Nuffnang ads

Thursday, March 4, 2021

Pak Tam Mee Udang @ Pantai Teluk Bayu

Hi Assalamualaikum selamat malam...semua dah sleep ke? Mesti dah sleep Kan sebab now dah jam 23.36 pm. 

Hubby dan anak-anak dah mimpi pegi jauh dah, aku ja Masih terkapai kat depan TV sambil menaip entry. Tak tahu kenapa Mata ni tak nak sleep plak, lagipun perut rasa tak sedap ni, memulas ja sejak petang tadi. Mungkin makan banyak sangat. Lately ni memang kerja makan ja aku. Badan gebu mengembang macam kena yis. Yang best.. lagi comel dari hippopotamus

Tadi petang bawa anak makan angin kat pantai Teluk Bayu. Suami ajak perkena mee udang paktam pulak dah. Apa lagi bak disorongkan bantai lah Ummi hampa. Doh lah hobi sekarang memang keja makan ja. Hmmm...siapa yang bersalah dalam hal ini???


Amacam..gebu tak? Siapa lagi gebu aku ke hippopotamus? Cepat jawab??


Siapa jawab betul...hakak belanja kuah mee sesudu dua. Ok, on tak on? Hehe


Sebenarnya..ini bukan pertama kali makan Kat paktam mee udang nih. Banyak Kali dah...dah jadi pelanggan tetap kedai dah pun. Ni tembun ni pun sebab mee udang lah ni... punca segalanya . Tetiba plak, Hahaha


Si debab pun Sama lah, sebab mee udang lah yang debab mcm ni. Tengok tu baju tu automatic terselak sendiri bagi ruang pada perut untuk mengembang. Kahkahkah


Mee udang sepinggan RM 10, Kalo tambah seafood lain Akan jadi RM 20, 25 dan 30. Depends lah hampa nak tambah apa kan. 

Ada jugak makanan panas  lain mcm mee goreng mamak. Ada kepah yang dimasak ala sambal shell out. Harga tak ingat plak.


Recommended...sedap  mee udang nya. Teringin nak Cuba?. Google ja. Dah ramai share. Owh yah.. since PKP ni boleh jugak order melalui foodpanda k. 

9 comments:

  1. udang tu meriah dan banyak.. sedap tgk

    ReplyDelete
  2. Menariknya, nampak sedap tuh. Meriah betul udang2 nya

    ReplyDelete
  3. serious udang dia meriah and besar2.. berbaloiiii

    ReplyDelete
  4. Terliurrnyaa tengok mee udang ni!

    ReplyDelete
  5. puas hati sangat makan sbb udang tu besar. terliur pulaaa saya ^^

    ReplyDelete
  6. dah lama x pekena mee udang slps PKP ni. sekali-sekala best gak buleh makan di daerah lain...

    ReplyDelete
  7. Banyaknya udang, favourite tu udang. Teringin makan mee udang lak tengok mee udang yang sedap ni ha.

    ReplyDelete
  8. mengancam betul mee udangnya.. Mana cukup belanja sesudu kuah.. hahaha.. semangkuk lah baru on..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...