Nuffnang ads

Tuesday, June 20, 2023

Blog Tunggu Aku Update!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah tetiba datang kesedaran untuk update blog. RINDU wei... Jom lah semua aktif balik kat blog ...Kalo sibok update sikit2, pendek2 pun tak apa dah.😜

Routine Aku seperti biasa ja setiap Hari..bangun seawal pukul 5 pagi untuk cuci popo baby. Tak tahu lah kenapa!..asal pukul 5 jer baby dah melabur, asal melabur ja mesti pukul 5. Agknya waktu tu ketenangan Paling maksimun untuk baby melabur😂😂 kahkahkah. Lepas cuci biasa aku mandikan terus baby. Then bagi susu semua baru letak dalam ndoi untuk tidokan dia balik.


Bila baby dah tido balik, maknya pun tido lah balik sekupang dua sementara tnggu Azan subuh. Kadang2 tak dpt nak lelap pun, godek TikTok, like2 apa yg patut 😂😂. Seriously bnyk manfaat & kebaikan akaun TikTok ni. Terpaling best boleh buat side income jadi affiliate. 

Yang belum ada TikTok, nak join boleh klik link ni ---> Join tiktok. sign up lah uolls, baru uolls akan nampak manfaatnya. Nak cerita pun panjang uolls godek2 sendiri lagi Mudah faham kot. 

Orait..sambung cerita hehe 

Sesudah subuh, bermula lah pekerjaan maknya. Iron baju Sekolah abg Luth. Jam 7 pagi dah Mula kejut apaknya & abg Luth. Diowg Mandi siap2 kul 7.30 tu bagi Luth sarapan dulu Kalo dia nak. Dia jenis picky eater sikit, Kalo sarapan coco crunch susu, donat/sosej baru dia nak mkn. Kalo lain2nya dia xnak tu biasanya dia terus sarapan kat Tadika lah. Apaknya biasa tak mkn lagi seawal pagi..minum jer dia. So xde lah amaknya terkejar-kejar nak buat sarapan.
Aidil waktu ni tak bangun lagi dia. Kang jam 9 pagi, Paling lewat 10 pagi baru dia bangun.


ALuth ni walaupun jenis picky eater, tapi dia sejenis kuat makan. Kalo makanan tu favourite mesti menambah. Kat rumah maximum 3 Kali tambah okey, nak tambah Kali ke-4 Aku memang xkasi dah. Kena catu dengan amaknya. Kang obes 1 hal plak Aku nak berulang pakar. Paling Aku wisau Kalo kena ganti baju Sekolah..hahaha 😂. Bukan kedekut ke hape amak nya ni, cuma nak jimat seboleh yg mungkin.🤭


Aidil pulak kurang Makan...Susah benorr nak suruh makan pun. Badan kurus tinggi jer dia....tapi masih normal tumbesaran dia. Nak kata picky eater tak jugak dia ni. Maybe tank kecik kot hehe. Dia Kalo lapor sangat jer mintak makan. Masih lagi Terapi dengan pakar tiap bulan..sebab dia speech delay. Dah 4 tahun masih lagi tak nak bercakap. Aku dah wisau sebenarnya..tahun depan dah nak hantar Sekolah tadika. 
Boleh ke dia bawak diri nanti?


Abg Luth tiap pagi pergi Sekolah biasa apaknya yg hantar. Kadang2 jer Kalo apak ada hal, amaknya lah kena hantar..berangkut sekali Aidil dan baby bambam. Waktu balik kul 12, mesti amaknya kena ambik. Biasalah berangkut lah. Untung Tadika Kemas dalam Kem ajer. Hehehe

Abg Luth Balik dari Sekolah..maka bermula lah aktiviti menghuru-harakan rumah. Aidil tak ada abg, dia behave sangat, tak ada nak sepah2 rumah. Main pun cermat jer, santun, teratur. Tapi Bila abg ada, balik dari Sekolah, once bergabung ja BoBoiBoy kuasa Dua tu, terbang hilang santun dia tadi. Memang bila bergabung menjadi-jadi nakalny tu. Bergaduh tak usaha cakap lah..Hari-hari, pening amaknya nak handle.


Teratur kan..Aidil Suka kemas2 mcm ni. Dia selepas main...dia akn kemas mainan dia & sapu sampah. Tapi sikap dia tak akan kekal lama Kalo bergabung dengan abg. 


Once bergabung, rumah akan huru hara bergitu. Memang tak boleh nak berkemas even 5 minit Kalo abg dia ada..sebab abg Luth sejenis yg Suka menyepah. Dia tak boleh Kalo nengok mainan tersusun ke rumah kemas elok ke...tak boleh..kang dia mesti akan sepahkan. Agknya jiwa kaco Kalo kemas rapi. 


Kalo nak cerita pasal kelaku anak ni 30 episode pun tak boleh nak habis. Okey lah Aku cau dulu...letih pulak menaip hoh!!! hehe. Nanti Aku datang cerita & menaip lagi ya. 

Terima Kasih membaca 🤗








Friday, April 14, 2023

Aku Seorang Pengurus Rumah

 Malam ini 14 April 2023, ya Hari ke 23 Ramadan uolls...tiba-tiba rindu nak menulis di blog. Dengan perasaan yang sukar diungkap dengan jari jemari, aku log in masuk, alhamdulillah 🤲, masih ingat password 🔑. Aku yakin Kalo fizikal diary blog ctcheery mesti dah berdebu kan seperti kitab lama yang tidak langsung menarik untuk dibaca..tak pun dah jadi serpihan kertas sebab digigit cikti...kus..kus 😅😅 

Sepanjang Aku jadi ibu, banyak perkara dan kejadian yang menguji kesabaran. Tak mudah rupanya nak menjadi seorang ibu. Selagi Kita fikir tak mampu bersabar dengan ujian itu, lagi itu Kita diuji dengan ujian yang seakan akan. Seperti kata pujangga, Allah akan uji Kita atas sesuatu yang Kita takutkan. Jadi belajar lah berserah hanya pada Allah semata-mata.

Mengimbas kembali..dulu Aku terima lamaran suami hanya satu matlamat, Aku nak hidup yang tenang, bahagia.. berada dirumah uruskan rumah tangga. Ada anak-anak yang comel untuk diuruskan. Dan tak lupa jugak duit yang kepuk-kepuk. Mesti!!! Sebab pagi nak breakfast kat Pulau terbesar Dunia, Greenland, lunch kat Netherlands, dinner kat Belgium. Hah ghituh lah perancangannya. (Yes berangan itu percuma)Tapi...(tunduk kepala) Rupanya realiti hidup ni lebih sukar...bercanggah dengan apa yang diimpikan. Semakin ramai ahli keluarga, semakin berat tanggungjawab & ujian pun semakin besar. 

 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Fyi, Aku dah punya 3 orang anak lelaki yang menjadi saksi cinta abang askar..ecehwah..haha ghitu pun boleh. Anak no 3 Aku deliver on January yang lalu.  Yes..raya cina, that why nama dia pun Aku letak ala-ala Chinese name. Boleh panggil dia Ahhan atau Ahhud ...pilih Mana yang menjadi pilihan hati. 🤗 Kihkihkih. Kena tazkirah sebakul dengan Ayah Aku itu Hari. Sampaikan laki Aku pun kena terang satu2 maksud namanya sebab Ayah Aku tak percaya Aku. Hahaha 😂

Itu lah Cari penyakit. Tapi namanya maksud baik jer uolls. Biasa lah orang tua..panggilan ke arah bangsa lain ni kurang gemor...tapi kalo panggilan peah, yub, mamat, man, acap..apa lagi? Hah..depa Suka lah. 😁

Sepanjang bulan Ramadan pun kami terduga jugak. Belanja puasa kena cut off sebab habis dekat yuran & barang Sekolah anak. Tu baru sorang anak jer yang Sekolah. Yang ramai tu mcm Mana lah kan. To me, bagus jugak sebab sepanjang bulan puasa kami tak ada pembaziran langsung. No Bazar2 anymore. Kalo nak beli kuih pun beli jer kat gerai tepi2 jalan yang dah biasa meniaga harian tu. Lauk mmang Aku masak simple2 jer. So tak ada extra2 lauk tak habis kena buang ke apa ke takde. Pendek cerita takde pambaziran lah. Good tak iolls?? Good kan? Hehe😁😁

Okey..jom Aku share juadah jimat iolls sepanjang bulan puasa ni. 


Masa ni Berbuka sensorang sebab toklaki duty

My favourite kuih Masa Ramadan Kali ni 🥰
Asyik dok repeat beli jer 😂

Masa ni pun toklaki duty. Berbuka dengan anak2 yg tak puasa. Juadah beli jer, malas benor nak masak bila buka sensorang ni kan...hehehe



Meriah tak iolls? Boleh lah kan..yang penting tiada pembaziran. Kos sara hidup, harga makanan siap, bahan mentah semua mahal benor. Kalo makan asyik membeli tapau jer...jgn kan tauke balak...tauke bank pun boleh bankrap huhuhu 🙄 

Okey lah..Aku rajin Aku share persiapan raya pulak. Bukan apa pun wei, share ni lebih kepada luahan rasa ja. Aku taw zaman now 2023 Mana ada lagi berblog. Zaman now..zaman TikTok kihkihkih

Orait Chau..xoxo 😘

Wednesday, May 25, 2022

Sembang Raya Dua kosong Dua Dua

Tak terlambat rasanya Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada umat Islam di dunia. Dah day 4 bape raya? Ada kira ke? Aku ada jer ni wei.. Alhamdulillah masih sihat Dan diberi izin Allah untuk menyambut bulan Ramadan & Hari Raya yg ke 35 tahun.

 Cuma Aku ni dah terjebak dengan dunia TikTok hikhikhik ..alahai amender lah hang ni. Dah masuk umur tua baru nak bertiktok. Sebenarnya kan Aku dah Mula rasa bosan dengan TikTok...tu yang muncul diri kat blog plak..dah Mula rindu gamaknya..nak menulis, nak meluah rasa kat sini. Eceh..hehe

Kawan-kawan blogger semua sihat ke? Macam Mana perkembangan kawan-kawan? Blog dah sunyi sangat Sekarang. Ramai kenalan blog aku yg agak close dulu dah menyepi..macam Mana ek nak Cari kawan baru. Dah Jadi mcm tak pandai dah nak Cari kawan, bersosial. In real life pun, dengan suami Dan anak2 jer. Mereka lah kawan gaduh, kawan baik Aku. 

Sebut pasal anak2..ank sulung Aku ALuth dah Sekolah tabika 5 tahun. Masa 1st day Sekolah tu agak mencabar jugak nak tinggal dia sebab dia sedih. Dia tak de lah Menangis melalak taknak sekolah tu. Dia nak Sekolah tapi nak ummi teman masuk kelas hahaha. Buat lah drama sedih dia tu, tapi air mata tak de kuar pun. Manja! Cikgu cakap, sedih awal2 jer, lepas tu dia steady jer join kelas. Lepas tu Masa balik, nampak ummi terus sedih..padahal ummi intai ja dia td seronok bkn main dapat kawan gegirl. Drama sangat anak sarjan ni. 🤭🤭

Walid dia Tanya seronok tak Sekolah?

Dia jawab seronok, banyak kawan-kawan 

Kawan nama apa?

Nama Marsya.

Lagi? 

Marsya 

Kawan lain tak de ke? Jangan kawan gegirl jer kawan boboi jugak.

Tak nak, ALuth nak kawan Marsya.

Hahaha 🤣🤣🤣 sabor ja lah.

Dah masuk bulan ke 3 ni, Alhamdulillah..dia seronok pergi Sekolah. Hari-hari bangun awal nak pergi Sekolah. Ada sekali tu, dia yg kejut ummi nak pergi Sekolah. Sampai Hari cuti ummi kena cakap awal2, esok cuti 2 Hari Sekolah tutup. 😆😆😆 Jenuh pulak ummi nak kena jawab kenapa cuti. Kenapa Sekolah tutup? ALuth nak Sekolah!! Bertuah lah anak oiii.

Raya Hari tu seronok balik Kampung. 2 tahun raya tak ada rasa. Tahun ni Alhamdulillah seronok sangat. Sedia duit raya banyak-banyak. Dengan MakAyah dan MIL pun bagi duit raya banyak sikit dari biasa kihkihkih. Boleh toklaki tanya betul ke ni? Nekad ke ni? Hahaha ...hantu betoi!! Betul lah kan..niat sedekah. Moga berkah Dan berpanjangan rezeki anak-anak. 

Lepas solat raya, Kami jer beraya dengan MakAyah. Yang lain semua belum turn balik lagi Masa tu. Then petang tu balik rumah MIL pulak beraya.

Keluarga besar Toklaki. Seronok semua berkumpul boleh snap gambar ramai2 macam ni. 

Kami dapat beraya di Kampung sampai raya kedua jer sebab raya ketiga toklaki dah kena keje. Tercongak lah Aku Dan anak-anak kat rumah tak tahu nak buat apa. Seminggu mereput ja kat rumah sampai lah minggu Sekolah Aluth. 


Sekolah ALuth ada buat open house Raya, pergilah ummi Dan anak-anak riang gembiranya. Toklaki outstation kat KL Masa tu. Nasib lah ummi ada kawan...ummi ni cempeqa sikit..tak reti berkawan sejak-sejak jadi Suri rumah ni. 


Acik Pah ni lah yang sudi berkawan dengan ummi. ALuth good tetiba dia pandai berkawan dengan semua. Sekejab jer dah kawan baik dgn Aaryan. Sebelum ni bertegur pun tak, padahal diowg ni dalam kelas satu group taw. Suruh bertegur dia malu. Anak kak pah ni pun jenis pemalu jugak. Berpandang-pandangan ja lah diowg tanpa perasaan. Hahaha

Alhamdulillah..itu ja lah serba sikit cerita dari Aku yang dah lama menghilang. Bukan apa sibok dengan anak-anak ja. Selalu tak sempat pun nak bukak blog..padahai lebih kepada pemalas sebenarnya hahaha..sabor ja lah. Okey jumpa lagi uolls di lain entry. Doa-doa lah Aku rajin wei. 
 Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin 🤗


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...