Nuffnang ads

Wednesday, May 25, 2022

Sembang Raya Dua kosong Dua Dua

Tak terlambat rasanya Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada umat Islam di dunia. Dah day 4 bape raya? Ada kira ke? Aku ada jer ni wei.. Alhamdulillah masih sihat Dan diberi izin Allah untuk menyambut bulan Ramadan & Hari Raya yg ke 35 tahun.

 Cuma Aku ni dah terjebak dengan dunia TikTok hikhikhik ..alahai amender lah hang ni. Dah masuk umur tua baru nak bertiktok. Sebenarnya kan Aku dah Mula rasa bosan dengan TikTok...tu yang muncul diri kat blog plak..dah Mula rindu gamaknya..nak menulis, nak meluah rasa kat sini. Eceh..hehe

Kawan-kawan blogger semua sihat ke? Macam Mana perkembangan kawan-kawan? Blog dah sunyi sangat Sekarang. Ramai kenalan blog aku yg agak close dulu dah menyepi..macam Mana ek nak Cari kawan baru. Dah Jadi mcm tak pandai dah nak Cari kawan, bersosial. In real life pun, dengan suami Dan anak2 jer. Mereka lah kawan gaduh, kawan baik Aku. 

Sebut pasal anak2..ank sulung Aku ALuth dah Sekolah tabika 5 tahun. Masa 1st day Sekolah tu agak mencabar jugak nak tinggal dia sebab dia sedih. Dia tak de lah Menangis melalak taknak sekolah tu. Dia nak Sekolah tapi nak ummi teman masuk kelas hahaha. Buat lah drama sedih dia tu, tapi air mata tak de kuar pun. Manja! Cikgu cakap, sedih awal2 jer, lepas tu dia steady jer join kelas. Lepas tu Masa balik, nampak ummi terus sedih..padahal ummi intai ja dia td seronok bkn main dapat kawan gegirl. Drama sangat anak sarjan ni. 五五

Walid dia Tanya seronok tak Sekolah?

Dia jawab seronok, banyak kawan-kawan 

Kawan nama apa?

Nama Marsya.

Lagi? 

Marsya 

Kawan lain tak de ke? Jangan kawan gegirl jer kawan boboi jugak.

Tak nak, ALuth nak kawan Marsya.

Hahaha 不不不 sabor ja lah.

Dah masuk bulan ke 3 ni, Alhamdulillah..dia seronok pergi Sekolah. Hari-hari bangun awal nak pergi Sekolah. Ada sekali tu, dia yg kejut ummi nak pergi Sekolah. Sampai Hari cuti ummi kena cakap awal2, esok cuti 2 Hari Sekolah tutup. Jenuh pulak ummi nak kena jawab kenapa cuti. Kenapa Sekolah tutup? ALuth nak Sekolah!! Bertuah lah anak oiii.

Raya Hari tu seronok balik Kampung. 2 tahun raya tak ada rasa. Tahun ni Alhamdulillah seronok sangat. Sedia duit raya banyak-banyak. Dengan MakAyah dan MIL pun bagi duit raya banyak sikit dari biasa kihkihkih. Boleh toklaki tanya betul ke ni? Nekad ke ni? Hahaha ...hantu betoi!! Betul lah kan..niat sedekah. Moga berkah Dan berpanjangan rezeki anak-anak. 

Lepas solat raya, Kami jer beraya dengan MakAyah. Yang lain semua belum turn balik lagi Masa tu. Then petang tu balik rumah MIL pulak beraya.

Keluarga besar Toklaki. Seronok semua berkumpul boleh snap gambar ramai2 macam ni. 

Kami dapat beraya di Kampung sampai raya kedua jer sebab raya ketiga toklaki dah kena keje. Tercongak lah Aku Dan anak-anak kat rumah tak tahu nak buat apa. Seminggu mereput ja kat rumah sampai lah minggu Sekolah Aluth. 


Sekolah ALuth ada buat open house Raya, pergilah ummi Dan anak-anak riang gembiranya. Toklaki outstation kat KL Masa tu. Nasib lah ummi ada kawan...ummi ni cempeqa sikit..tak reti berkawan sejak-sejak jadi Suri rumah ni. 


Acik Pah ni lah yang sudi berkawan dengan ummi. ALuth good tetiba dia pandai berkawan dengan semua. Sekejab jer dah kawan baik dgn Aaryan. Sebelum ni bertegur pun tak, padahal diowg ni dalam kelas satu group taw. Suruh bertegur dia malu. Anak kak pah ni pun jenis pemalu jugak. Berpandang-pandangan ja lah diowg tanpa perasaan. Hahaha

Alhamdulillah..itu ja lah serba sikit cerita dari Aku yang dah lama menghilang. Bukan apa sibok dengan anak-anak ja. Selalu tak sempat pun nak bukak blog..padahai lebih kepada pemalas sebenarnya hahaha..sabor ja lah. Okey jumpa lagi uolls di lain entry. Doa-doa lah Aku rajin wei. 
 Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...