Sunday, August 5, 2018

Buas diranjang

Berpeluh Tak baca tajuk entry Sari Yanti?kehkehkeh...Entry nih Hanya boleh dibaca oleh individu berumur 18 tahun ke atas. (Telah pun, Ada ke kanak2 baca blog ko?)

Baby ALuth kategori yang Susah nak Tido.  
(Tiba-tiba masuk ''Baby ALuth" ..hahaha)

Susahnya tu mcm kalo Masa tu dia mengantuk, tempat tu bising ke, ramai orang ke atau dia lapar susu ke, dia Tak akan Tido Tapi dia akan meragam. Dia punya meragam tu Kan sampai tahap ko boleh histeria, Rasa nak lempang jer dia dengan nenen...hehe

Maknanya, tempat tu betul2 senyap, selesa Dan selamat baru dia nak Tido dengan nyenyak Dan seaman-amannya. Masa tu ko lempang dengan nenen pun dia dah Tak sedor dah huhuhu!
Memang membajet putera raja sikit anak teruna aku tu! Besaaa dia tu!

Buasnya pulak Tido sampai tunggang langgang posisinya. Kang  Tido tonggeng seperti sujud, kang nanti kaki Kat atas muka amaknya, Kang kejab lagi bawah ketiak apaknya, Masa tu boleh nengok hidung kembang kempis...mungkin bau lasagna cheese Kat situ. Sedappp!!! (Monolog dalaman ALuth) Urkk! Hahaha


Kang nanti tidonya meniarap tahap hidung sembam Kat bantal atau tutup muka dengan selimut.  Hah posisi jenih nih aku wisaoo...huhuhu..aku terus mcm...Eh, dia Nih Tido atau dot dot dot

Tewus wusya dada dia turun Naik ke Tak,  jantung berdegup ke tak...kahkahkah cuakk!!! Okeyyy!
Sesiapa bergelar ibu semestinya akan paranoid Dulu kini Dan selamanya!!

Ke aku sorang ja mcm tu? Hahaha

Tenung dia 5 saat... alhamdulillah ALuth Memang sedang Tido terbuai-buai hehe..
Tido dalam iman agaknya...Tapi kenapa lah sebegitu rupa nak? Seriyau ummi nengok.

Ini posisi baru ALuth..berenang-renang ke tepian name dia. Yippiii!

Terus aku angkat betulkan posisi Tido dia. Letak bantal peluk kiri kanan. Tak sanggup lagi aku mengenang kisah Tido ALuth nih huhuhu 

Ang tengok? Mana amaknya Tak histeria ...
Posisi Tido mcm nih lah bila dia bangun dia Terjun ndoi. Dia ingat dia tengah beroket-rekot ke bintang ke hape? 

Hi.. ALuth okey jer lah. Besor nanti aluth nak jadi angkasawan. So ALuth practice posisi terbaek terapung di Bulan meroket ke bintang nanti. Doakan ALuth yer acik-acikkk! Huhu

Okey lah... ALuth tengah standby nak #kekechallenge dengan Walid nih. Stock eskinol ummi dah masuk Taw... pape rojer ummi ALuth ek. *Tetiba* hahaha

-..-

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...