Nuffnang ads

Thursday, March 4, 2021

Pak Tam Mee Udang @ Pantai Teluk Bayu

Hi Assalamualaikum selamat malam...semua dah sleep ke? Mesti dah sleep Kan sebab now dah jam 23.36 pm. 

Hubby dan anak-anak dah mimpi pegi jauh dah, aku ja Masih terkapai kat depan TV sambil menaip entry. Tak tahu kenapa Mata ni tak nak sleep plak, lagipun perut rasa tak sedap ni, memulas ja sejak petang tadi. Mungkin makan banyak sangat. Lately ni memang kerja makan ja aku. Badan gebu mengembang macam kena yis. Yang best.. lagi comel dari hippopotamus

Tadi petang bawa anak makan angin kat pantai Teluk Bayu. Suami ajak perkena mee udang paktam pulak dah. Apa lagi bak disorongkan bantai lah Ummi hampa. Doh lah hobi sekarang memang keja makan ja. Hmmm...siapa yang bersalah dalam hal ini???


Amacam..gebu tak? Siapa lagi gebu aku ke hippopotamus? Cepat jawab??


Siapa jawab betul...hakak belanja kuah mee sesudu dua. Ok, on tak on? Hehe


Sebenarnya..ini bukan pertama kali makan Kat paktam mee udang nih. Banyak Kali dah...dah jadi pelanggan tetap kedai dah pun. Ni tembun ni pun sebab mee udang lah ni... punca segalanya . Tetiba plak, Hahaha


Si debab pun Sama lah, sebab mee udang lah yang debab mcm ni. Tengok tu baju tu automatic terselak sendiri bagi ruang pada perut untuk mengembang. Kahkahkah


Mee udang sepinggan RM 10, Kalo tambah seafood lain Akan jadi RM 20, 25 dan 30. Depends lah hampa nak tambah apa kan. 

Ada jugak makanan panas  lain mcm mee goreng mamak. Ada kepah yang dimasak ala sambal shell out. Harga tak ingat plak.


Recommended...sedap  mee udang nya. Teringin nak Cuba?. Google ja. Dah ramai share. Owh yah.. since PKP ni boleh jugak order melalui foodpanda k. 

Saturday, February 27, 2021

Terima hadiah giveaway by Misya

 Assalamualaikum hampa semua...moga sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah..aku sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik. Kerinduan sebenarnya nak balik kampung. Hari-hari kol makayah pun tak boleh nak terubat kerinduan tu. Nak video kol pun susah jugak...area kampung line selalu problem.

Petang kelmarin balik keje hubby collect barang hasil dari shopping online..sebunbun jgk barangnya..Ada dlm 7 parcel, saiz kotak, gigih hubby bwk naik Moto. Dia kata kenapa tak cakap barang banyak, besor2 mcm ni..Kalo tahu tadi bawak balik dengan truck. 

Ewah...ewah..perli tak hingat lah noh!!

Aku punya shopping 6 parcel jer, rupanya terselit parcel dari blogger Aimi Syahirah. September tahun lepas aku pernah menang 'Special September Giveaway by Misya'.


Cer tengok tarikh parcel di pos. 8 November 2020 k. Tahun 2021 baru ambik. Kewl tak?

Sebenarnya, barang yang di pos ke alamat kem akan diterima oleh abg askar kat balai pengawal. Sekiranya penerima tak tuntut, barang tersebut akan disimpan dalam store. Courier services macam poslaju sekarang tak ada kol atau wasap penerima dah. Kalo tak silap sejak pakai system e-conote. Courier service yang lain alhamdulillah ada wasap maklum lagi.

Nak dijadikan rezeki, agaknya sebab aku shopping banyak sangat...jadi abg askar terperasan ada 1 parcel tak dituntut sejak tahun Lepas. Nama iolls pun old school Sikit..so mudah lah nak perasan. Kihkihkih teori aku jer!


Sibok ja si debab ni
 

So conclusi nya ..Kalo uolls bermurah hati untuk bagi hadiah pada iolls...seeloknya maklum tracking no. yer. Kalo uolls nak surprise pun boleh jer...cuma jadi macam ini lah, tahun depan baru dapat...memang surprise sungguh iolls kihkihkih.

Apa-apa pun terima kasih Misya for the present. Tak sangka Ada peluang lagi nak dapat hadiah Misya ni..yer lah aku email address detail lambat kot kat Misya. Hehe 

Nanti dah boleh belajar makeup.. hashtag I'm happy 🥰

Terima kasih banyak-banyak. Moga Allah melimpahkan rezeki ke atas Misya sekeluarga. Amin..


Sunday, February 21, 2021

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

 


Asalnya dah lupa giveaway ni. Tapi untung lah nampak entry senarai peserta tu. Ramai dah rupanya yang join. Terus Rasa semangat nak menyemak. Kihkihkih 

Menurut cuya, giveaway 2.0 nih dibuat bertujuan untuk membahagiakan blogger. So moh lah Kita pakat-pakat join untuk kebahagian yang berpanjangan! Auwww..ghituhh!

Klik link banner utk join

GIVEAWAY BERLANGSUNG DARIPADA 
16 FEB 2021- 3 MAC 2021 (11:95 PM)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...