Hmm...aku budget tak terhupdate dah belog nih sampailah Tahun depan. Sebabnya tuan belog nih masih kemalasan kot and belom totally recovered dari kemalasan ini. Kah...kah...kah (gelak bergaya).
Motif ang bagitau ang malas?
-_-
Tetapi memandangkan Bawu sebulan tak hupdate dah ada yang sok sek sok sek bertanyakan tentang kehilangan diriku....Yang seperti sudah berjauh hati dan tidak langsung mempedulikan belog malahan membiarkan mereka di luar tertanya-tanya sendirian status sebenar tuan belog ini dan adapun segelintir mereka separuh mati merindui tuan belog ini sehinggakan mengklafikasikan status tuan belog sebagai kehilangan mengejut hua hua hua hua
Huh..letih mukadimah none stop mcm nih!
T___T
Justeru itu, aku lantas bertindak dibawah kesedaran memunculkan diri menghupdate belog yang terbiar kelamaan. Makanya kesimpulan yang boleh bersimpul, tuan belog ini masih Sihat, cergas, cerdik, cantik dan bergaya.
Owhmaigod...makin teruk gaya penulisan tuan belog yang saling tak tumpah seperti sari yanti nih. ^___^
Eh... seriously lama aku menghilang nih paling utàma korang kena tahu yang aku masih single and available....Yang nak kenal yang nak buat bini sila PM tepi.
Keh...Keh....keh....keh (gelak tersipu simpul )
Aku up entry nih nak citer Pasal apa sebenarnya?😠
Jom citer Pasal raya lah...tu jer pun modal yang ada pun kan?
Firstly...raya aku tak ada bezanya pun dengan tahun lepas. Masih raya bersama insan tersayang. Meriah dan alhamdulillah ahli keluarga aku masih Sihat, cantik dan bergaya ....mcm aku. Kihkihkih
Eh...tapi ada beza sikit. Tahun lepas aku beraya sebagai pengusaha anggur paling terhormat dan Tahun nih aku adalah seorang pekerja yang bergaya di sebuah syarikat yg bergaya menjual product kecantikan hashtag yakin dan suci :D
Nampak? Kan dah mentioned tadi cantik bergaya mcm aku. Rasa mcm cepat nya masa berlalu ...pejam celik dah besar anak2 aku semuanya. Yang dah penuh Dara pun ada. Tu tak termasuk lagi yang teruna gatai nak kawen. Masing2 ada girlfriend 2,3 pasang spare part....oiii advance sangat nih!
Siap citer Kat aku baru break out ngan girlfriend awal Puasa hari tu. Muka kecewa tak nampak langsung...now tengah tackle girlfriend baru. Tektik bergaya tackle Mak dia dulu okey...bkn tackle girlfriend taw... tackle mak girlfriend. Kau mampu?
Tektik ang kira berjaya bila Mak girlfriend dok gelar ang menantu aku...menantu aku. Huh....bebudak sekarang advance kan...makteh depa nih pun dah masuk U Bawu gatai nak boyfriend2..Bawu gatai nak love2...tu pun tengoklah sampai ke tua fail. Nampaknya makteh kena bersifu kan hampa. Cepat! Ajaq makteh mandrem pakwe kaya.... hahaha
Mcm biasa ...nak dpt gambar satu family dipagi raya memang susah...masing2 buat hal sendiri ...tak cukup korom satu hal. Malas pun banyak hal... hahaha
Nih gambar candid masa pegi raya Kat rumah Mak Tiri. Bekas Mak Tiri sebenarnya. Bila nak selfie semua pakat menyumbat nak enterframe. Jadinya wefie.. tak selfie lagi dah. Dasar gagah perkasa dan pulun semua nya.
Anak menantu cucu Ayahanda. Cicit tak dok lagi.
Hah...ini cicit bkn manusia Ayahanda. Kehkehkeh...Barry muka bangga dpt panjat pokok rambutan. Gigih Belajar panjat nih. Tapi turun tak sempat Belajar lagi...so dok lah atas pokok tu. Tak dak sesiapa pun nak tolong ang. Sedih hari tu...anak ajiesyi yang kecik 2 ekor tu mati...... 2 ekor tu jantan. Aku dah mcm redha ja lah....dah sampai ajalnya.
Dengan 2 pupu. Actually anak sedara sepupu. Meant Mak bdk nih sepupu aku. Dua pupu ke orang panggil mcm tu? Hahaha menqeka ...sama baya ngan aku nih. Baru balik dari Jerman...otak genius sebab kacukan. Mak dia mix cina ayah dia mix mamak....kuar dia muka mcm minah Arab. Tak ke pelik tu? Aku kalo bergambar ngan dia tenggelam...terserlah muka kekampungan aku tu. Dah memang owg kampong kan tak kan nak kuar muka model antarabangsa pulak !
Mcm aku mentioned tadi...raya aku tiap Tahun activities sama ja. Takde activities luar tabi'i langsung ..langsung takdok Hehe
Ini gambar rewang Kat rumah masa raya ketiga ke keempat....aku tak hingat pulak. Geng mak aku pakat buat open house katanya. Nih buat ketupat utk open house esoknya. Banyak giler ketupat. Member aku yang dtg bertanya, aku dengan confident nya bagitau nak buat kenduri nikah aku besok. Semua mcm buat muka tak percaya...Hahaha kuang ajor sangat ang noh?
Nak 'up' jugak gambar lemang nih. Menu favorite dan wajib aidilfitri and aidiladha family aku. Raya kurang if raya takde menu nih. Satu lagi rendang. Warghhhh....windu!! Help!!!!!
Penutup entry tak tulis lagi dah fikir nak up citer apa plak next entry...kah..kah..kah.
Nampak sangat ke takdak idea?
Next entry kita citer Pasal aidiladha pulak. ISi kandungan, kulit dan tajuk adalah copy paste...habaq awai2 hihi
Okey lah... rasanya mcm merapu banyak entry raya nih...eh? Belog nih di ciptaa memang untuk merapu meraban di dalam nya.
Honestly timbul kesedaran menghupdate sebab aku check pagi tadi page view aku drop teruk...tiada lagi kemegahan di situ umpama sarang tanpa penghuni. Eh?
Warghhhh.....sedih!
Nanti aku blog walking Kat sarang korang yeh ..yeh...hehe dan dan nak blog walking
Muah ciked :-D
Meriahnya..
ReplyDeleterindu kat sari yanti sorang ni.. ade jugak citer ry. akak terus nan hadooo.. hahaha
ReplyDelete