Nuffnang ads

Monday, February 29, 2016

Ayam masak lemak cili api


Dari blog aku tak update, Meh update sal makanan....pun okey apa, terliur ja nengok. 

Aku jarang sangat masak lemak cili api, malah family aku pun tak bape layan sangat makanan yg terkenal dgn trademarks menu orang negeri sembilan nih. Tak tahu lah Napa maybe tak bape nak favorite kot. 

1st time belajar buat masak lemak, dan aku rasa mcm sedap gilerr. Hahaha eh...eh...suka ti lah nak pasan pun. Siapa lagi nak puji diri sndiri if bkn diri sendiri kan. Ewah...hehe

Taste aku, masak lemak yg sedap adalah masak lemak yang pekat Dan kuah dia tu tak pecah minyak. Yang penting kena extra pedas bawulah Very the bon appetizers kihkih

Entry ni entry puas hati makan masak sendiri tapi dah jadi entry masuk bakul angkat sendiri..hahaha

Bye..



Saturday, February 27, 2016

Ajiesyi Pregnant

Bosan pulak weekend Kali ni. Nak buat apa dan pegi mana yeh? Kawan pun takde acaner?

Mood masak-masak aku hilang since 2 week ago. Last aku Beria masak masa balik dari Cameron tu, tu pun masak sejenis jer sambal petai. Kahkahkah

Budget!! Setakat masak sambal petai apa la sangat kan. 

Now mood aku lebih kepada membaca. Ewah mood nak intelligent jer? Yer ...mood yg intelligence tapi orang nya tak, macam gatal jer lebih. Aku habiskan masa dengan baca novel love story huhu. Korang ingat apa hah?

Ada baca satu novel tu dia dpt anak kembar, so i wish nak anak kembar jgk. Ya Allah makbulkan permintaan ini. Terpengaruh dengan novel sangat nih. Korang mesti mcm pahal minah ni gedik sangat. Eh aku xkisah..sesuka Hati aku lah nak gedik pun.

Tulah noh..owang kata kalo banyak sangat membaca cerita-cerita mcm nih buat kita rasa seperti di alam fantasy. Terpengaruh dan Kita tak rasional mcm tak pijak di dunia yang nyata. Tak bagus tak bagus...baca boleh Tapi jgn berangan sangat, tu yang penting.



Ajiesyi dah mengandung...dah tentu-tentu suami dia boboi. Dah tentu-tentu Anak kembar. Kembar bape taktaw lah xg scan pulak kihkihkih



Tak tahu bape bulan tapi mcm dah besar pewut dia mcm 6 bln pewut manusia.


Eh, binatang kan bunting bape lama ek? Manusia 9 bln kan? Binatang?



Aku terharu Ajiesyi masih kenal aku..kan lama gak aku tinggal dia Kat kg kan. Aku balik kan, dia menyendeh ja Kat aku. Kalo Tido siang tu kepala letak ats lengan aku. Mcm tulah dia pun masa duduk dengan aku Kat subang. Just malam ja dia akan tido dgn qaisarah. Agak kepelikan kami hubungan ajiesyi ngan qaisarah ni. Qaisarah takut kucing, dia memang tak kan pegang atau peluk kucing pun.Kdg2 kucing lalu sebelah dia pun dia dah gelabah. Tapi tido mlm boleh tido sekali. Ini sangat pelik. Ada satu Hari tu akak aku citer, dia terjaga tengok ajiesyi tido bawah bdn qaisarah. Masa tu qaisarah tido menonggek. Dia dah wisau kena penyek ngan qaisarah ja ajiesyi tu. Kang terburai Anak kuar dari pewut kahkahkah


Okey..gua sangat boring..nak kuar merendek jab..ngeh ngeh ngeh

Bye bye


Tuesday, February 23, 2016

Depression


Dalam kereta otw balik dari keje, rasa sunyi. Cuba menghappykan diri menyanyi riang follow rentak lagu di radio. Lagu habis, Hati masih muram. Sampai rumah merebahkan diri. Kaku. Tak mampu nak petik suis kipas pun. Entah apa difikirkan, memerhati sekeliling ruang bilik. Sunyi! Terpandang diri Kat cermin. Senyum, cantik ciptaan Allah. Sempurna serba-serbi. Tiba-tiba rasa sebak yang tak tertanggung. Cuba bertenang, cuba bersabar. Dada diurut mencari kekuatan disitu ...tapi jiwa rasa lemah...makin lemah....semakin lemah dan Akhirnya pecah jugak empangan mata, melimpah air Mata membasihi pipi. Menangis seperti Anak kecik. Menangis sepuas hati...

Diri dipaksa melangkah ke bilik air. Amik wudhuk. Solat Asar. Rasa tentang, jiwa tenteram. Ya Allah, lalainya aku. Lemahnya aku, berdosanya aku...


Ko penah tak menangis atau rasa nak nangis disebabkan something yg orang lain rasa tak munasabah. Maybe jugak ko sendiri rasa memang tak munasabah pun. Kahkahkah

Sampai 2 Hari turut-turut ko menangis macam orang mati laki. Tapi sah-sah lah ko laki pun takde, Anak kucing plak alhamdulillah Sihat walfiat lagi lah. Mengada-ngada ko kan nak nangis-nangis bagai. 

Kadang-kadang tu kan, hal kecik jer cth planning ko tak progress seperti yang ko harapkan tapi KO punya kecewa tu mengalahkan putus kasih.

Itu namanya depression. Maybe perempuan aje kot Ada penyakit nih. Lelaki punya depression style lain sikit. Nangis-nangis xmain ar kan. Tak kewl lah beb...eh, tak macho beb. (Aku takut nak guna 'kewl' sebab aku xpaham maksud apa pun Hahaha)

Takde pape pun..just try to make it peace.

See yahhh!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...