Nuffnang ads

Thursday, May 7, 2020

Bayaran Pengeluaran I-Akaun KWSP Dikreditkan Bermuka 4 Mei


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran pengeluaran I-Akaun yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula 4 Mei sehingga 18 Mei 2020.


Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke akaun bank mereka sekiranya masih aktif dan tidak dibekukan.

Menurutnya, tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing, yang mungkin mengambil tempoh satu hingga tiga hari dari tarikh KWSP membuat Pindahan.

" Sejak pelancaran i-Lestari pada awal bulan April 2020, kami telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 billion.

" KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

" Lanjutan dari perbincangan itu, Kami bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian  secara berperingkat dari KWSP ke institusi kewangan," katanya dalam satu kenyataan Semalam.

Dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal.

Alizakri berkata, KWSP memahami keperluan nendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun terdapat kekhuatiran pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.

Alizakri menggesa supaya ahli membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ditamatkan. Ia akan membantu, mengkaji dan merangka semula rancangan Persaraan ahlinya.

Sumber: Facebook KWSP dan Sinar Harian

P/S: Korang Mohon ke i-Lestari? Ke dah masuk Akaun dah? 🥰

3 comments:

  1. ohoo ptt adik cakap duit caruman dia clear. saya x apply sayang nak guna hehe..

    ReplyDelete
  2. Belum dapat lagi. aritu check katanya 13 Mei.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...