Rata rata blogger up entry Raya kan?
Kisah Raya pertama lah kedua lah ketiga lah, nak cukup kan sebulan agaknya. Maklumlah Raya kan sebulan. Aku memang respect lah blogger yang boleh up entry Raya sampai sebulan. Kalo aku memang dah tak boleh tu. Surrender awai awai baq ang !! Hehehe
So..aku pikir punya pikir, aku pun nak citer lah jugak pasal Raya nih..walaupun Raya aku tahun nih memang sederhana sangat.
Sederhana lah sebab till now aku masih lagi 'tanam anggur'. Keje part time Kat kedai runcit pun tak dapat...tak pe, bukan rezeki aku. Tak nak merungut dah tak Baik, mesti Ada hikmah apa yang terjadi.
By the way, sepanjang raya tu aku demam. Week last puasa sampai lah raya keempat, bawu aku betoi betoi pulih. Sedih kan? Owang lain raya sakan, aku demam plak. Demam tu tak ada LA sampai demam tak boleh bangun...demam jenih tak nak kebah..hari nih demam esok OK,lusa demam balik...apa jenih demam lah nih? Selesema,batuk kahak, semput,sengal sendi semua Ada...dah pegi Klinik, alhamdllah negative denggi.
Gambar ni di selfie masa pagi Raya nak pegi solat Raya. Masjid dekat dengan umah ja so jalan kaki aje g solat. Jimat minyak kete hahahaha
Lepas solat Raya tu, jalan Raya Kat umah jiran jiran...yang dekat dekat ja. Mintak ampun mintak maaf semua pastu balik. Tak makan pun sebab mintak duit Raya Kat tuan rumah dia tak bagi sebab dia ckp tak layak. Frust lah jugak so balik umah tido sambil nonton TV.hahaha.... Banyak jugak kan citer best sempena Raya Kat TV.
Tengahhari tu pegi rumah kawan beraya, sebab dia wassup soh dtg, dia bawu ja balik Dari Raya umah mentua. Sempat lah gossip kejap ngan dia. Setengah jam ja lepak sebab tak mampu nak duduk lama, nak tunggu sua duit Raya Kat Anak buah dia yang ramai tu buat apa? So Baik aku balik!! Manusia yang sengkek memang akan fikir mcm aku kan...so tak payah nak hipokrit sangat noh..hihi -..-
Ini nazim, Anak buah aku yang no 2, dia nih biasa suka buat hal sendiri. Abang and cousins dia yang lain semua pergi beraya kutip duit Raya tapi dia lebih suka main Kat rumah. Tapi tahun ni nak jadi bodyguard aku lak, mengekor mana aku pegi. Pelik sungguh perangai dia. Awai awai lagi aku warning dia, "kalo Abg chik mengekor makteh sbb harapkan duit Raya, tahun nih makteh tak dak duit Raya okey!"
"Makteh,tiap tiap tahun pun mana Ada duit Raya".. Ciss biadap sungguh budak nih, berani sungguh dia, Anak sapa nih??
T____T
Tak pe, aku sabaq ja..aku memang penyabar orangnya.
Petang pulak bawak parent pegi raya umah saudara sebelah ayah dekat kg alor pudak.
Berbual dengan Mak sedara yg sulung, dia sedih anak anak tak balik raya. Padahal anak anak berjaya semua, ada pensyarah, ada businessman. Kira berjaya lah sebab pakai kete mahal kan. Aku tanya napa tak balik mak sedara aku cakap sebab dah balik dah puasa itu hari so raya tak dapat balik sebab sibok nak kenduri Anak bongsu dia. Ya Allah, gamak ang buat mcm tu? Okey fine ang sibok,kenduri Anak ang lagi penting dari makayah ang. Agaknya ang lupa, sapa yang dok mendoakan ang selama nih sampai ang berjaya LA nih. Maybe ang follow saranan motivator ITU hari soh jgn balik raya utk Jimat kos. Baguih lah, patut ITU hari balik raya jalan kurang jem hahahahah. Tapi wedding Anak ang, makayah ang tak attend tak pa ka???
Ayah aku ni Anak tunggal sebenarnya, tapi dia Ada ramai Adik beradik yg different bapak same Mak...so Kira Adik beradik kandung jugak LA kan? Tok wan jusoh aku warga siam. Sebab tu dapat aku muka nak macam comel comel siam sikit kan bahahahahaha wekkk :p nak muntah!
Sebelum senja tuh, buat ketupat jantung. Aku sendiri pun tak faham lah apa motif aku buat ketupat masa raya time senja senja mcm tu...owang pegi beraya aku buat ketupat Kat rumah..memang masalah sangat nih T_____T
Itu aje, cerita raya pertama aku. Saudara Mara yang datang raya ke rumah pun ramai, tak payah nak Kira lah, sampai ke malam tetamu yang hadir. Tetamu tu pembawa rezeki.. Insha Allah!
So apa lagi, sila jemput aku pegi open house umah kowang, okey. Kalo dekat insha Allah aku boleh datang. Aku dekat Petaling Jaya now, masih mencari kerja. Wah nampak! Hahaha, kalo Ada keje kosong full time or part time inform noh..kihkihkih
P/s: Cerita raya kedua coming soon..kihkih
iols xde entry raya pun..
ReplyDeletehebat sgt tu, petang2 raya anyam ketupat.. hehehe
ReplyDeleteselamaat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeletecantiknya hasil anyaman tu. pandai la ct..
ciksu ni ketupat daun palas pandai buka daun je.bila balut tak cntik. huhuhu