Nuffnang ads

Thursday, January 11, 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

 Hi Assalamualaikum guys...Aku pepagi subuh dah terharu, terkelu, teruja, terkesima, terkeluar...opsss apa2 ter lah..pasal pepagi dah dapat mesej dari Urusan Paduka Baginda Pn Permaisuri ๐Ÿ˜

Haihhh..tak tahu lah nak cerita ke tak..tapi cerita ja lah ek kan. Sebenarnya dulu kan.. ada sorang Permaisuri Kerajaan berkenan nak menantukan Aku tapi tu lah awal-awal lagi dah nampak..yurshuuuu prepppppp prikkkkkkehkehkeh auhhhhhhh bushhhhhh norrr..norrr.trututtuttuttut!!!!! Paham tak??

Aku yang dulu bukan lah yang Sekarang. Manis Letting lah ada2 Sari Yanti sikit. Jadi tak menghairankan lah Kalo Permaisuri pun boleh terkenan..tapi itu lah, yang Sekarangggg..Kalo Zahira Macwilson Muka bibik, fatin dah Muka Awam, Aku ni Macam Muka ala2 buruh nelayan Dan jugak petani lah hekk...ghituhh lah!! Ada tambahan sikit tu..sebutir beras ibarat setitik peluh petani.

Korang percaya ke cerita Aku ni??? kehkehkeh....Kalo tak Percaya..tahniah lah ertinya korang tak Mudah dikotak katikkan.Yeayyy..rakyat Untuk rakyat! *Tetiba ๐Ÿคญ

Aku merapu saja dah 1 page acamner nih??? Okey lah berbalik kepada matlamat utama entry ini ditulis...alahai nak join giveaway lah dari Permaisuri Kerajaan Kelapa. Korang tahu ke kat Mana?? Tak tahu?? Haishh..yarlah..yarlah sejarah memang out lah korang ni. 

Hah tak tahu klik link sini...baca & hadam. inshallah ilmu baru buat korang. 

Lepas baca dialu-alukan join giveaway Permaisuri Cuya ni sebab hadiah yang dia sediakan memang terbaik tiptop, tatatop...tototop... maksudnya best gilersss!!


Aku harap..ada lah jodoh Aku dengan hadiah sampul Raya ni sebab jodoh dgn putera raja dah terlepas dah. Dah dekat nak puasa kan...jadi Terbekenan sungguh lah!!

SYARAT NYA MUDAH SANGAT..1 ENTRY 1 PERYERTAAN tapi KORANG FOLLOW PERMAISURI KERAJAAN KELAPA NI KAT IG & TIKTOK akan dapat PERYERTAAN BERGANDA.

GO...GO...GO JOIN!!!

P/S: Dah kenapa tulisan besar semua tu??

Wednesday, January 10, 2024

Udang Galah Masak Kari Style Cheery

 Hi, Assalammualaikum Guys...Aku ni memang tak boleh ignore lah dengan udang galah, memang favourite aku wei! Hari ni rajin sangat bukak laptop then bukak blog..check draft,,ok ada gambar yang masih belum dicoret apa-apa. Mari lah kita menulis sikit Resepi. hikhikhik


Ini Udang Galah yer,,kalo dah besar macam ni. Boleh dimakan sebab dia bukan kalajengking hahaha.

Cara nak siang dia..setiap orang mungkin berbeza. Macam aku suka buang taik dan muncung yg tajam tu jer. Aku tak suka menampakkan Udang tu cacat. Biar lah bila kita masak tu nampak lah seekor udang disitu mean ada kepala..Kalo tak dak kepala Kita panggil Hantu Nukekubi.
              

Orait..mula-mula kita tumis dulu bahan-bahan karinya yang ala kadar. Then masuk serbuk kari cap O. 

Aku punya style memang takde nak bancuh-bancuh dah, aku suka macam ni..main campak jer kihkih..baru ada gaya versetile ..


Hah..tu dah Macam pecah minyak tu.


Boleh lah masukkan air asam jawa. Lepas tu masukkan Udang galah tu sekor-sekor. Jangan lupa masukkan perasa. Kang ada lak yang Tanya xmasuk garam ke? Halah..halah..halah kooo!!


Paling tak puas hati Bila makan Udang ni kepala nya lagi besor dari isi. Elok kopek kan...elehaiii..secoet ja isinya tu. Nyampah taw!! Kita dah perut gajah, mana cukup. 

Jadi untuk memastikan perut gajah tadi padat..kihkih..Aku suka hatinya tambah lah fishball fishcake & what the fish yg sewaktu dengannya bagi memeriahkan lagi isi kandungan Kari Galah tadi...eh..Kari Udang galahhh!! 


Siap..hmmm yummy lah teringat-ingat ๐Ÿคญ๐Ÿคญ
Kari Aku ni Tanpa santan sebab Aku ni anti-santan bahahaha....

Eh ...xde2 lah...santan lupa nak beli๐Ÿ˜‚

Selamat Mencuba, korang ✌๐Ÿป

Saturday, August 19, 2023

Perempuan Itu: Curang itu Pilihan

Orang selalu cakap "Curang itu Pilihan" ..Yes aku sangat setuju ini. Sejak 1st episode lagi aku syak drama Perempuan itu akan jadi trending dimana-mana social media pun. Cerita ni agak menyakitkan hati kan? Tapi aku memang kagum lah cara Khalish hadap masalah suami Curang ni. Kuat betul..Kalo Aku tak taw lah, surrender sebelum berjuang agaknya..lari balik rumah makayah dah hahahaha๐Ÿ˜‚

Pendapat Aku lah..nama manusia ni, tak Kira lelaki @ perempuan, Kalo dia nak Curang, ikat, kurung, mengamuk lah mcm Mana pun dia akan Curang jugak. Sebab now zaman teknologi, pelbagai medium dah ada untuk berlaku Curang tu. Aku selalu ingat quote ini "Kita tak akan mampu kawal sesiapa pun, Kita hanya mampu kawal diri Kita sendiri" & "Kita tak mampu ubah orang lain, melainkan Kita ubah diri Kita sendiri".

Baru-baru ni aku ada terjumpa kisah rumah tangga yang seakan-akan kisah Khalish ni. Cuma si suami yang curang tu seorang anggota dan berlaku curang dengan anggota perempuan dia. Kalo tengok pada latar belakang wife dia punya lah nampak perfect bak bidadari syurga, Aurat sangat terjaga, berpurdah bagai but still si suami masih nak curang. Paling menyayat hati si suami berlaku curang selepas kematian anak yang baru dilahirkan. Yes..right, seakan sama kan but ini adalah kisah benar. You know what...kuat betul si isteri ni bila dia join orang agama untuk tangkap khalwat suami sendiri jam 3 pagi macam tu. Bijak..macam-macam bukti si isteri dah kumpul untuk defence her self nanti.

Harapan si isteri cuma satu jer..hope ex husband berkahwin segera dengan perempuan tu. Sebab dah terlalu jauh hanyutnya. Sampai tiap minggu check in hotel...ko rasa?? kalo terjadi pada ko tak meroyan?

Si isteri yang acah-acah nak bijak macam Khalish tu nak track and trace suami masing-masing, aku nasihatkan TAK PAYAH lah. Sebab bila ko dah tahu semua tu aku tak rasa ko akan hidup aman tenteram. Sebab once ko dah tahu,  dan kebetulan memang suami ko curang, ko akan berada dalam situasi yang sangat sakit. BUKAN MAKSUD AKU BIARKAN  SUAMI BERLAKU CURANG. Tapi letaklah kebergantungan kita hanya pada Allah. Doa & Tawakal. Kalo betul pun suami kita curang ..biar Allah ajer yang tunjuk, then masa tu baru kita bertindak sewajarnya. JANGAN DICARI PENYAKIT KALAU TAK NAK SAKIT..

Mesti akan ada yang cakap lebih baik mencegah dari awal, dari hidup dalam penipuan. Terserah korang! Korang berhak memilih & membuat keputusan.

Hanya sekadar pendapat Aku, seorang isteri yang punya pengalaman sebergitu. Yang pegang hati pasangan Kita tu Allah, even hati Kita pun Allah yang pegang. Kita Manusia apa boleh buat? Berdoa lah, agar hati ini tidak berbolak balik & mohon Allah s.w.t jaga hati Kita, jaga hati pasangan Kita agar sentiasa bertaut kerana Allah.

Kita hidup berumah tangga ni tak akan terlepas dari ujian pun. Banyak isteri yang diuji dengan suaminya dan ada jugak yang diuji dengan imannya. Tak kurang jugak yang diuji dengan kewangan atau dengan kesihatan ahli keluarga. 

Semua itu ujian yang Kita perlu hadap & bertahan. Sebab Allah tu kan beri ujian mengikut kemampuan hambanya. Allah uji sebergitu kerana Allah tahu Kita mampu.

So, kita mintak lah pada Allah, supaya rumah tangga Kita kekal & bahagia, saling menyayangi walau apa pun dugaan yang datang.

Ingatlah..bertemu & berpisah ianya diluar kawalan Kita, ia adalah ketentuan/ kehendak Allah s.w.t. Jaga lah hati Kita. Inshallah Kita pasti lebih tenang & bahagia.


POV: Entry lama, Publish jer lah alang2 dah penat mengarang ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...