam leh kita makan je tapi ada secret ingredient yang kita tak tahu, apa dia cari sendiri sebab is tak nak kondem, hmmm tapi entri nie memang bagus sebab kekadang perkataan2 yang kita biasa dengar tapi tak tahu apa benda tu, dengan adanya entri macam nie dan blogger macam cheery, sure 1 Malaysia akan sebut OOOoooo.....
ReplyDeleteSantai iskandarX
Hmm.. Kita pun pernah ada pengalaman seperti ni..
ReplyDelete| 7 Rahsia Takaful Pendidikan
>> http://takafulpendidikanterbaik.com/
oohhh gitu rupanya maksud yee sang tu yer... xtahu pulak jaa..hehe... tapi kan? jaa nak komen sikit ni, awat x rotate pic tu, adeh sakit leher jaa duk terteleng ni tau.. hahaha...
ReplyDelete