Nuffnang ads

Thursday, November 3, 2011

Mewahnyer Bahasa

DALAM sebuah bilik darjah pada hari pertama persekolahan ….


Zali: Huh!! Tak boleh harap ….


Ramli: Napa kau??

Zali: Ni ha, berita ni ….



Ramli: Berita apa? Aku tak baca lagi ….


Zali: Tu la lain kali, bacalah berita-berita tempatan ni, jangan asyik baca berita liga bola sepak luar negeri je.


Ramli: Hey! Macam mana aku nak baca?! Dari tadi surat khabar tu kat tangan kau aje. Dah habis teh tarik segelas, kau tak habis baca lagi. Bagilah aku pulak ….


Zali: Hehehhee ... maaf le, nah! Kau tengok berita ni, kanak-kanak dirogol bapa saudara sendiri.


Ramli: Bapa saudara?


Zali: Ha’ ah!! Emak ngan bapa budak tu kerja luar negara, tinggal budak tu dengan adik bapanya. Masa bini dia pergi kerja, dikerjakannya pulak budak tu, anak abang dia sendiri tu!!


Ramli: Huh!! Betul dahsyat punya perangai, memang tak boleh diharap. Bak kata orang tua-tua, harapkan pagar, pagar makan padi!!


Zali: Tak betul pepatah tu ….


Ramli: Tak betul?! Apa tak betulnya pulak? Orang tua-tua kita dah cakap macam tu dulu.


Zali: Pepatah tu betul dah, tapi perkataan pagar tu yang tak betul!!


Ramli: Eh!! Loyar buruk pulak, kan pepatah ni ada dalam buku teks sekolah, kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi dan memang selalu orang pakai dalam surat khabar, dalam radio, dalam tv.


Zali: Memang orang guna, tapi sebenarnya salah!!


Ramli: Apanya yang salah?


Zali: Cuba kau fikir secara logik, boleh ke pagar tu makan?? Dan satu lagi, mana ada sawah padi yang berpagar ….


Ramli: Eh!! Betul juga ek! Tapi …. Mungkin ini hanya pepatah, bukannya betul-betul.


Zali: Memanglah pepatah, tetapi orang dulu-dulu buat pepatah ni berdasarkan pemerhatian mereka pada perlakuan alam sekitar. Kalau pagar, itu bukan benda hidup, mana boleh pagar makan. Yang makan adalah ayam pegar, ayam pegar ni makan padi ….


Ramli: Ayam pegar? Ayam apa tu? Tak pernah dengar pun!


Zali: Sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung.


Ramli: Ooo ... tapi tak pernah jumpa pun?!


Zali: Memang le kau tak pernah jumpa, ayam ni bukan ayam belaan tapi jenis liar, duduk dalam hutan. Sekarang ni dah nak hampir pupus ….


Ramli: Tapi macam mana pula dikatakan boleh menjaga padi??


Zali: Haa … dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi.


Ramli: Tapi kenapa kemudian dikatakan tidak boleh diharap pulak??


Zali: Sebabnya ... sebab, selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi!!


Ramli: Ooo …. Gitu ke?!


Zali: Itulah yang timbulnya pepatah harapkan pegar, pegar makan padi!!


Ramli: A’aa yek! Nak harapkan pegar memakan musuh padi, tapi pada masa yang sama dia makan padi!


Zali: Hah! Pandai pun, sekarang kau dah faham kenapa aku kata yang sebenarnya pegar, bukan pagar.


Ramli: Tengok orang la! Hehhehee ….


Glosari : Ayam pegar - sejenis burung yang menyerupai ayam dan terdapat di dalam hutan (crested fireback)


sumber - cakklepi.blogspot.com - Blog Kisah Seorang Budak U Nota Kaki Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi.


Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...