Nuffnang ads

Sunday, April 26, 2020

Thermomix Viral Meletup?


Assalamualaikum..selamat berpuasa. Dah tahun 2020 dah Kan, puasa ketiga dengan suami. Semoga kita berkesempatan untuk tingkatkan Amal ibadah di Bulan Ramadhan Kali nih. Yes... PKP Lanjut lagi...sesuai sangat lah hehehe.


Actually tak taw nak happy ke sedih PKP Lanjut nih sebab Aku nih tak PKP pun still Sama ja situasi kat rumah...laki Aku hari-hari kerja takdenya dpt offday ke cuti ke xde k. Pegawai tentera mcm tu lah. Hari-hari jgk gaduh dengan 2 ketul buah cinta Ummi nih.


Okey lah tak kisah lah PKP Lanjut pun Kan...tak dapat balik Raya kg pun Kan..janji negara Kita cepat bersih dari Covid-19.   yg Tak Ada lagi kes baru dan yang dijangkiti tu cepat sembuh...Amin!

Korang  taw tak baru-baru ni di Malaysia viral pasal satu mesin mewah yang dinamakan Thermomix. Harga mesin ini bernilai hampir RM 7,188 sebiji taw dan dipercayai mampu  sediakan pelbagai jenis masakan dengan mudah dan pantas. Mesin ini cara guna dia mudah giler, cuma tekan butang dan siap. Blend bawang pun mesin nih boleh buat cuma kupas bawang ja kena sendiri hahaha . Ok mesin nih mmang jadi kegilaan k, Artis kebanyakkan dah pakai...Dan baru-baru nih jgk Acheykintangkintung dah Beli satu utk Bini dia.

Aku Minat jgk tapi mengenangkan harganya tu baik Aku guna renovate dapur kahkahkah. Tapi Kan Kalo mesin canggih sangat pun belum tentu sedap Kan..konon effort tu tak nampak hehe.

Aku Ada baca 1 article tu.. rupanya mesin Thermomix nih dah lama wujud, sejak 1994 tak silap kat negara barat tapi tak popular. Lepastu 2016 pernah sekali meletup dan mencederakan. Owh my...yg jenis meletup2 nih Yang Aku takut sangat huhuhu. Aku paranoid Sikit bab2 Karan dan api...tetiba bau gas kat dapur pun Aku dah wisau.

Nanti Aku bagi link pasal Thermomix meletup tu. Iolls takut yeh...melecur dia tu menakutkan.

Hampa aktif lagi dak blog nih? Rajin update lah menu berbuka kat blog.. Aku nih sejenis suka nengok gambar makanan dan baca bab2 berbuka posa, Bab aktiviti hampa Bulan posa nih. Happy...mcm satu terapi taw hahaha. Giler !!!

Dulu suka baca blog 'The Kasihs", dia suka update pasal lauk bukak posa, Resepi, aktiviti. Tapi skrang nampak mcm kurang aktif dah.

Ke hampa Ada Thermomix tu....APA lagi share lah, Resepi apa hampa buat. Sedap ke masak pakai mesin? Ke periuk belanga ketung2 jgk Yang best? Huhu

Baca sini: Thermomix meletup, Suri rumah cedera parah.

Follow Kami komen kat entry noh...Kami nak follow balik


Friday, March 13, 2020

Ikan singgang penawar Covid-19?



Assalamualaikum... serious memang tak siapa sangka Kan? Ikan Singgang yg selama nih menu traditional melayu boleh merawat wabak Covid-19.

Baca kat cari.com --> Ikan Singgang Mempunyai Bahan Pemusnah Mikrob, Mungkin Penawar Covid-19?

Nih menu favourite ayah Kami. Dia, tak yah masak mewah2 atau payah2..masak nih ja pastu mkn plak dengan cabai tumbuk..bertambah-tambah nasi. Kalo org Kedah panggil nih sayoq ayaq ikan.


Cara nak masak dia mudah ja, taruk ja semua bahan dia, serai, halia, bawang puteh, bawang merah, Asam keping. Hah biar jer dia merebus atas dapur..jangan plak lupa perasakan dengan garan yeh. Dah masak leh tutup API, siap. Menu nih Kalo yg nak diet dan berpantang pun sesuai sangat. Aku Dalam pantang, hari2 nak makan ikan Singgang taw hahahaha

Tapi buat masa nih memang tak pernah buat kajian pun antara ikan Singgang dan Covid-19. Dipercayai boleh merawat sebab bahan yg digunakan utk masak Singgang nih tinggi antioksida dan mampu memusnahkan mikrob. So nak taw mampu ke tak rawat Covid-19 kena kajian menyeluruh lah Kan.

Apa-apa pun jgn cepat melatah k. Amalkan makanan sihat dan berkhasiat Tu kewajiban Kita sebagai Muslim. , So tak Salah pun if nak ikhtiar Kan. Lagipun, kat hospital kerajaan boleh dikatakan hari-hari jamu singgang pada pesakit depa.  Aku percaya Singgang nih boleh kuatkan imunisasi badan untuk melawan penyakit. So tak hairan Kalo 22 owg yg positive Covid-19 tu boleh sembuh dan discharge.


Okey dadadaaa...🥰

Sunday, March 8, 2020

Datuk Seri Aliff Syukri nak jadi PM? PM ikat tepi boleh lah!

Hi Assalamualaikum uolls...beliau nih bkn nak sembang lah...memang mengundang kutukan betoi lah. Aku nih bukan lah baik sangat atau bagus sangat tapi bab-bab nak kutuk owg aku malas dan takut Sikit..hahaha takut lah Kan Benda tu berbalik ke aku hehe. Tapi si Aliff nih Aku xleh arrr...Rasa mcm nak Komen Sikit pasal dia..bkn nak kutuk...nak Komen jer kihkihkih. 😅

Hari tu kecoh pasal sibok hal kehidupan Balu Abam, pastu kecoh nak jd wartawan, dah kena kecam ngan DSV nak jadi PM plak dah. " PM ikat tepi boleh lah".Adoiii..pening Kalo baca isu pasal dia nih. Jadi usahawan ja lah Aliff oiii...diam2 situ. Bini hang mesti pening Kan...kesian Aku nengok dia.



Dan baru-baru nih plak kecoh pasal dia dera anak angkat. Kes tu katanya dia nak buat video, tapi anak angkat tu tak ikut arahan. Hmmm ..mcm-mcm. Bini tu dah pegi umrah nak Cari ketenangan, hang kat Malaysia...buat mcm2 isu.

Aku Rasa Kan...dia nih dpt income banyak dari video YouTube tu. Sebab tu tak cemuih and agresif sangat buat video. Semua Benda dia nak live video. Pasal nak buat sumbangan pun nak live video. Wayang jer semua yg dia kata duit YouTube tu lepas duit Minyak kete jer apa lah.

Dalam Malaysia nih bukan ang sorang ja Kaya berduit Aliff oii...ramai lagi tapi depa pilih untuk bersederhana dan hidup depa alhamdulillah Aman tenteram harmoni. Kehidupan mcm tu lah diidamkan majority orang biasa.

Okey dah cukup...sembang pasal dia. Dah tadi Aku kata nak Komen Sikit ja Kan kihkihkih 😅

Bye...bye 🥰




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...