Nuffnang ads

Wednesday, February 17, 2021

Kesedapan Mcflurry chocolate pretzel bits yang crunchy

Korang dah rasa belum Mcflurry Keluaran McDonald. Katanya product special untuk February ni. Aku ni pun nampak kat blog sapa ek hari tu? Dah lost memory plak..lupa nak screen shot. 

Nampak tu terus mengeoww kan hubby suruh belikan lepas balik keje nanti. By hook or by crook dia harus mendapatkan Mcflurry special February tu.

Suami pun kerana cinta yang mendalam terhadap isteri gojes plussize montel ini,  sesukarela menggunakan Kuasa elementalnya dan terus muncul di McDonald drive-thru dalam 1 kelip mata sahaja..ok jab, kartun sangat tu.kihkihkih

Nasib lah dapat bini mental Sikit ...Kalo mental banyak ..parah jugak tu.

Aku sebenarnya memang peminat Mcflurry. 


Serious sedap tak tipu. Pretzel dia tu crunchy k. Walaupun ice-cream dah cair dan pretzel dah tenggelam but dia still crunchy.


Hubby beli 2 set, untuk anak-anak 1 lah Kan. Tapi anak makan Sikit ja, mungkin diorang tak minat..demi tak nak membazir, yerlah membazir kan amalan setan ...so Ummi lah tolong habis kan.. hahaha 

Suami cakap patutlah kaki Ummi tak panjang panjang..ok itu kuang hajor sangat yeh! Ummi cuma tak nak membazir... lagipun gigih hubby merempit g beli. So you effort appreciated lah.

Ok dah habis kat situ ..xmau gaduh panjang2, kang terberanak plak anak ketiga. Huhu

Makan ice-cream, lagi-lagi ice cream yang Kita favourite satu terapi minda k. Dia mcm boleh meningkatkan prestasi mental dan mengeluarkan aura kegembiraan yang tak ada kena mengena pun dengan aura white. Yes..off course tak dak kena mengena sebab aura kegembiraan terhasil dari makanan yang tinggi glucose dan aura white adalah product kecantikan. 

Rasanya aku dah melalut jauh dah. Ok now 23:56. It's time to dreaming. Good night uolls. Sleep tight ..Zzzz


5 comments:

  1. huntung la...tapi kombinasi mcflurry dgn pretzel mesti sedap kan...rasa mcm nak ke McD sesubuh ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Halah.. halah.. Jauh pula MCD nie.. kalau dekat petang nie juga gi beli.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...