Nuffnang ads

Friday, May 29, 2020

Cerita Raya Aidilfitri Yang Luar Kebiasaan 2020


Raya Aidilfitri tahun ni memang diluar kebiasaan sebab beraya dalam umah ja memandangkan masih lagi on Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara COVID-19. 

Hari yang ke berapa PKP pun aku tak tau dah...dah lost count oiii..malas nak kira jugak lah Kan... kihkihkih

Raya tahun nih memang tiga beranak ja lah...walidnya kerja pulak hari Raya tu...so sadis lah 3 beranak dok berkeliaq (read: bergaduh). Anak-anak nih hari-hari buat Umminya jadi Tarzan...tak aman umminya selagi anak kecik. 

Tapi bila anak besar esok rindu nak Anak kecik plak! Ehmm..ehmm (geleng kepala)


ALuth dengan cousin Haura Medina. Retis haura nih, pandai belakon. Banyak watak dia boleh bawak...cikgu, polis, doctor, model, mak tiri, baby sitter, dinosaur,.ehh??? Hehe


Haura nih sebenarnya sebaya jer dengan ALuth, hampir 3 tahun, dia lahir bulan 7, ALuth bulan 12. 

Dah pandai speaking, speaking English taw...terkesima mak!! Budak pompuan memang cepat kan perkembangannya...ALuth nih cakap tak nak, berat mulut tokwan dia kata, suka guna Bahasa isyarat... Hari-hari kot aku sembang dengan dia dengan Harapan dia akan repond balik...but as usual, bahasa isyarat gak yang digunanya.


Tetamu pertama Ummi makan kuih Raya. Dah mandi ni cuma malas nak pakaikan baju.


Menu breakfast Raya pertama. Rendang tak buat lagi... Lemang cicih susu... cicih pulak, cicah Susu!.. ni favourite hubby. Aku? Seriously aku tak boleh terima lemang makan dengan Susu. Kembang tekak chek oiii. Tapi hubby dengan adik-adiknya...itu lah favourite depa bila makan lemang....mesti/wajib ada susu pekat manis.


Lemang beli ja... sebenarnya jenuh jugak hubby cari lemang kat Penang  ni, sehari sebelum raya hari tu. Semua tempat dia pergi berbaris panjang norr..norr. Sampai dia nak join baris pun tak dapat... katanya dah close order, lemang tak banyak dah. Yang berbaris dah pun belum tentu dapat. 

Balik rumah dengan muka kecewa tak dapat lemang. Sambil bebel, " Cina dan India pun dok baris nak beli lemang, dah kenapa?" Hahaha...Aku cuma mampu gelak besaq. Depa pun setahun sekali nak merasa makan lemang bang oiii 😅

Tetiba, hampir 1 pagi dia kejut aku, dengan bangganya, katanya dia berjaya 'bakaq' 3 batang lemang hahaha. Rupanya dia mesej Daddy si Haura mintak carikan jugak huhuhu. Tak jadi lah hakak nak kagum. Kalo kagum pun ingat Bini mung nih nak percaya? Bahahaha

Rendang Daging In The House 

Baru buat pagi Raya... setelah hubby berjaya 'bakaq'  lemang Hehehe


Sesi pujuk ALuth untuk bergambar sefamily.


Hubby punya uniform memang dah kena dengan Tema Raya lah. Baju Raya hubby color coklet, dah siap buat sejak adik nya kawen bulan march hari tu. 


Majlis kawen tu sebelum PKP dikuatkuasakan taw.

So baju Raya anak-anak jer belum buat..tapi bila dah kena beraya dalam umah ja, so baju anak-anak delay terus tak buat. Takper Insha Allah Raya Haji Kita usahakan buat baju Raya anak teruna berdua nih.


Finally...dapat jugak gambar yang helok... Sikit hehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls. Maaf Zahir Batin k. #rayadudukrumah #staysafe #stayathome #washyouhand #hentikanrantaiancovid19

P/S: Apa cerita Raya korang pulak??


Friday, May 22, 2020

"Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy"

Assalamualaikum.. Lepas sahur tadi terus  blogwalking hehe. Nampak kat blog Ejulz segment Raya Yamanaimy . Why not join this segment. Mudah ja dan ramaikan kenalan blogger.


Klik ja banner lawa atas nih. Yamanaimy nih kreatif dlm seni Khat Kufi. Salah satu hadiah Kalo menang dapat khat kufi nama sendiri. Wow...menarik Kan.

Pemenang akan diumumkan pada 9 Jun 2020 iaitu hari lahir Yamanaimy. Tak lupa juga Hari terakhir PKPB yeh.🤭🤭

Jemput lah meriahkan segment blogger nih.
Thank you uolls...xoxo

Wednesday, May 20, 2020

Menang Contest Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Alhamdulillah..rezeki musim PKP nih, dah masuk fasa raya dah Kan PKP nih. Hope everything dipermudahkan.

Okey contest nih dijalankan oleh sahabat blogger Kita throughmyglasseskacamata

Tak sangka pun boleh menang sebab aku nih bukan jenis tuah sangat. Apa pun Terima kasih sahabat blogger.


Barang sampai agak lewat tapi Tak kisah lah...sebab PKP skrang nih Kan. So faham lah keadaan mcm mana Kan...to crowded org shopping online skrang.

Suka lah tu dapat t-shirt 🤗

Aku cakap untuk belated anniversary kan....hubby so like it..  special design, dia suka k color puteh. Budget suci murni lah tu hahahaha

Ikan kat t-shirt to maksud 'Stay positive' no matter who you are...not 'son of fish' yeh. Hehehe 😁

Done hadiah anniversary tahun ke-3. 
TQ sekali lagi pemberi hadiah 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...