Jakarta adalah ibu negara bagi Indonesia dan sangat terkenal sebagai pusat pelancongan yang kerap dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar negara.
Selain daripada Jakarta, terdapat juga beberapa lagi lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong di Indonesia iaitu, Bandung, Lombok, Bogor dan beberapa lagi kawasan yang lain. Tetapi Jakarta adalah satu bandar yang paling ramai menerima kunjungan pelancong-pelancong yang datang. Banyak faktor yang menjadikan Jakarta sebagai pilihan tempat pelancongan. Antaranya kawasan-kawasan alam semulajadi dan taman tema.
Sedikit intro Jakarta untuk korang yang dah lama idam-idamkan untuk bercuti ke Jakarta. Bagi korang yang nak ke Jakarta, korang tak perlu risau sangat mengenai tiket flight untuk ke sana sebab sekarang ni banyak airline yang boleh bawak korang terbang ke Jakarta. Salah satunya ialah Jetstar. Untuk memudahkan korang buat perbandingan airline Jetstar ni dengan yang lain, korang boleh tengok dekat web Traveloka. Which is the most popular apps or platform yang ada sekarang ni kalau korang nak travel. Semua ada kat situ. Even korang nak cari harga untuk Kuala Lumpur to Penang flight tickets pun ada. Traveloka dah cover banyak destinasi best bagi dalam dan luar negara.
Kalau korang dah sampai di Jakarta, dah tentu banyak tempat-tempat menarik yang korang nak kunjungi kan? Tapi macam mana pulak dengan makan? Jangan risau, kat Jakarta banyak kedai makan yang halal. Tapi apa yang aku nak kongsikan kat sini hari ni ialah kedai makan yang unik dan cantik untuk korang bergambar sambil menikmati hidangan. Jom kita mulakan.
Korang nak merasa tak makan sambil menikmati udara segara di dalam hutan? Sambil dengar kicauan burung dan unggas. Haa. Korang boleh la terjah Arborea Café ni.
Apa yang unik kat café ni ialah struktur bangunan dia yang di perbuat daripada kayu tetapi menampkkan ciri-ciri moden. Macam-macam hidangan yang korang boleh dapatkan kat café ni. Lepas makan, boleh la posing untuk bergambar banyak-bnayak. Memang cantik dan aman je suasana di café ni.

Andai korang adalah seorang pecinta kucing, ini lah salah satu cafe yang korang boleh terjah. Korang boleh menikmati hidangan makanan sambil bersantai dengan kucing-kucing yang manja kat cafe ni.
Terdapat lebih 10 jenis baka kucing yang pastinya membuatkan korang gembira dek telatah kucing-kucing ni. Kalau korang ada bawak kucing korang berjalan, datang la bawak dia berkawan kat sini.
Suasana dalam cafe jugak tenang dan aman je. Sesuai sangat untuk korang yang kaki Instagram tu.
Suasana dalam cafe jugak tenang dan aman je. Sesuai sangat untuk korang yang kaki Instagram tu.
Menikmati hidangan ringan macam korang tengah minum petang dekat taman bunga. Ini lah tempatnya. Ia dihiasi dengan pelbagai bunga berwarna-warna yang pastinya buatkan korang rasa fresh dan selesa sepanjang menikmati hidangan makanan.
Even hiasan yang ada pada hidangan korang pun pasti akan buatkan korang rasa sayang nak makan sebab hiasan dia lawa-lawa. Jangan lupa untuk cuba honey prawnstar kat kedai ni. Lepas makan, snap picture banyak-banyak okay.

Ada peminat Haryy Potter tak kat sini? Kalau ada, yes!! Inilah kedai yang korang tak sabar-sabar nak masuk. Nak fefeeling kat Hogwarts? Ini lah jugak kedainya. Café yang dibina dengan menggunakan konsep atau tema seperti dalam filem Harry Potter.
Siapa kata perlu sampai ke London nak dapatkan suasana Hogwarts? Jakarta kan ada. Selain daripada design dan set up kedai yang melambangkan filem Harry Potter, owner kedai menambahkan lagi feeling korang tu dengan nama-nama makanan sebijik dengan nama-nama makanan yang ada dalam filem Harry Potter.
So apa kata korang terjah café ni dan bergambar dengan props yang disediakan seperti penyapu terbang, kerusi kayu dan baju seolah di dalam filem Harry Potter. Jangan lupa share la gambar-gambar unik korang tu nanti.

Cafe yang patut korang datang seandainya korang bawak anak-anak ataupun korang suka bergambar. Haa...ini dia, Café yang mempunyai banyak unicorn berbanding kedai-kedai mainan yang ada. Korang bakal melihat unicorn di siling, di lantai, dinding dan di mana-mana sahaja.
Bagi aku café ni comel gila. Dengan set up nya yang berwarna baby blue dan baby pink, menambahkan lagi keceriaan kat café ni. Bermacam-macam saiz unicorn korang akan jumpa.
Makanan kat sini pun seolah-olah ikut tema unicorn sebab ia dihidangkan dengan berwarna-warni tapi rasa dia masih sedap seperti yang asal. Selain bergambar dengan unicorn, korang boleh sewa kostum unicorn untuk bergambar. Santai betul lepak kat kedai ni, Jangan lupa snap picture banyak-banyak okay.

Itu lah dia beberapa kedai dan café unik yang ada kat Jakarta yang korang boleh terjah. Café yang membawa tema-tema tertentu bagi memastikan korang dapat hidangan yang menarik, lazat dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan gambar-gambar yang menarik. Korang tak kan rasa rugi punya. Pastu share pulak dekat Instagram, confirm ramai sibuk tanya korang pergi mana gambar lawa. Okay lah gais. Sampai sini la dulu yeh. Nanti aku share lagi kalau ada lagi yang menarik okay. Selamat bercuti...bye..
Menarik tu memang menarik dah tapi sekarang ni apa2 plan nak travel kena postpone dulu, huhuu... covid-19 ni meresahkan jiwa betul :"(
ReplyDeleteBtw, jemput join contest ai kat link bawah ni, deadline dia 15 April 2020 :D
https://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2020/02/contest-saya-mahu-produk-creative.html
Nampak gambar pelancongan..teringin nak ke Jakarta hehehe
ReplyDeleteUnik betul cafr-cafenya.. sha jatuh cinta dengan kafe yang dalam hutan tu.. lain dari biasa.. nyaman je rasa kalau lepak situ..
ReplyDeletecafe2 hipstur cantiknyaaa.. mana tahu dapat lajak ke Jakarta boleh
ReplyDeleteplan nak terjah. tapi at the moment kena duduk diam2 dlu di rumah =D