Bulan lepas aku ada bawak diri ke Pantai morib. Aci tak,
bawu sekarang nak cerita hihi.
Niat nak makan angin biar kasi kembung pewut dan kepala
penuh angin. Aku kalo kepala dah penuh angin aku boleh lupa semua masalah ;D
Tapi aku ni ada satu sikap low self-esteem. Pejadahnya ni hahahaha.
Aku tak reti berjalan sorang-sorang, makan dekat luar
sorang-sorang atau shopping sorang. Aku malu kalo buat apa-apa kat luar
sorang-sorang. Walaupun nak makan angin kat pantai sorang-sorang, pun tak reti.
Tapi kalo buang angin aku reti plak sorang sorang bahahahaha okey tak lawak ;D
Jadinya aku ajak neng baizhurah nemanen, yukkk!! Hahaha. Aku
bukan apa, kalo sensorang aku rasa macam semua orang perhatikan aku. Sampaikan
aku nak garu ketik pun orang perhati aje. Lepas tu aku rasa paparazzi snap foto
aku dan featured dalam majalah playboy dengan caption ‘The 18sx side of sari
yanti!’..huh! kan dah famous tak tentu pasal ;D
Tema kami hari tu color biru. Sebenarnya tak ada berjanji
pape pun. Tema yang tak disengajakan. Maybe kami ni seiring, sejalan dan
seminat? Hihihi. Si neng ni sebenarnya tak suka color biru taw tapi bila aku
cakap dia Nampak berseri seri macam kuih seri muka setiap kali berpakaian biru,
tiap-tiap hari nak pakai biru pegi office. Sampai packing nasi lemak dia color
biru pun cerita kat aku..bahahaha hoiii apa ni aku suci lagi oiiii!!!!*tiba-tiba*
hahahaha ;D
Aku mula-mula nak pakai baju kurung biru. Tapi fikir-fikir
balik, kejadahnya nak pakai baju kurung pegi pantai. Bukan nak attend kenduri
kawen atau shooting sketsa raya pun kan. Nak jenjalan amik angin aje pun, dah nak diva tak tentu pasal.
By the way, mostly gambar-gambar ni aku dah upload kat fb
and entry previous. Siapa yang dah
tengok memang akan rasa macam loya. Mesti korang macam, ‘kenapa saya kena
nengok gambar minah ni lagi? Kenapa? Apa dosa saya?’
Der, awak tak dosa apa-apa pun der! Saya pun nak tahu kenapa
awak tengok lagi gambar ni? Yang saya tahu, moh lah awak beransur..moh.moh bergerak
sekarang? ;D
Ok, meh aku kenalkan . wanita ayu ini namanya Tini, masih muda dan sudah berkahwin. Pekerjaan cleaner. Dia boleh mengemas rumah, mengemas store, mengemas bilik, mengemas dapur dan macam macam lah. ;D
So sesiapa yang perlukan perkhidmatan membersih rumah atau
pembantu rumah. Boleh hubungi beliau.
CONTACT: MS TINI (016- 251 4692). Dia main area selangor aje, okey?
U know what? View ciptaan tuhan ni memang sngat ohsem. Rasa yang susah nak describe macam Mana. Bila kita dekat dengan Alam kita rasa kita dekat dengan pencipta. You all can see...betapa tuhan sayangkan kita..dia ciptakan bumi yang sangat mendamaikan..yang sngat menyamankan yang sangat mengasyikkan supaya kita tidak lupa Dan alpa untuk bersyukur dengan nikmatNYa..betapa kerdilnya kita disini...betapa kurangnya kita disisi Allah.
Hurmmm...nyaman sngat uool rasa hilang bebanan Dan masalah masa tu...rasa dekat dengan ombak..rasa lembut buih buih pantai...rasa syukur dengan rezki Dan peluang yang Allah berikan walaupun cuma sesaat, kita akan rasa sngat bermakna dengan setiap hembus nafas.
Perghhh...ayat skema tak boleh blah, derr!!! ^____^
After this..aku kena update blog laju-lagu ni. terlalu banyak cerita yang nak share actually. tulah...kalo boleh nak update hari-hari tapi uool paham-paham lah bila penyakit malas menjangkiti jiwa raga seorang partime blogger...apa pun tak boleh!!!!Hurmmm...nyaman sngat uool rasa hilang bebanan Dan masalah masa tu...rasa dekat dengan ombak..rasa lembut buih buih pantai...rasa syukur dengan rezki Dan peluang yang Allah berikan walaupun cuma sesaat, kita akan rasa sngat bermakna dengan setiap hembus nafas.
Perghhh...ayat skema tak boleh blah, derr!!! ^____^
So far, bagi aku pantai morib ni okey, sesuai untuk bawak anak-anak beraktiviti dekat sini.Group atau kelab vehicle pun ada buat outdoor kat sini taw. memang meriah kalo waktu petang. Dekat sini ada playground, nak bawak anak main buih buih pun boleh tak perlu nak pergi putrajaya pun, kat morib pun ada.
yeah, "malas" memang mencumburui diri ini!!! kihkihkih bye xoxo ;D
No comments:
Post a Comment