Nuffnang ads

Sunday, May 17, 2020

Speaker Untuk My TV


Al-kisahnya TV kat rumah aku sound dia macam dah pecah. Buka volume kuat lagi lah ketara bunyi pecahnya tu, package bergegar, Bergema sekali. Stress Makkk!! 
Lagi-lagi cerita Melayu none ada subtitles.


So, sepanjang PKP hari tu memang banyak layan cerita Filipino dan cerita Korea atau cerita Hindustan heyy.

I olls dah jadi pekak kat rumah.

Anak-anak lagi best...diowg steady ja aku nengok. Tengok kartun suara tak dengar pun boleh terbahak-bahak depan TV.
Macam mana diowg boleh dapat penghayatan yang bergitu extreme sekali.

Yang kecik si Aidil tu tak sampai setahun lagi, khamis lepas baru ja cucuk 9 Bulan. Dia punya terbahak-bahak nengok cam & Leon, kalah abg dia yg 2tahun setengah tu.
Yes correct...diowg nengok kartun bisu. Kartun bisu nih bagi sentiment lucu pada kanak-kanak kan. Aku nengok juga kartun tu...part diowg gelak tu aku berkerut dahi...diowg gelak pandang aku soh gelak Sama. What?? Macam mana Ummi nak gelak? Tercari-cari Ummi munggg dimana kelucuannya. 

Tapi walid boleh layan depa...bantai gelak sama..seronok lah depa kalo nengok kartun dengan walid. Tapi nampak lah walid ang buat-buat lucu ja.  Amik hati anak....what?? Berkerut lagi Ummi ang hahahah


Ini dia soundnya sudah sampai...yes, iolls beli kat shopee ja. Seller boltgizmosdn.bhd.
Harga berbaloi, packaging pun kemas elok...harga murah service baik punya. Memula aku pilih sound kecik ...nasib lah chat seller dulu tanya sesuai tak guna utk TV. Yg kecik tak sesuai k...seller cadangkan yang ini. So beli yang ini ja lah.


Memula risau jgk...sebab speaker macam biasa guna utk PC atau Laptop kan...kat kotak dia pun takde mention utk tv pun. 
Kalo search kat shopee tu 'speaker for TV' memang yg mahal, yang jenis panjang Tu, rate harga memang ratus lah cerita dia. Buat masa nih tak mampu lagi nak beli yang Mahal. So, lega sangat bila seller kata ini boleh dan sesuai utk TV. Dah mudah kerja aku tak yah survey lama2 jauh2.


Iolls pun happy...dah boleh nengok TV dengan gembiranya. Lagu didi & friends pun dah boleh dengar..takde lah suram sangat hari2  Ummi hahaha. Lampu kat speaker nih cantik colorfull. Jab lagi dia tukar merah, hijau, kuning, biru, unggu...color apa lagi ek? Hehe

Okey walaupun tengah PKP, barang sampai dengan cepat.... mungkin sebab aku guna Ninja van. Tak berani nak guna J&T since kerap dengar berita kurang enak pasal dia. 


Rasanya diowg kena stop kejab kot. Settle kan dulu delivery barang yang bertimbun tu. Biar courier lain yang buat kerja.
 Dah berkurang boleh lah on balik. Daripada nak soh buyer stop membeli...rasanya tak practical...sebab apa, ada ja courier service lain yang tak gah dan popular. Kalo dah ko tak mampu buat kenapa nak tambah beban. Peram brg customer ..buat customer marah ja dan secara tidak langsung cemarkan nama company ja.

Ini sekadar cadangan peribadi...maaf kalo ada yang tak setuju atau tak puas hati, 
 fikir Aku nih menyibok ja kan. Huhu

Okey uolls..bye see again.


Tuesday, May 12, 2020

Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Kini Milik Warga Tempatan


Baca kat sini dulu : Pasar Borong Selayang Kini Milik Warga Tempatan

Alhamdulillah... finally nasib perniaga tempatan terbela. Dah lama sangat Kan masalah nih berleluasa. Amik ang semua kena tangkap. Terbaik lah kerajaan PN.



" Kami merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik bagi membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat.

Rakyat Malaysia bukan malas sangat pun, ada jer yang nak kerja cuma selalu perluang tu terhad. Yang sungguh2 Cari kerja taw2 peluang kerja dah diberi warga asing. Bape ribu orang warga asing yang dibawa masuk ke Malaysia sejak lama dulu.

Kita boleh lihat kat mall2 semua Pekerja asing k..jangan lah menindakkan hak rakyat, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.




Lepas tu sesedap Rasa kata rakyat malas. Tak dinafikan yang malas memang belambak tapi yg rajin dan berusaha dan struggle dalam hidup Masih ramai Okey.

Logiknya, gaji Pekerja asing bukan murah, Sama jer gaji minimum dengan warga tempatan malah mungkin lebih lagi sebab diorang nih penempatan kena sediakan, bayar levy lah passport lagi. Kalo rakyat tempatan kena bayar epf jer kot. Mungkin sebab sikap warga tempatan..sikap Kita jugak susah sangat nak komited dengan tugas. Suka nk cuti tanpa keperluan. So Kita kena ubah lah sikap tak bagus tu.

" Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar Borong itu berjaya memonopoli kawasan itu dalam jangka masa singkat, berpunca daripada pemegang lesen mencari jalan mudah dengan menyewakan lot kedai mereka kepada warga asing demi mengaut keuntungan 'atas angin'."

Ada hikmahnya Covid-19 nih Kan... sekurangnya, kerajaan baru bukak Mata, dengar suara rakyat. Amik tindakan atas isu yang selama ini menjadi kebimbangan dan Rasa tidak selesa rakyat. Sebenarnya dah lama sangat rakyat mengemis Di negara sendiri.

Aku cuma harap...apa yang dilakukan kerajaan sekarang nih berterusan dan langkah proaktif atas isu2 yang lain. Insha Allah kedaulatan negara Kita tak Akan mudah dikotak katikkan lagi.

P/S: Nak masak Apa berbuka Hari ni? Hehe

Monday, May 11, 2020

Menu Iftar Beberapa Hari Yang Lalu.

Ewah...tajuk??? Hahaha
'Beberapa Hari Yang Lalu' tu pasai tak ingat pun Ramadhan ke bape? Main upload masuk ja...yg lain belakang cerita janji upload gambar makanan k kihkihkih

Dah 3 Minggu ke kita puasa? 
 Nampak tak perangai tak amik taw? Hari nih pun aku tak taw Hari apa...jab...ok hari isnin, bawu lepas nengok kalendar. Hahaha

Hari-hari menu berbuka kami sekeluarga memang aku yang masak lah...selaku permaisuri hati en somi...dia memang suka aku masak lagi dari beli luar.. walaupun aku masak hari tu tak menjadi/tak sedap...dia tetap akan makan dengan muka kesedapan yang tak terhingga. Bukan sebab takut kena tido luar ke hape...bukan...tapi sebab  dia wisau aku mogok tak nak masak dah sampai Tua... Hahaha. 

Takde lah Wei..Kos hidup kat penang tinggi dah sekarang, Sama taraf dengan KL/Selangor. Kalo perangai makan hari-hari Beli luar mmang kopak...tokey Jakel pun boleh muflis hikhikhik ...

Melayu BOIKOT Jakel ek? Owg Shah Alam sila Jawab. Huhu

Okey dah...kembali kepada tajuk kita hari ini. Selamat menjamu mata yeh..hahaha 🥰

Ayam Percik Ciktie

Blend -; Cabai kering,bwg besar 2 biji, bwg puteh 4 ulas, serai 2 btg dan halia 2 inci.

Cara-; Bahan yg diblend masuk dlm belanga, masuk ayam, masuk 1 sudu kecik halba, air asam jawa, santan, dan perasakan (garam/gula).
Masak sampai kuah hampir kering, pastu ayam susun dlm tray, masuk oven biar dia masak kasi garing2 Sikit. Jgn lupa balik2 Kan ayam dan sapu kuah atas ayam. Dah balik ayam bawu letak sayur jika perlu. 

Ciktie malas, masak ja skali harung. Lauk ni dah cukup mkn ngan nasi panas2 🥰🥰
Malas tapi cerdik jugak ciktie nih...huhu
(dah puji diri sendiri plak)

Kari Udang Galah (Tanpa Santan)

Bahan -; Mayang bawang besar sebiji, bawang puteh 3 ulas, serai 1"

Cara-; Tumis bahan yg dimayang tadi bersama kayu Manis, bunga lawang, pelaga dan halba. Dah harum bau, masuk Udang, pastu masuk bancuhan rempah Kari. Biarkan sampai rempah masak. Dah masak boleh tambah air dan masukan kentang. Masak sampai kentang empuk. Last sekali masuk potongan buah tomato. Tak yah lama sangat Kang tomato lembik sangat.

Daging Masak Kurma.
Suami duty malam tu, so tapaukan dia makanan, ....simple jer kan tapi sedap.
Memang sedap ..tak tipu kahkahkah

Resepi daging kurma tak payah..sebab Aku tak pandai pun..Aku tiru ja Resepi belakang plastik rempah kurma adabi.huhu
Dah mudah...kenapa nak susah2? 
Hahaha

Daging Bakar Danok.
Aku tak masak k...Aku Beli hehe.
Aku cuma nak cakap tak suka, sebab manis...tak kena dengan tekak kami sekeluarga ...kami tekak Melayu kedah, suka pedas-pedas...baru lah kick!!

Pizza homemade ciktie

Roti pizza buat sendiri k. Resepi malas lah nak share. Majority dah pandai buat pizza sendiri kan. Aku ja lembab update. Cuma 1day Aku up entry buat pizza nih, sebab aku nak save Resepi kat blog. Aku nih sejenis makan semut banyak..Lupa memanjang hahaha

Popia ketam cheese
Popia nih pernah share dah dulu. Aku kerap buat utk potluck kat ofis.


Okey..setakat ini dulu menu iftar Kita...Ada menarik lagi nanti Aku update entry lagi k.
Assalamualaikum..mood tengah swings lagi...laju ja nak tamat entry hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...