Nuffnang ads

Monday, April 7, 2014

Kembali menyemak

Hallooo!!! Bercerita Kembali!!!!
whewww!!!! Since 2 weeks lepas berhabis gaji i  mana dengan kos balik kampung lagi kos sara hidup lagi dan kos segala hutang mak nenek lagi dan yesterday dah tinggal bulu kening jer yang tebal..nak cabut pun rasa tak berbaloi sebab dah tinggal bebulu halus jer..But today dah boleh bior bulu kening tu membiak dengan jayanya...macamni

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

uishhh kan aku cakap bulu kening!!!!

kihkihkih....6___6

Sebabnya, aku berjaya claim kos sara hidup dari adik aku...yeehaaa!!! 
Okey dah boleh beli suar size XXXL *tiba-tiba*

Perghh giler..duit leh main lap lap peluh jer..ko mampu??

tiba-tiba rasa macam ter'kaya pulak a.k.a tak sengaja kaya :-p

On The Way to Penang last 2 week , hanya blog yang bermain diminda 
Punya windu nak merepek nak baq ang!!!Eh'eh??? ^_____^
Tapi dah balik ke rumahku surgaku xde pulak sentuh papan kekunci,
harghhh...puihhh!!!!

Okey, kali ni nak bermanja dengan blog balik..nekad k!!
And pagi tadi, cepat-cepat conteng muka ,laju-laju merempit nak cepat sampai opis
Sampai opis awai leh hello...hello ngan blog. leh kiss kiss blog
Duduk depan pc terus "Hello bloggy moggy maggi!!!mamee miss you!!!" -..-

So, harini aku nak update cerita ringkas jer..gambar jer full
so nengok lah gambar sampai muntah hijau -..-
sebab baaaaanyakk sangat yang aku nak cerita actually, sampai xtaw mana yang nak cerita dulu.
Parah memey parah..!! Memey suhaiza leh wat lex leh wat cool jer?
[Aku bukan memey suhaiza. harap maklum..]

Tapi aku lagi glamour dari memey suhaiza ! [noktah] bahahaha..
Agak-agak memey suhaiza tercabar tak dengan statement ni??

Niat sampai penang nak selfie dengan si kecil huda tercapai..
Finally my sweetheart in front my eyes!!!

Huda say " ateh ni, nampak benor nipunya tu. 
Mai penang semata-mata nak selfie ngan huda??
puiihh!!!over!!!"

Okey lah, honestly balik penang semata mata nak cari Pucong second bridge
Sebab dekat Puchong xde Pucong..*Tiba-tiba* kahkahkahkah

^________^

Esoknya, balik ke lubuk..eh!!! balik ke kola lanjut
2 abang tampan si kecik huda nak ikut pulak...so xpe kita layankan ajer..
Si huda xboleh ikut..t meracau nak nenen mana nak cari nenen atas highway???
Bayangkan betapa cuaknya pakcik klu si kecik huda merengek nak nenen...!!
maunya pecah peluh pak cik dibuatnya ..hahah..
ateh wat lex wat cool jer sambil siul-siul lagu sudirman 'balik kampung' 6____6




Setelah melalui Penang 1st bridge dan perjalanan selama hampir dua jam akhirnya kita sampai 
dengan selamatnya ke kola lanjut..iaitu tempat kelahiran dan tempat tumbesaran ateh dan pakcik
Pakcik xcukup besar sebab xcukup susu ibu, ateh bedal habis *tiba-tiba sangat*

Banyak activiti sepanjang aku bercuti di kampung tapi tak nak cerita semua..sebab tak menarik sangat
paling menarik bila aku attend wedding kawan sekolah menengah aku.
Boleh pulak terserempak dengan kawan-kawan lama yang lain.
aku rasa timing pergi dah ok dah, punya awal pergi sebab nak elak bertembung dengan rakan-rakan lain
alih-alih boleh pulak selisih bahu dengan sorang kawan ni..
Aku tak ada lah rapat sangat pun dengan dia tapi tercabar jugaklah sebab hubby dia tu budak yang penah aku minat dulu. sangat tercabar ok!!!! *frust*

Tapi tak pe sebab aku maintain cute just 'bahagia lebih jer' tapi hubby dia 'lagi bahagia lebih'
kahkahkahkah....klu spare tyre aku naik satu hubby dia naik tiga..ko mampu??

dulu hensem dan tough badan dengan tinggi yang macho

sekarang??

semuanya dah jadi kenangan..bahahahha

"tak baik mengata owang wei!!"

okey, pape pun anak dia comey sangat..^___^ *cover*

Ingat k, aku xpenah ajar kowang kutuk owang!!!

/
/
/
*Tukar topik*
/
/
/

Petang tu kitowang pergi petik buah rumbia......
Buah ni maaaaaaaaanissssss sangat...pastu maaaaaassssaaammmmm sangat
2 dalam 1 rasa dia...

Abaikan jejari langsui disitu..kitowang mintak tolong cik lang kutip buah sebab kitowang xlarat nak kutip
hahaha..

Cicah dengan garam belacan shodap ni macam di surga..hihi
lovesss

Huh, akhirnya lepas windu aku dekat family setelah hampir dua bulan xjumpa
2 bulan pun dah macam 2 tahun wokey...family segala-galanya pada aku
i love my family members...kalo gunung jerai tu aku leh bagi aku sanggup redah hutan g cabut 
letak kat rumah, kasi mak/ayah aku berbantalkan gunung jer tido, tak payah dah nak berbantalkan 
lengan. buat kebas jer buat apa? siap aku leh tumpang sekaki buat letak kaki..!@#$%^&*???

Malam tu, kitowang sekeluarga dinner KFC dan ketupat palas together 
Wat pelik pa??

Tak pelik lah mkn KFC dengan ketupat..xpelik kan??


Gud news: tahu tak mana perginya kunci rumah aku yang hilang menjadi misteri tu?
tercicir dekat rumah mak kawan aku kat kampung...,sekian :) dah xmisteri lagi. lepas ni boleh 
Fokus dekat MH370 pulak...hihi =)





Thursday, April 3, 2014

Merah kau 'Mak Nyah'

Merah bara api, Merah lagi bibir kau mak nyah
Berani bara api menyala, berani lagi bibir yang mencium ko mak Nyah
Bahaya bara api, bahaya lagi bibir kau mak nyah
Oh mak nyah..merahnya kau mak nyah

Kau dah kenapa nyah??? meroyan????
HAHAHAHHAHAHA....

sELFIE DENGAN merah yang membara seperti hati yang membara dengan bunga-bunga cinta

opss dah sama bara dengan lipan bara...kahkahkahkah

okey, merepek jer.....




Tuesday, April 1, 2014

Kehilangan yang penuh Misteri

Fuh, Finally!! Sempat juga buat entry ni
Walaupun dalam kekalutan siapkan kerja yang pending since cuti haritu
Cuti 3 hari pun dah kecoh, siapkan kerja pending lah apa lah, semua itu poyo
Macam propa jer, macam propa jer, macam propa jer!!

Ni pun baru lepas lap ketik yang belecak (punya nak mention kata sibok tu kan)
Sebenarnya, aku balik dari kampong ahad lepas, tragis giler uolls
Boleh pulak aku kehilangan 4A Key…eh!! Amboi !! dia punya kerunsingan dah sama level dengan Kehilangan MH370 Kan ??.....padahal kunci umah sewa jer pun..bahahaha
Bukan apa, rasa macam misteri pulak sebab jenuh aku mencari hingga ke titisan keringat terakhir
Tak juga jumpa.
Habis rumah kat kedah aku geledah , kucar kacir rumah dekat penang aku rempuh
Tak juga jumpa. Hah, Tragis kan??? Tiba-tiba rasa diri ini tidak berguna lagi  L


Hasil kebijaksanaan adik lelaki I and abang umah sewa tu finally pintu dapat dibuka..
Wah, chik suka sebab chik leh tidoq dengan bantal bhusyuk!!!kahkahkah ^..^ *korek hidung
Pukul 5 pagi bawu dapat masuk rumah, so masuk keje half day jer lah..

So moral of the story jangan loi loi ketong sangat, sebab bukan ajer menyusahkan diri sendiri juga menyusahkan orang lain..ishh..ishh..ishh

Sekarang aku rasa malu giler sebab alih alih abang umah sewa tu jugak nak kena betulkan pintu yang
Dikopak tu..sungguh, aku ni sangat menyusahkan..huh, malu malu malu!! -_______-
kau sangat menyusahkan wahai anak adam!
-________-


Nokharoommm...3 telinga grill skali abang rumah sewa tu pasang.
perli aku ke apa ni?? tiba-tiba rasa mcm safety sangat..huhu

Aku ni sebenarnya banyak giler cerita yang aku nak kaborkan dan share dalam blog ni tapi tak berkesempatan untuk menulis..yerlah macam-macam kes terjadi dengan catuan airlah, jerebu dan kemarau lah, and than Malaysia dikejutkan dengan kehilangan MH370..ceh,budget Perdana menteri pulak!!!! -..-

Semua tu perlukan perhatian yang lebih dari segala-galanya..kita one Malaysia apa…kenalah sama-sama runsing, sama-sama serabut dan sama-sama  lelah walaupun kita just duduk depan tv sambil kunyah kuaci..bahahahaha

Tak pe , yang penting doa dari kita semua tak pernah putus..kan?
So have a nice day korang!!!
Salam sayang dari ct cheery

Daaaa….

P/S: Dengar-dengar rumah sebelah aku kena pecah masuk semalam, penyamun siap gaji pintu grill lagi tu..owhemgee..dunia susah sangat nak aman !!!why???why??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...