Monday, June 15, 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Cheery!

Sedih jugak tengok blog ni dah macam hidup segan mati tak mau.

Ini tak lain tak bukan kesan dari virus malas yang menjangkiti urat saraf dan pembuluh darah 'sari yanti' hahahhaa
Nak jugak tuh!!!

Okeylah...today is my birthday
Syukur, masuk umur aku yang ke 28, aku masih lagi berada dibumi ini, menghirup udara milik 'Yang Hakiki'.

Ke 28 tahun, masih lagi diuji dan teruji di dunia 'Maha Pencipta'

Masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bertaubah kepada 'Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun'

Terima Kasih yang memberi ucapan.
Terima Kasih kepada yang masih menyayangi dan menghargai diri ini.
Terima Kasih kepada yang masih sudi memuji kecomelan diri ini walaupun diri ini dah tua..hahaha


Terima Kasih kepada yang mendoakan diri ini bertemu jodoh. Alhamdulillah! Doa lah banyak banyak lagi..Insha Allah. Mana tahu berkat doa korang aku bertemu Mr Right, Mr Charming atau Mr Perfect Ten, Mr Arrogant but hope not Mr Bean...hihi
Terima Kasih!
Cek terharu meleleh ayaq hidung
T___T

Di peringkat umur yang matang dan unggul, semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati didunia dan akhirat.

Selamat Hari Lahir, Cheery

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...