Nuffnang ads

Thursday, May 7, 2020

Bayaran Pengeluaran I-Akaun KWSP Dikreditkan Bermuka 4 Mei


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran pengeluaran I-Akaun yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula 4 Mei sehingga 18 Mei 2020.


Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke akaun bank mereka sekiranya masih aktif dan tidak dibekukan.

Menurutnya, tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing, yang mungkin mengambil tempoh satu hingga tiga hari dari tarikh KWSP membuat Pindahan.

" Sejak pelancaran i-Lestari pada awal bulan April 2020, kami telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 billion.

" KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

" Lanjutan dari perbincangan itu, Kami bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian  secara berperingkat dari KWSP ke institusi kewangan," katanya dalam satu kenyataan Semalam.

Dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal.

Alizakri berkata, KWSP memahami keperluan nendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun terdapat kekhuatiran pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.

Alizakri menggesa supaya ahli membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ditamatkan. Ia akan membantu, mengkaji dan merangka semula rancangan Persaraan ahlinya.

Sumber: Facebook KWSP dan Sinar Harian

P/S: Korang Mohon ke i-Lestari? Ke dah masuk Akaun dah? 🥰

Saturday, May 2, 2020

Bimbang Jadi Seperti Hokkaido, Netizen Setuju Dengan DSN


Masing2 Jaga diri dah keluarga..amalkan penjagaan kebersihan dan penjarakan sosial. Moga semuanya baiK2 sahaja dengan izin Allah.

Pagi tadi baca post DSN pun aku dah Rasa cuak sebab ada betul jgk pendapat beliau. Apa pun semoga urusan negara Kita dipermudahkan. Negara Malaysia bersih dari Covid-19, yang dijangkiti disembuhkan dan semua umat Islam dan penduduk Malaysia dijauhkan dari penyakit merbahaya ni.


___________________________

Doa Yang baik2 ya kawan2 .. jgn mrah kenapa gov longgar kan pkp tu ..Kita dah tak ada pilihan sebenarnya , terima lah hakikat negara Kita dah kekurangan duit..negara kita bukan kaya mna pun . kalau tak buka sektor ekonomi balik , silap2 gaji penjawat awam pun tak boleh cover untuk 6 Bulan mendatang , ingat PM suka2 ambil keputusan Yang perit ni..? mestilah depa pun dah bpkir pjg dan bermsyuarat dulu . kes covid ni tak nampak akan habis dlm  masa terdekat pun .. paling lekeh pun 6 bln , silap2 mkn msa setahun atau btahun .. 😑

berjuta rakyat Belum jalani saringan lagi , vaksin pun Belum ada, ubat pun belum ada  , berapa lama Kita mampu bertahan kalau tutup sektor ekonomi lama2 sgt ? Terima hakikat Kita dah terdesak .. kita tpksa bkerja mcm biasa cari duit rezeki ..apa2 pun amalkan penjagaan kesihatan yg baik yg kkm sarankan sbelum ni. insyaallah sambil tu ber doa dan tawakal je lah.. doa yg baik2 utk kita semua.  insyaAllah.. ❤
.

#KitaJagaKita #staysafe #keluarbilaperlu #kitabelumbebas


Copy and paste dari Facebook Nor Azlina Fiira



Sunday, April 26, 2020

Thermomix Viral Meletup?


Assalamualaikum..selamat berpuasa. Dah tahun 2020 dah Kan, puasa ketiga dengan suami. Semoga kita berkesempatan untuk tingkatkan Amal ibadah di Bulan Ramadhan Kali nih. Yes... PKP Lanjut lagi...sesuai sangat lah hehehe.


Actually tak taw nak happy ke sedih PKP Lanjut nih sebab Aku nih tak PKP pun still Sama ja situasi kat rumah...laki Aku hari-hari kerja takdenya dpt offday ke cuti ke xde k. Pegawai tentera mcm tu lah. Hari-hari jgk gaduh dengan 2 ketul buah cinta Ummi nih.


Okey lah tak kisah lah PKP Lanjut pun Kan...tak dapat balik Raya kg pun Kan..janji negara Kita cepat bersih dari Covid-19.   yg Tak Ada lagi kes baru dan yang dijangkiti tu cepat sembuh...Amin!

Korang  taw tak baru-baru ni di Malaysia viral pasal satu mesin mewah yang dinamakan Thermomix. Harga mesin ini bernilai hampir RM 7,188 sebiji taw dan dipercayai mampu  sediakan pelbagai jenis masakan dengan mudah dan pantas. Mesin ini cara guna dia mudah giler, cuma tekan butang dan siap. Blend bawang pun mesin nih boleh buat cuma kupas bawang ja kena sendiri hahaha . Ok mesin nih mmang jadi kegilaan k, Artis kebanyakkan dah pakai...Dan baru-baru nih jgk Acheykintangkintung dah Beli satu utk Bini dia.

Aku Minat jgk tapi mengenangkan harganya tu baik Aku guna renovate dapur kahkahkah. Tapi Kan Kalo mesin canggih sangat pun belum tentu sedap Kan..konon effort tu tak nampak hehe.

Aku Ada baca 1 article tu.. rupanya mesin Thermomix nih dah lama wujud, sejak 1994 tak silap kat negara barat tapi tak popular. Lepastu 2016 pernah sekali meletup dan mencederakan. Owh my...yg jenis meletup2 nih Yang Aku takut sangat huhuhu. Aku paranoid Sikit bab2 Karan dan api...tetiba bau gas kat dapur pun Aku dah wisau.

Nanti Aku bagi link pasal Thermomix meletup tu. Iolls takut yeh...melecur dia tu menakutkan.

Hampa aktif lagi dak blog nih? Rajin update lah menu berbuka kat blog.. Aku nih sejenis suka nengok gambar makanan dan baca bab2 berbuka posa, Bab aktiviti hampa Bulan posa nih. Happy...mcm satu terapi taw hahaha. Giler !!!

Dulu suka baca blog 'The Kasihs", dia suka update pasal lauk bukak posa, Resepi, aktiviti. Tapi skrang nampak mcm kurang aktif dah.

Ke hampa Ada Thermomix tu....APA lagi share lah, Resepi apa hampa buat. Sedap ke masak pakai mesin? Ke periuk belanga ketung2 jgk Yang best? Huhu

Baca sini: Thermomix meletup, Suri rumah cedera parah.

Follow Kami komen kat entry noh...Kami nak follow balik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...