Saturday, January 3, 2015

Isu kahwin: Dah boleh sangat ni!

Assalammualaikum.

Bab kawen ni makin menjadi-jadi sejak dua menjak ni.. nak-nak hujung-hujung tahun ni. Musim pasangan bina masjid macam musim bunga sakura kembang. Wrong timing, aku balik kampung pulak cuti Christmas tempoh hari ..lagi lah..Bukan dibanjiri dengan air hujan tapi dibanjiri dengan soalan bila lagi? Bila lagi?
Ramai orang kampong yang dok cucuk-cucuk aku..”bila nak kawen ni?” , “Dah boleh sangat ni!” 
Sambil pandang aku atas bawah atas bawah..
      
   
                                                                                         
Cibaiii guwa rasa!! Mokcik dah kenapa? Tak kan jatuh hati dengan guwa kot?
Jatuh hati nak buat calon menentu xpe cik..tapi make sure anak mokcik gagah perkasa yeah
Lembik lembik mcm sotong guwa  xmau..kang dia yang guwa lempang  -..-

Mokcik dengar ni confirm kena reject calon menantu .hahahaha ^_____^

“Dah boleh sangat ni!”

Yer mokcik yer…memang dah boleh sangat kalo nengok dari sudut fizikal. Dengan montok tubuh kalah rozita cik wan, rupa paras kalah sari yanti. Manis dan ayu kalah ummi nazirah..memang dah boleh sangat dah!! Laki mokcik nengok pun geram..kang jadi madu mokcik kang..mau enggak?? bahahaha

Tapi mokcik, jodoh pertemuan ajal maut ni semua di tangan tuhan! Hah, kan saya dah sekolahkan makcik ni..Ramai pasangan yang bercerai lepas kahwin tak sampai 5 tahun. Bukan salah diowang sngat..mungkin jodoh tak panjang!

Seriously korang, isu kawen ni tak akan habis selagi aku tak kawen..

Everytime, aku dapat soalan bab kawen ni selamber aje aku jawab “insha allah, esok! Tunggu card jemputan yeh?”.“Dah ada calon ke?”..Eh….dah aku suruh tunggu card jemputan , tunggu ajelah. Busy body pulak nak taw aku ada calon ke idok. Hello mokcik, cari calon ni bukan pegi kutip siput sedut kat pantai kelanang
Kalo macam tu lah caranya tak yah diajar..pandai-pandailah saya g kutip makan. Saya nak dekat menantu mokcik…mokcik tak kasi pulak!! ^____^

Eh??? Hahahaha

Serious korang, aku pun macam perempuan lain nak ada suami, ada zuriat. Ada keluarga sendiri dan keluarga mertua yang boleh aku banggakan.

“Aku tak usaha?” …bercinta empat belas ratus kali tapi terputus ditengah jalan tu tak dikira usaha ke?
“Aku jual mahal?” ..jual murah kang disangka buah dah empat belas ratus ditebuk tupai pulak

Kadang-kadang tak faham mataliti masyarakat kita ni. Diorang tahu jodoh,maut,rezki tu semua tu di tangan tuhan, tapi masih persoalkan..why?? Nak je aku Tanya mokcik tu balik “mokcik…mokcik, bila mokcik nak mati?” Senang sikit saya nak plan amik cuti nak ziarah jenazah mokcik nanti.

Okey cheery…itu lebih!!!

Maaf..ampunkan saya mokcik!! Ampon!
Bukan nak kurang ajar tapi kadang-kadang soalan mokcik-mokcik ni buat aku berangin

Aku yakin bila tiba masanya nanti [kawen], Allah akan permudahkan semuanya. So, jangan menyakiti hati orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah. Aku sendiri pun tak kalot nak kawen, so yang lain-lain tak payah nak kecoh lelebih. Relex sudah!!


Macam nilah…kita pendekkan cerita, bab kawen ni bukan macam “cuba-cuba”. Kita kawen bukan untuk sehari dua..mostly pasangan impikan perkahwinan Yang kekal till jannah…kehidupan kita bukan macam skrip drama yang boleh diolah, Diedit atau di’reverse …perkahwinan adalah permulaan kehidupan yang berpasangan..jadi kita Kena bersedia mental dan fizikal, bersedia untuk satu komitmen yang besar, bersedia untuk tanggungjawab yang berat. 

Kalo difikirkan dalam-dalam aku sebenarnya takut untuk kahwin
Bahahahaha :p  serious korang, aku takut. Tak tahulah kenapa? Tapi aku memang takut.

Bukan salah aku, aku tak dapat rezeki kawen awal macam orang lain
Bukan salah aku, cinta aku terputus di tengah jalan
Bukan salah aku, boyfriend tak yakin nak masuk minang aku
Bukan salah aku !! bukan jugak salah sesiapa!
Tapi semua tu sebab aku tidak berjodoh dengan pasangan couple aku
Jodoh aku dah ditetapkan sejak azali…dengan siapa? Aku pun tak taw
Kalo aku taw…lautan banjir pun aku sanggup redah untuk mendapatkan “sidia”

Ummm…jiwang karat kan??

Dah masuk mood jiwang ni , aku kena stop menulis. Kang jiwang lebih lebih hempedu di tasik madu
Reader yang baca pun loya nak muntah..gelishhh sangat! Biasalah, ni macam sindrom orang yang dah lama tak update blog..blog dah bau hapak gamaknya..huhu

To my gud friend yang dah berkeluarga tu, congret dear. I’m more than happy for you guys!
May Allah bless your life and journey belong your loved ones!
To my friend yang belum beranak tu, dimintak bersabar…kita semua sedang diuji
And thank you so much bagi aku tumpang kasih sayang anak-anak korang ;D


Salam tahun baru 2015 dan Salam malidur rasul :D



3 comments:

  1. betul tu as.dpt soklan gitu mmg mcm nk pelempang je kan.
    sama la kalau dh kawin, x ada isi lagi ke.
    dah ada anak, xnak tambah lagi ke..pastu bla... bla.. blaa..
    mentaliti sngt kn

    sabar je la ^_*

    ReplyDelete
  2. soalan tu xkan habis pon wlaupun dah kawen..sampailah anak dh besar diorg akan tny bila anak pulak nak kawen...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, sabo jer la sis, kang kalo kite menjawap kata kite kurang ajar pulak hehehe....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...