Nuffnang ads

Monday, January 12, 2015

Photography service: NAZ MEDIA DIGITAL Artwork @ MEDIALENSA

Lepas aku balik dari pantai morib tempoh hari, terus aku mengioww member aku untuk mintak dia buat editing pictures aku. Sebenarnya aku dah lama geremss dengan hasil kerja MEDIALENSA ni. Ohshemm sangat!!! Sebab aku nengok makin lama makin ramai amik khidmat diorang.

So ini hasil mengiowww semalam! ?^_____^








Aku ni takut jugak nak war-warkan kat sini benda ni, al-maklumlah previously other promotion bak pisang goreng panas , jenuh aku nak menjawab sampaikan aku stress tak kena gaya. Balik rumah selumbong phone dengan blanket takut nak dengar vibrate…hahahaha

Wassup dah la wei!! Eskinol aku pandai pulak korang nak whatssup. Transport service korang nak calling calling pulok!! Nak dengar suara gemersik aku ke hape ni ? jatuh cinta kang, hah? ;D

Tapi, untung la Zalora promotion korang tak kol aku jugak. Kalo tak, alamatnya zalora kena bagi stock pakaian setahun untuk aku..bahahahaha best jugak tu!!!

Okey, pasal outdoor photography services ni, orang bertanya so kita membantu setakat yang termampu walaupun kita bukan kaunter pertanyaan  ;D. Atleast reader blog ni tahu dengan siapa boleh dapat perkhidmatan yang terbaik dan ohshemm.Kali ni korang call terus jer owner dia, okey

So, tak kisahlah korang nak buat photo shoot apa pun, korang nak buat maternity photoshoot ke, pre or post wedding ke, family portrait ke, self portrait ke, gambar raya ke, gambar graduation ke atau casual photoshoot pun boleh. Macam korang ni ada business online atau butik, korang nak photoshoot product korang kan, hah!!! Korang panggil aje diorang untuk shoot model yang menggayakan product korang tu.

OK, kalo berminat untuk photoshoot majlis nikah dan sanding, here’s the detail


Tapi ini harga untuk jitra, alor setar dan kawasan berhampiran. Kalo nak harga luar dari kawasan yang dinyatakan korang kena get information dari diorang balik. Maybe diowang akan add kos depend pada keperluan.

Masa dan tarikh korang boleh discuss dengan diorang sendiri. Okey, yang ini penting! korang kena bayar deposit RM200 per event. Deposit ini lah yang akan lock tarikh yang korang nak pakai tu. Kalo nak discuss dengan aku pun tak guna jugak beb, sebab aku pun kena refer diowang balik. Jangan takuit lah, diowang semua helpful, sporting and macam kawan-kawan aje. Nak posing tonggek pun boleh, sebab diowang pon akan join korang tonggek jugak. Nampak tak? Sebab mutu diorang bukan mutusamy, tapi taknak korang rasa awkward masa shooting . So bertonggek-tonggek lah secara berjemaah, hahahah ;D. Diowang tak kisah sangat korang posing macam mana pun, nak buat gaya kupu-kupu, superman, spiderman, kapten amerika, dugong? Up to you all!!

Please, bring your own props and product. Contoh, kalo shooting maternity tu bawaklah bakul, periuk belangga, endoi ke, bebear ke, bantai busuk apa semua tu, yeh!.

Untuk business online macam baju,tudung tu, sila bawak model sendiri. Kalo nak kan aku jadi model, leh aje aku no hal. Aku terima dengan harga yang patut…bahahaha ;p. tak free noh! Nak masuk toilet pun kena 2 kupang. ^___^

Untuk menyakinkan korang boleh cuci mata dengan gambar-gambar hasiL shoot diowang ini























Jangan lupa dapatkan MEDIALENSA ok. Aku berani janji gambar hasil shoot diowang memang takkan menghampakan korang. Sekali tengok mesti rasa macam nak enter frame gantung dalam bilik dan almari baju. Dua kali tengok mesti rasa macam nak amik tewus photographer dia buat calon suami hihihihi ^___^

Sebab kreatif sangat kan!! Uhuk..uhuk..uhukk terbatuk pulak ;D

Nak tengok lagi more pictures, pegi dekat facebook nadzme nadzem , okey

To make reservation please email at nadzme_nadzem@yahoo.com atau direct contact the owner 
017-5285359 . fb nadzme nadzem

Don’t forget to mention uolls tahu dari blog ct cheery, dengan harapan dapat special discount
bahahahah ;D


SO, HURRY!! Book now dan cipta special memorize korang !!!  

Sunday, January 11, 2015

Bermain dengan barang lapok


Perghhh… extreme sangat tajuk! Kali ni aku nak mengajar korang satu permainan yang boleh mengisi kebosanan korang. Bosan? Macam aku sekarang yang bosan sebosan-bosannya. Habis satu rumah aku tawaf…dengan harapan nak buang masa hahaha…

1stly make sure korang bangun lambat..bukan tido lepas subuh lah..tak bagus? Tapi berhalusinasi lepas subuh. Pe jadah plak tu??..ummm..Tak pun nak lagi berfaedah korang baca Al-quran ke, yasin ke..dapat jugak pahala.hihihi


Dalam pukul 12 mcm tu korang bangun minum apa yang patut. Lepastu rehat sekejab dengan  menonton citer komedi yang lawak sengal. Reminder!!! Sebelum mulakan permainan ni make sure korang lunch dulu. Korang dah la bangun lambat..tak sarapan pulak so kena makan dulu la ..sarapan package dengan lunch..kan jimat tu…berjimat tu amalan mulia taw.kihkihkih ^__^

Dah kenyang…selongkar barang barang lapok yang dah lama tersimpan dalam kotak khazanah Negara tahun Malaya dulu  1957..agaknya!!..kihkihkih ;D


Yeah …ini yang aku dapat..entah kurun ke berapa barang make up elianto ni..den pun dah tak hengat..
Lama sangat!!!huhu..cerminnya dan isinya pun dah disappear….entah kemana den pun tak taw.


Dah selpiaq empat belas ratus gambar syok sendiri, buat lah edit photo. Edit suka hati jantung korang. Yang penting cantik dimata korang. Banyak gambar aku selfie ni tapi tak koser nak upload semua..karang ada yang muntah hijau karang, bukan den yang susah pun. Hihihi amboi kuang ajaq!!! ;D


Dah muak main makeup-makeup, aku selongkaq album-album yang aku simpan. Banyak jugak gambar gambar lama. Best pulak aku nengok gambar lama aku. Hot sangat niihh!!..rozita cik wan pun tak se’hot aku hahahaha.


Contoh gambar ini..jangan kata bulu kaki..bulu rambut pun tak bape nak hadoo. Hadoo pun bulu halus halus aje…hikhikhik. Korang simpan lagi gambar masa baby???? owh..dalam gambar ni aku yang paling kecik tu!

^____^


Ini gambar  hot yang paling aku windu.. kalo tak silap ni trip ke KL masa aku tingkatan 4/5.
Berangan nak hot macam ni balik leh?? Hihihi

Dah lah…cukup-cukuplah tu cheery!!. Apa yang kita nak, apa yang kita harapkan insha allah kita akan dapat tapi kita kena usaha, doa dan tawakal. Moga tahun baru 2015 ni member sinar kebahagian kepada semua umat islam yang teruji pada tahun lepas. #PrayForPantaiTimur. Owh..prayForMe too  *tiba-tiba ;D



Saturday, January 3, 2015

Isu kahwin: Dah boleh sangat ni!

Assalammualaikum.

Bab kawen ni makin menjadi-jadi sejak dua menjak ni.. nak-nak hujung-hujung tahun ni. Musim pasangan bina masjid macam musim bunga sakura kembang. Wrong timing, aku balik kampung pulak cuti Christmas tempoh hari ..lagi lah..Bukan dibanjiri dengan air hujan tapi dibanjiri dengan soalan bila lagi? Bila lagi?
Ramai orang kampong yang dok cucuk-cucuk aku..”bila nak kawen ni?” , “Dah boleh sangat ni!” 
Sambil pandang aku atas bawah atas bawah..
      
   
                                                                                         
Cibaiii guwa rasa!! Mokcik dah kenapa? Tak kan jatuh hati dengan guwa kot?
Jatuh hati nak buat calon menentu xpe cik..tapi make sure anak mokcik gagah perkasa yeah
Lembik lembik mcm sotong guwa  xmau..kang dia yang guwa lempang  -..-

Mokcik dengar ni confirm kena reject calon menantu .hahahaha ^_____^

“Dah boleh sangat ni!”

Yer mokcik yer…memang dah boleh sangat kalo nengok dari sudut fizikal. Dengan montok tubuh kalah rozita cik wan, rupa paras kalah sari yanti. Manis dan ayu kalah ummi nazirah..memang dah boleh sangat dah!! Laki mokcik nengok pun geram..kang jadi madu mokcik kang..mau enggak?? bahahaha

Tapi mokcik, jodoh pertemuan ajal maut ni semua di tangan tuhan! Hah, kan saya dah sekolahkan makcik ni..Ramai pasangan yang bercerai lepas kahwin tak sampai 5 tahun. Bukan salah diowang sngat..mungkin jodoh tak panjang!

Seriously korang, isu kawen ni tak akan habis selagi aku tak kawen..

Everytime, aku dapat soalan bab kawen ni selamber aje aku jawab “insha allah, esok! Tunggu card jemputan yeh?”.“Dah ada calon ke?”..Eh….dah aku suruh tunggu card jemputan , tunggu ajelah. Busy body pulak nak taw aku ada calon ke idok. Hello mokcik, cari calon ni bukan pegi kutip siput sedut kat pantai kelanang
Kalo macam tu lah caranya tak yah diajar..pandai-pandailah saya g kutip makan. Saya nak dekat menantu mokcik…mokcik tak kasi pulak!! ^____^

Eh??? Hahahaha

Serious korang, aku pun macam perempuan lain nak ada suami, ada zuriat. Ada keluarga sendiri dan keluarga mertua yang boleh aku banggakan.

“Aku tak usaha?” …bercinta empat belas ratus kali tapi terputus ditengah jalan tu tak dikira usaha ke?
“Aku jual mahal?” ..jual murah kang disangka buah dah empat belas ratus ditebuk tupai pulak

Kadang-kadang tak faham mataliti masyarakat kita ni. Diorang tahu jodoh,maut,rezki tu semua tu di tangan tuhan, tapi masih persoalkan..why?? Nak je aku Tanya mokcik tu balik “mokcik…mokcik, bila mokcik nak mati?” Senang sikit saya nak plan amik cuti nak ziarah jenazah mokcik nanti.

Okey cheery…itu lebih!!!

Maaf..ampunkan saya mokcik!! Ampon!
Bukan nak kurang ajar tapi kadang-kadang soalan mokcik-mokcik ni buat aku berangin

Aku yakin bila tiba masanya nanti [kawen], Allah akan permudahkan semuanya. So, jangan menyakiti hati orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah. Aku sendiri pun tak kalot nak kawen, so yang lain-lain tak payah nak kecoh lelebih. Relex sudah!!


Macam nilah…kita pendekkan cerita, bab kawen ni bukan macam “cuba-cuba”. Kita kawen bukan untuk sehari dua..mostly pasangan impikan perkahwinan Yang kekal till jannah…kehidupan kita bukan macam skrip drama yang boleh diolah, Diedit atau di’reverse …perkahwinan adalah permulaan kehidupan yang berpasangan..jadi kita Kena bersedia mental dan fizikal, bersedia untuk satu komitmen yang besar, bersedia untuk tanggungjawab yang berat. 

Kalo difikirkan dalam-dalam aku sebenarnya takut untuk kahwin
Bahahahaha :p  serious korang, aku takut. Tak tahulah kenapa? Tapi aku memang takut.

Bukan salah aku, aku tak dapat rezeki kawen awal macam orang lain
Bukan salah aku, cinta aku terputus di tengah jalan
Bukan salah aku, boyfriend tak yakin nak masuk minang aku
Bukan salah aku !! bukan jugak salah sesiapa!
Tapi semua tu sebab aku tidak berjodoh dengan pasangan couple aku
Jodoh aku dah ditetapkan sejak azali…dengan siapa? Aku pun tak taw
Kalo aku taw…lautan banjir pun aku sanggup redah untuk mendapatkan “sidia”

Ummm…jiwang karat kan??

Dah masuk mood jiwang ni , aku kena stop menulis. Kang jiwang lebih lebih hempedu di tasik madu
Reader yang baca pun loya nak muntah..gelishhh sangat! Biasalah, ni macam sindrom orang yang dah lama tak update blog..blog dah bau hapak gamaknya..huhu

To my gud friend yang dah berkeluarga tu, congret dear. I’m more than happy for you guys!
May Allah bless your life and journey belong your loved ones!
To my friend yang belum beranak tu, dimintak bersabar…kita semua sedang diuji
And thank you so much bagi aku tumpang kasih sayang anak-anak korang ;D


Salam tahun baru 2015 dan Salam malidur rasul :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...