Nuffnang ads

Thursday, May 30, 2019

Sambal Sotong Sumbat Telur

Bertabah ja lah hampa noh...
Blog ini Akan bertukar menjadi blog masak memasak sepanjang 10 terakhir Ramadhan nih. Aku pun tak tahu lah Napa leh rajin update entry plak nih...tetiba lak kan...Mungkin pembawakan budak..kehkehkeh

Tak per lah Kan...Kita share Resepi walaupun hampa Rasa Resepi Aku nih entah hape-hape..huhu

Sotong sumbat Telur in the house

Sotong sumbat nih pun hubby Yang request. Ngidam katanya...Okey takpe Kita buatkan. Telur itik nih mak Yang bagi,..dia buat masin sebenarnya tapi takbape nak masin lagi .... Kita masak ja lah, tak masin pun tak apa.


Bahan sumbatnyer mcm2 Aku masukan. Ikut citarasa sendiri. Hehe

Bawang merah potong dadu
Bawang puteh potong dadu
Carrot potong dadu
Sosej potong dadu
Telur itik

Semua nih Tumis, perasakan dan last sekali tabur daun sup. Siap!

Pastu sumbat lah Dalam sotong.

Satukan kepala sotong dan badannya dengan menggunakan lidi.

Sambalnya buat mcm sambal biasa jer. Sambal dah masak pecah minyak elok, masukan jer sotong. Siap!

Senang ja Kan...bebudak darjah 6 pun boleh buat huhu.

Okey, nih menu semalam. Aku teringin nak makan nasi kandar. Since hubby duty smlm, so dah tentu dia berbuka dekat KEM, dia tapau Kan aku nasi kandar ni. 

Tapi tengoklah..apa hubby tapau. Ayam 2 ketul, nasi banyak Tu. Macam untuk 2 orang makan. Hello...baby kecik jer k, Kalo mkn pun tak banyak lah. Sabor ja lah bining mung!!

Semalam Lepas magrib, Aku muntahkan semua nasi kandar Tu...nampak benor baby tak suka! Aku mcm alahan lah ngan nasi kandar nih. Masa pregnant anak 1st pun mcm Tu...nasi kandar mmang xboleh lepak lama Dalam perut, mesti kuar balik.

Hubby cakap membazir betul...dah lah gigih dia beratur nak Beli.  Hahaha
Aloh...loh...Sian dia! 😆

Takut betul Aku Kalo soh hubby Beli makanan kat bazar...bimbang hentah apa2 dia bawak balik nanti. Hari nih dah plan nak masak telur ayam sambal. Simple dan tak membazir....hehe

Sunday, May 26, 2019

Sambal totok Udang



Amboii....bukan main..orang lain share Resepi berbuka, Aku pun nak jugak share, tak nak kalah tu. Padahai balik-balik resepi budak darjah 6 pun boleh buat.

Bukan per dok tulis entry Resepi kat blog nih...asal lupa bahan ja laju-laju buka blog sendiri nengok Resepi... hahahah desperate!

Angan-angan Bulan puasa nih kan, bukan main Aku nak masak nasi ayam lah, nasi lemak lah, nasi tomato lah...hahaha pastu asyik-asyik mood ke laut lastly masak simple ja campak-campak. Skrang Ramadhan 21 dah...entah angan-angan tu angan mak jenin ja agaknya. Huhuhu

Bulan puasa nih aku dah 2,3,4 Kali dapat lauk buat berbuka dari jiran-jiran. Alhamdulillah rezeki baby kot Kan. Dah tu hubby selalu Tanya Napa tak Balas balik...bersedekah bulan baik nih Kan. Aku mcm krik...krik...krik. I can't lah syg oii... Dah lah masak entah hape-hape....tak confiden k nak Kasi orang makan. Kang bila makan Muka orang tu kerut-kerut ke..dilema, nak telan ke nak muntahkan? 
Sadis sangat Tu! Huhu

Jadi Kita masak untuk hubby ja lah... hubby berani muntahkan Kita sumbat kok pungkoq hahaha.

Semalam permintaan hubby nak makan sambal totok Udang. Kebetulan dia dapat Udang besor...Udang galah kot, dari kwn dia. Besar k Udang Tu, puas Hati makan.

Jadi, Kita masakan lah since bahan-bahan dia pun tak susah pun. Masa bujang Aku pernah share sambal totok jawa tu, cuma Kali nih Kita kreatif Sikit tambah Udang.

Ikan bilis, cili hijau, cili besar merah, bawang merah, bawang puteh Kita goreng dulu dengan minyak. Pastu angkat dan tapis. Qty pandai-pandai lah agak sendiri k. Cili besar elok lebihkan supaya sambal totok tak pedas menyegat sangat.

Tumbuk kasar ikan bilis, angkat. Pastu baru tumbuk bahan-bahan lain. Tambah belacan, garam dan perasa tambahan.

Tumbuk lumat mcm nih.

Perahkan air limau.

Angkat.

Nih lah Udang nya.

Goreng udang. Mcm biasa lumur dengan kunyit dan garam.

Pastu gaulkan semua sebati. 
Tapi rasanya tak perlu Gaul dgn Udang. Udang Tu angkat letak tepi-tepi ja. 

Taraaa....siap untuk berbuka.
Sayur tu Aku masak, yg lain semua beli. 
Ko nengok laki Aku nih, Aku soh Beli Singget ja popia sira tu. Dia kata popia sira tu Mahal sebiji 50 Sen...so Kalo Beli singget dapat 2 biji ja. Kang tak puas makan plak.
Okey...foingggg!

Sebab apa elok letak tepi-tepi jer...sebab Aku Gaul mcm nih Kan...pedas giler. Sakit pewut mak buyong. Peliknya laki Aku makan paling banyak,...tapi dia steady jer.


Hampa masak apa Hari nih? Share lah sikit!

Friday, May 24, 2019

Juadah Berbuka puasa 2019


Salam Ramadhan yang ke-18. 
Awas.... entry ini mengandungi banyak gambar makanan. Yang rasa diri nak tergugat dan tidak mampu mengawal diri, sila scroll laju-laju kehkehkeh

Aku sejenis manusia Yang suka tengok gambar makanan..lagi-lagi baca entry pasal masak-masak. Setengah orang Rasa mcm saiko ja minah nih Kan..dan Ada jgk fikir tak patut bulan-bulan mulia mcm nih mengiurkan orang berpuasa. Tapi pada Aku tak kisah pun sebab Aku suka tengok. Haha (comfirm saiko minah nih!). Secara tak langsung bagi idea utk Aku masak atau berbuka apa Hari nih. 

Aku sengaja kumpul dalam 1 entry lauk berbuka Aku sepanjang Bulan puasa nih.. bukan nak buat terliur ke hape taw. Maafkan Aku. Hari ke bape yeh puasa today? 

Ramadhan ke 2 berbuka kat Kuala Lanjut. Ramadhan pertama kat Batu 3, umah MIL. Lupa lak nak snap gambar. 

Ramadhan ketiga, letih tak hilang lagi. Sebab sampai balik dari kg Malam tu dah lewat. So masak cincai ja since bahan nak masak pun banyak yg dah habis....cenonet goreng tepung Tu, bekal dari MIL 

Malam tu hubby duty...so Aku siapkan bekal Yang mudah untuk dia mentedaqah nanti. Hehe...simple and easy! Cenonet goreng tepung tu MIL yang bekalkan, banyak k utk anak kesayangannya. Aku memang tak boleh telan cenonet nih. 
I is gelii!

Jiran sebelah bagi... hubby duty so Aku makan nih jer berbuka. Mmang dah lama mengidam...Kan jarang nak jumpa, sekali bulan puasa dapat gak merasa... alhamdulillah rezeki baby.

Hubby teringin sangat nak makan sotong sumbat. Gigih dia g pasar Beli sotong. Hahaha. Sotong nih Aku sumbat dgn telur itik masin yang mak bekalkan. Pastu buat sambal jer. Mangkuk kecik tu lah balance telurnya. Hubby cakap superb. Tapi Aku Rasa Kalo buat Kari mesti lagi sedap kan.?

ALuth standby nak berbuka. Tempat walid dia conquer awal. Berebut lah hampa dua.

Ayam masak lemak match dengan ikan pekasam. Marvelous k. Teringin sangat...untung mak Ada bekalkan.

Yang bestnyer pekasam mak Aku nih...dia tak masin, dia masam. Resepi tradisi warisan nenek moyang nih. Btw, ikan pekasam mak Aku nih tak guna asam keping k. Rasa dia memang asli. Ramai yg repeat order pekasam_maklin nih taw. Best ke tak, kena Cuba sendiri. 

Hubby duty lagi Malam tu...so bekal lagi untuk dia. Yang simple ja Aku buat.

Hubby Aku nih tak habis-habis ngan sotong. Hehe


Berbuka puasa dengan kak wa, akak no dua Aku. Meriah sekali sekala. Tapi alhamdulillah tak membazir pun. Semua juadah habis. Dan paling my favourite bubur lambuk Tu. Selalu hubby Cari asyik habis ja...sekali dtg umah kakwa, dapat gak merasa bubur lambuk nih. Orang Penang panggil kanji. 😄


Roti John cheese beracun. Aku tak tahu lah roti nih rasa cheese ke Rasa racun. Yang pasti aku xrasa pun cheese nya, mungkin racun dah memanupulasi Rasa cheese tu. Warghhh....huhu. 

So far sedap....sedap dagingnya memang melimpah  dengan sos cheese yg mengancam. Berpadanan dengan harga nya lah kot RM12 kat bazar Bayan Baru.


Tak larat sangat nak masak... Sejak hujung2 trimester kedua nih, penat semacam. So masak ikan sardin jer lah. Nasib hubby tak banyak Bunyi..sebab dia sangat tak gemar dengan sardin. Hahaha

Okey..cukup lah tu gambar makanan.
Semoga Hari korang ceria-ceria selalu
Selamat berpuasa!
www.wasap.my/60175433604

Tetiba letak link phone no...soh order barang leteww.. hahaha!

(Urusan postage dah close dekat2 Raya dah nih. So far COD still open sampai 4 June. Area alor setar, jitra, pokok sena, Pendang)

(Eskinol dan pekasam still available, serum aleo Vera out of stock yah) 

Bye..bye




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...