Nuffnang ads

Wednesday, July 11, 2012

Berbahagiahlah Apabila dihina


Tolong jangan blur dengan tajuk entry. Ok,aku tahu tak de sesiapa yang nak blur pun! Sememangnya tajuk entry amat relationship dengan isi entry. Tindak balas normal manusia mesti kecik hati bila di hina kan?Takpun ada yang marah tau dendam. Tapi mulai hari ni aku nak sarankan diri sendiri dan korang semua berbahagialah apabila dihina.

Dalam hidup kita as a human ni mesti pernah rasa dihina atau seperti tidak dihargai. Betul? Dan ada ketikanya kita pernah di puji. Bohong besar korang kalau cakap tak pernah lalui semua ni.Tobat aku tak percaya.

Menurut Dr.HM Tuah Iskandar, manusia yang suka hina kita ni (Yelah tak kan kucing), sebenarnya didorong oleh sifat cemburu atau ketidakpuasan hati. Cemburu terhadap kecantikkan kita mungkin,atau kebaikan dan kepintaran kita.

Apabila cemburu menguasai diri, dengan sengaja orang itu akan menghina dan melemparkan kata-kata yang tak sedap di dengar halwa telinga kita.

Apa kata selepas ni apabila kita dihina kita say “Alhamdulillah”. Aku pasti korang mesti pernah dengar ajaran ni kan? Bahkan dah siap praktik lagi. Kan….kan?

Buruk yang diperkatakan itu sebenarnya adalah satu kebaikan disebaliknya,bahkan disebaliknya tu lah yang diterima orang lain. Ah sudah,mesti dah blur tu!
 
Ok,aku kasi contoh. Kalau orang tu kutuk kita macam ni,” Pandai apanya,SPM pun tak pass,tiba-tiba leh jadi datin pulak”.

Sebenarnya dia cuba mengatakan bahawa nak jadi datin tak perlukan kelulusan SPM atau kepandaian pun. Meskipun dia lebih pandai tapi tak dapat pun gelaran tu sedangkan kita yang kurang pandai ni dapat pulak. So, kesimpulannya pandai bukan syarat nak jadi Datin.

Contoh lain, ada orang kutuk kita macam ni “ Dia tak cantik lah,macam lontong je!”. Ada ker samakan kecantikkan manusia dengan lontong? Match and matching tu tak relevant. Kita terbalikkan apa yg dia ckp. Think Positive. Sebenarnya dia nak cakap kita cantik. Disebabkan tahap kecemburuannya terhadap kita tu tinggi jadi apa yang diluahkan tu tak seiring dengan apa yang difikirkannya.

Nampak tak kat situ? Sebenarnya tak susah untuk mencari kebahagian disebalik penghinaan itu kalau kita tahu caranya. Apa yang penting tak usahkah amik port sangat pasal keburukkan yang orang cakap pasal kita. Baik korang pikir apa nak buat untuk hari esok atau baju color apa korang nak pakai raya ni….Aku cop color merah ..hehe..(puasa pun belom xcited lelebih)

Monday, July 9, 2012

Khasiat Cherry


Apa yang anda rasa bila dikutuk? Soalan cepumas dari ct cheery a.k.a manja. Cukup jangan nak mengutuk aku. Suka hati aku la nickname aku Manja. Kat UTM dulu ramai yang lucu dengan nama tu. Member aku sendiri ketawakan aku. Tak patut toi. Bila aku Tanya vivien napa diowg ketawa..dia cakap lucu macam tak kena ngan aku. Huh! Tak pe lah aku redha,diowang hina fizikal aku,diorang tak layak pun panggil aku ngan nama tu. Tak kisah lah. Tapi diorang ckp diorang suka ct cheery. Sejak tu diowang call aku cheery. Xtually “cherry” merujuk pada buah but aku yang tukar ejaan pada ‘cheery’ yg bermaksud periang. Tapi sebutan tetap cherry,fikiran diowang masa panggil nama tu pun buah cherry.SO,suka hati diowang lah…

Yang penting panggilan ‘manja’ tu dari orang yang kita sayang..kan..kan..kan???weeeee……………………….


*kat Dewan Sultan Iskandar


p/s: Entry saja nak memorize balik kenangan member kat UTM.
p/s 2: Tajuk entry xde kena mengena.......

Friday, July 6, 2012

Sikap lelaki yang buat perempuan kena terima jer!


Aku ada sebab sendiri kenapa aku keluarkan entry macam ni hari ni. Entry yang lepas-lepas aku ada tulis xpaham ngan sikap lelaki. So aku bertindak bijak sedikit dengan cuba untuk memahami lelaki. Mungkin sesetengah perempuan akan cakap ‘tak penting pon dan malas nak amik tahu tapi pada aku penting sebab aku berada dalam kelompok lelaki yang jenis macam ni…….


  1. Pentingkan diri
Majority perempuan,aku pasti tak suka dengan lelaki jenis macam ni. Dulu aku pun tak suka dengan sikap lelaki yang ini tapi sekarang aku xkisah sangat sebab sikap pentingkan diri tu kena ada pada setiap individu. Tapi percaya lah sikap ini pasti akan hilang satu hari nanti apabila mereka dah sampai ke fasa rumahtangga.

  1. Obsessed  dalam dunia automotive
Sikap ni memang siyes menyakitkan hati perempuan.Mybe pada sesetengah perempuan je kot. Lelaki jenis ini akan sanggup berhabis beribu-ribu duit untuk kereta atau pon vehicle lain. Diowang tak amik port sangat hal yang berkenaan perempuan. Bagi mereka kereta tu lah 1st love diowg. Agak-agak perempuan akan jeles tak?? Kalau aku,aku jeles dan aku rasa tak fair sebab duit tu diowg patut save untuk kawen bukan habis kat benda alah tu. Benda alah tu tak leh kasi zuriat pun kat diowg.kan??hee..

  1. Selalu Sibuk.
Rasanya yang ni ramai akan setuju kan? Lelaki memang akan sentiasa sibuk walaupun sebenarnya mereka tak la sibuk mana pun. Sebenarnya kelemahan diorang jugak. Lelaki ni tak boleh nak focus lebih dari satu benda dalam satu-satu masa. Contoh kalau time tu time keje,diowang akan buat keje jer xdenyer masa nak mesej manja ngan makwe. That why diowang xleh jadi Ibu,klu jd Mr mama boleh lah kot. Klu suruh jaga anak biarkan diowg jaga anak jer jgn soh diowg masak. T skali ngan anak diowg masak..huhu..

  1. Ego
Semua sedia maklum lelaki memang EGO. Dan mereka tak kan mengaku diowang ego..memang sangat-sangat ego la tu. Perempuan yang turut mempunyai sikap ego xsesuai berpasangan dengan mereka. Cuba bayangkan apa akan jadi kalau suami/isteri keua-duanya ego! Bayangkan!!!!! Leh pecah berderai rumah tangga tu.

  1. Meninggikan Suara
Lelaki memang sangat suka tinggikan suara,al-maklumlah mereka kan dikurniakan suara yang ‘macho’..macho la sangat !! Tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego,tak eloklah. Ni mungkin kelemahan mereka kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

  1. Suka cuci mata
Kebanyakkan lelaki sukar untuk mengawal mata. Macam mata keranjang, pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah tngok macam nak terkeluar biji mata walaupun time tu tengah dating ngan makwe. Bila si makwe merungut mereka akan cakap menikmati anugerah allah. Banyak cakadak diowg!.
 



  1. Pelupa
Kata Tun Mahadhir “Melayu mudah lupa”. Sebenarnya lelaki pun sama mudah lupa. Sebenarnya perempuan sangat pantang sekiranya pasangan diowg lupa hari-hari penting diowg. Tapi wahai perempuan bersabar jelah sebab lelaki memang pelupa. Kadang-kadang hari birthday diowg pun diowang lupa.

Kalau nak list kan memang banyak. Kang panjang plak entry aku. Tulis panjang-panjang bukan ada owg baca pun. Para lelaki yang budiman jangan marah entry aku yer,tak de niat diskriminasi pun, sekadar menconteng di pagi yang sejuk ni..weeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...