Nuffnang ads

Monday, May 19, 2014

Cara mengubati kaki yang tertusuk duri


urmm.... perkara diatas pencarian tertinggi minggu ni
tapi aku rasa tak ade pulak buat entry pasal teknik teknik cabut duri dalam daging ni
entry tewaskan musuh dalam selimut apakan lagi..lagi tak ada..

tak apa, aku sari yanti yang memegang status paling manja abad ini tak mahu deh mengecewakan peminat semua...bahahaha..*kentut* [amboi koo??]


Langkah pertama yang biasa kita buat adalah mendapatkan bantuan jarum peniti atau kuku atau gunting kuku atau pengepit janggut bapak korang tu..lupa plak nama dia..hahha
Tapi, disini aku nak suggest pakai gunting kuku...sebabnya dia lebih praktikal untuk memegang dan menarik keluar benda kecil macam duri dalam daging tadi tu. 

Jarum peniti? janganlah!! berlobang kaki ko nanti!! 
aku taw, korang mesti biasa pakai jarum peniti kan..cucuk dah cucuk lagi ! kesian daging korang, teraniaya!!
urhh..urhh..urhhh korang ni!! *geleng kepala*

Bawang

Langkah seterusnya, menggunakan bawang merah atau bawang putih
pilih ajer, color bawang mana yang korang suka...hihi
apa yang korang kena buat, sebutir bawang dibelah dua dan ditusuk pada garpu.
Dah tusuk tu pergi panggang dekat api..api lighter aje tak yah api besor besor macam nak bakar rumah tu..
Bila bawang tu dah tukar color, tampal lah dekat bahagian yang luka tu.
pelan-pelan la, kalo panas tak payah lah nak gagah tenyeh..kang melecur tak tahu..hah.?

Agak-agak macam dah kurang panas tu, tekan dan tahan sampai rasa macam getah bawang meresap sampai ke kulit. Okey, sebenarnya tujuan kita tekap dengan bawang adalah untuk mengeluarkan sisi-sisa atau butir-butir duri ataw serbuk kayu yang dah dikeluarkan tadi. Biasanya sisa duri tadi kalo dibiarkan akan membuatkan rasa nyilu pada tempat luka. so kita kena buang dia sebelum kaki kita bernanah dan bengkak.

Dengan langkah ni biasanya, rasa nyilu tu akan hilang, dan 2 atau 3 hari macam tu tempat luka akan mula mengering. Sisa-sisa duri tu akan keluar dengan sendirinya. 

Tips ni untuk luka tertusuk duri kecil aje okey, klu tertusuk duri besor gedabak kena cuba cara lain lah.
tapi kalu besor gedabak orang dah tak panggil duri, owang panggil bonggol...hah, lepas tu jadi lah macam hantu kuntilanak..[entah betoi ke eja camtu?]

Selamat mencuba!!! ^_____^


Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru 16/05/2014


Macaroni Ikan Bilis

Urmmm…..kalo cakap pasal pasta, mesti kita terfikir ia adalah makanan Itali. Tapi sekarang ni pasta dah senonim dah dengan pilihan masakan di Malaysia. Bila dah namanya masakan di Malaysia dah semestinya resepinya tu dah tersuntik dengan cita rasa dan cara melayu , kan? Samalah jugak dengan masakan aku yang semestinya berdarah melayu … dah melayu, bujang pulak tu. So, rasanya dah dapat teka kot apa nama masakan aku kali ni? Kan,kan? Tak dapat nak teka pun tak pe sebab aku tak suruh pun korang teka. Hahaha…

Masakan kali ni simple aje dan disuntik dengan bahan- bahan yang mudah didapati dan dipetik di Malaysia..kihkihkih..yang penting mudah disuntik yeh kowang!..

Macaroni Ikan Bilis

Bahan-bahan:-

300g macaroni
2 ulas bawang merah (Dikisar)
2 Ulas bawang putih (Dikisar)
100g ikan Bilis (Digoreng)
1 biji telur (Digoreng hancur)
2 sudu pes cili
Sedikit garam
Sos spageti cendawan
Minyak secukupnya.
Beberapa batang sayur jika mau




Cara-cara Membuat:-

1)      Masukkan garam dan minyak ke dalam air panas. Kemudian masukkan macaroni. Biarkan hingga macaroni lembut. Alih dan tos.


2)      Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tambahkan pes cili, dan sos spageti cendawan, kacau sebati.






3)      Masukkan sayuran pilihan kowang. Sebatikan semua bahan dan sedia dimakan.
4)      Siap…


Rasanya memang sangat best, rasa masin,manis,masam semua cukup..memang terbaik sebab aku suka..haha..cara membuat dan ia disuntik dan digaulkan adalah terpulang pada individu yang menyuntiknya. okey, selamat menyuntik!!..eh..eh? 
^______^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...