Nuffnang ads

Thursday, December 27, 2018

Teringinnya nak pusing-pusing di sarawak

Korang tahu Kuching? 'K.U.C.H.I.N.G' yah! Bukan kucing bingo meow..meow tu. Huhu
Kuching tu ibu Kota bagi Sarawak yah kawan-kawan. 
Iannya terletak di Borneo.
Kot lah ada Yang tak tau. Hehe

Macam aku Kan...sekolah dulu lagi admired sangat dengan Sarawak. Sampai lepas STPM tu apply IPTA kat Borneo sana. 1st choice kat USM subject psychology kanak-kanak. Sanggup walaupun gayat naik belon ..sebab niat tu dah tanam awal nak explore Sarawak. Yer USM tu kat Sabah...tapi Kira aci lah Kan. Kan Sabah Sarawak tu dua beradik jer. Kehkehkeh

Malangnya dapat sambung belajar kat Johor pulak...keinginan nak explore Sarawak tertanam di lubuk sanubari bergitu sahaja. Hahaha
Lepastu boleh confius pulak Muar dan Miri. Muar kat Sarawak, Miri kat Johor. Hahaha 
Okey ...inilah padahnya kelas subject geografi main sembunyi kat surau. Huhu

Namun...sejak berlaki dan beranak pinak nih keinginan nak explore Sarawak kembali membuak..tak taw lah faktor 'pembawakan' atau faktor umur.
Jeng...jeng...jeng 😊

Persoalannya...kenapa aku nak sangat pusing-pusing Sarawak?


Sarawak ada Kuching

Sebab Sarawak Ada K.U.C.H.I.N.G. kehkeh.
Kota Kuching ni mempunyai tarikan tersendiri taw. Pasti menyeronokan dan menjadi batu loncatan yang hebat untuk Kita terus meneroka seluruh bahagia Borneo ni. Tak perlu banyak, 4 hari pasti cukup untuk aku seronok menjelajah segala tarikan yang terdapat di Kuching. Kalau kat ibu kota lain di Malaysia mungkin Kita tertanya-tanya apa aktiviti best nak buat lagi-lagi pada waktu Malam?...tapi kat Kuching datang jer sini korang taw lah apa nak buat. Sebab waktu petang dan Malam lah waktu terbaik dan best nak meneroka Kota Kuching. Pelbagai aktiviti riadah individu atau keluarga boleh dilakukan di sepanjang tebing Sungai pusat Bandar Kuching ini.


Pada waktu ini, gerai tepi Sungai dan restoran kecil dibuka, lampu menyala dan penduduk setempat berada diluar dan memberikan Sungai itu sedikit buzz.

Salah satu tarikan di tebing Sungai Sarawak ni, kita boleh naik bot kecil untuk menyusuri Sungai atau menyeberangi Sungai. Kos hanya RM 1 seorang untuk setiap perjalanan. Di seberang sana terdapat jalan lain Serta pusat penjaja yang murah dan lazat. Jimat masa dan seronok Kan. Hehe


Selain itu, terdapat beberapa replika kucing di beberapa tempat di sini. Menjadi kewajiban Okey, bergambar dengan replika kucing yang merupakan mercu tanda keamanan dan kedamaian Bandar Raya Kuching ini.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Kalau ikut survey, ramai pengunjung datang ke Borneo untuk melihat orang utan dan Sudah tentu itu merupakan Salah satu tarikan kenapa aku kenapa nak sangat ke sarawak.



 Pusat hidupan liar Semenggoh sepatutnya menjadi highlight di Kuching memandangkan ianya sangat popular dan menawarkan peluang untuk melihat orang utan dalam persekitaran semulajadi mereka.


Wahh, tak sabar nak pergi! Nak melawat pusat hidupan liar ni dinasihatkan datang pada waktu ditetapkan, supaya korang berpeluang untuk menyaksikan gelagat dan aksi comel orang-orang utan ni.


See? Comel Kan? Nak tengok lebih jelas, bawaklah binocular sendiri, lagi puas tengok. Masa makan untuk orang utan adalah sekitar pukul 9 pagi dan 3 petang. 
Haa, kalau dating time confirm boleh tengok banyak orang utan. Boleh dating sama-sama orang utan. Sesuai sangat!! Hahaha


Kampung Budaya Sarawak


Untuk merasai pengalaman unik budaya dan warisan seni penduduk tempatan, korang harus mengunjungi Kampung Budaya Sarawak. Tak nak pening-pening, korang boleh arrange dengan pemandu teksi untuk bawak ke Sana. Kalau nak lagi senang, boleh jugak terus amik pakej daytrip dengan mana-mana tour guide. Lebih senang, sebab Kita tak perlu nak sibok cari mana tempat menarik untuk dilawati. Just ikut jer tour guide tu.

Kek Lapis Sarawak

Sudah semestinya activiti yang tak boleh miss ialah merasai sendiri kelazatan kek Lapis Sarawak.

Boleh juga melihat process pembikinannya sampai lah ke pembungkusan kek lapis.

Rasa macam nak angkut jer semua Kan.
Huhuhu

Kebanyakkan kek lapis yang dijual di sekitar Kuching Waterfront agak murah harganya kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di kedai-kedai lain.


Harganya sekitar RM 10 hingga RM 30 bergantung kepada flavour dan jenis. Kalau pandai bargain, boleh dapat lagi murah. So, pepandai lah manfaatkan skill korang yeh. Tak semua orang ada skill tawar menawar nih. Hehe

Banyak lagi tempat-tempat best kat Sarawak yang boleh explore. So, aku nak survey dulu sebelum ke Sana. Oh ya, tempat paling best aku Rasa boleh menginap di Hotel Pullman. Hotel ini terletak di kawasan paling strategic iaitu di kawasan Kuching Waterfront. Pengangkutan mudah, jadinya pergerakkan pun akan jadi mudah. Tempat makan ke, tempat lepak, tempat relax senang untuk diakses. Mahal? Hmmm..sebab korang nampak macam cosy sangat hotel ni Kan? Sebenarnya boleh jer dapat rate yang reasonable. Dengan syarat kena pandai cari! Boleh jer jumpa banyak special offer on Pullman Kuching online.




Meh sini aku bagi tips. Biasanya untuk reserve tempat penginapan dan tiket penerbangan pada harga berpatutan, visit application atau laman web Traveloka. Dengan Traveloka semua keje akan jadi mudah, dan jimat masa. Tak percaya Cuba la visit website Traveloka. Promo code pun banyak ditawarkan lagi-lagi during special occasions.

Aku sangat rekemen kalau korang pun ada plan untuk bercuti ke Kuching macam aku.
Nak jugak experience sendiri berjalan-jalan di Kuching kan? Make sure korang ada plan yang mantap supaya perjalanan berjalan lancar dan Kita pun enjoyed the vacation. Hihi

Okey lah...sampai sini dulu perkongsian aku Kali ini. Sharing is caring!
Ciaoo!!


P/S: Gambar semua aku cilok dari encik Google. Thank you 😁

15 comments:

  1. Syoknya lah kan. Jgn lupa cuba survey2 di Traveloka. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Sarawak mmg best. Sbb banyak tempat kita boleh pergi explore. the best tempat makan seafood yang murah kat TopSpot :)
    http://zazaabdullatif.blogspot.com/2014/10/topspot-food-court-kuching-sarawak.html

    ReplyDelete
  3. Asalam sarawak negeri indah luas dan rata jika ke Kota samarahan. Kota di Kuching juga humm! cantik, rindu juga ke Sarawak..orangnya ramah2 belaka

    ReplyDelete
  4. Wah.. banyak yang menarik rupanya.. Sha pun teringin nak ke sana.. tak pwrnah sampai lagi..

    ReplyDelete
  5. Ok..semoga impian anda tertunai ditahun baru nanti..🐈🐈😊😊🤗🤗🤑🤑

    ReplyDelete
  6. kek lapis tu yg buat geramnya nak jalan jalan ke sarawak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek tuu nmpk jerr sedap tapi tk sedap pun..biasa2 jerr..🍰🍫🍮🍩🍭

      Delete
  7. seronoknya..tahun 2019 dhlh thun melawat sarawak kan? heheh

    ReplyDelete
  8. Tapi kos flight ke Sabah Sarawak macam mahal sangat.. Tak baik tau Air Asia.. Sama harga macam pergi Thailand, vietnam etc.. Anyway bot yang lintas sungai sarawak tu kan, sampai ke hotel dok pening lagi rasa goyang2.. Haha mabuk sungai mungkin?

    ReplyDelete
  9. hi dah lama tak kesini....salah satu negeri kat malaysia ni sarawakla tempat yang x penah pergi cuma dapat makan kek lapis yang glamer tu jer...hehe

    ReplyDelete
  10. salam kenal. CT follow sini =)

    penah sekali sampai Sarawak. memang rasa nak repeat. surprisingly makanan kat sana sedap2. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Samalah kita Mrs. A pun teringin.
    In Sya Allah sooner or later kita samapi lettew...

    ReplyDelete
  12. sama la..abam kie pun belum menjejakkan kaki di Sarawak..tp dulu pernah transit di Miri on the way back from KK to KL..

    ReplyDelete
  13. Meh mai sini. dapat kita jumpa². hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...