Nuffnang ads

Thursday, January 29, 2015

Seriously, wei? Tak boleh rotan?..

Seriously, wei? T.ak boleh rotan?..ok find, tapi penampor,sepak,terajang boleh kan? Bahahah

Parent zaman sekarang sangat tercabar dalam mendidik anak-anak. Anak-anak zaman sekarang tak macam anak-anak zaman dulu, jegey mata tersemboq aje dah takut… kias sikit aje dah faham dan dengar kata, acah-acah sikit dah meraung patblasratus batu pun boleh dengaq dia punya raung. Macam lah kena dera kan….!!!! ;D hahaha

Experience- aku dulu, ayah aku tengking aje dan menangis tersedu-sedu, perit dia macam 1st time kena sunat..kahkahkah.  anak-anak zaman dulu sensitive perasaannya, halus jiwanya, sedih bila kena marah dengan orang yang terdekat dengannya.

Anak-anak zaman sekarang pula, keras hatinya, degil jiwanya mungkin sebab si bapak yang kuat merokok..hahahaha *tiba-tiba* ^____^

Dalam ajaran agama kita sendiri pun dibolehkan merotan anak yang tak mendengar kata dengan niat  memberi pengajaran dan pendidikan bukan niat mendera atau mencederakan.
Parent mana tak sayang anak ? Habaq tengok? Bukan senang nak kandung orang dalam pewut Sembilan bulan..bukan mudah sperma nak berenang kuak lentang untuk mendapatkan kekasih hatinya, ovum. Kena ada stamina yang kuat dan tubuh yang sado, kan??hahaha budget macam dah beranak lima.. ;D
Kalo ada jugak yang abaikan anak, dera anak tu lain ceritanya..assume aje parent dia sakit jiwa..habis citer!!! Kalo merotan tu satu jenayah ke atas kanak-kanak macam mana nak dilaksanakan peranan ibubapa dalam usaha membimbing diorang? Bagaimana peranan guru-guru mendidik diorang. Okey, nak menghukum boleh guna cara lain? Cara apa yang releven? Mencubit? Meluku?menampar?
atau basuh toilet, basuh baju, basuh lantai,basuh kete,basuh rumah, memasak??? Seriously kalo hukuman macam ni rasional dilaksanakan, para suri rumah dah boleh pencen, goyang inul dekat rumah.
Hahahaha ^____^ aku pun nak hukum anak hari-hari macamni

Aku menulis based on apa yang aku Nampak disekeliling aku k, anak-anak sekarang pergi belajar, mak pun ikut pergi belajar. Urusan pembelajaran mak yang uruskan. Kadang-kadang keje sekolah mak yang over shadow Tanya cikgu ada bagi homework ke idok? Tak tahulah, nak kata anak-anak sekarang tak berdikari tak jugak… mungkin anak-anak sekarang dah terlalu bijak atau naik minyak?
Cikgu di sekolah rotan sikit tak boleh..report polis kononnya cikgu dera.. jiran tertangga tegur anak kita tak boleh dikatakan busybody. Cikgu luku kepala, marah katanya cikgu nak bodohkan anak dia. Cikgu cubit, dikatanya cuba untuk meraba, cikgu tampar, nanti dikatanya cikgu kuang ajaq.  Dah tu, anak ko buat silap cikgu nak buat apa? Tengok aje? Baik tak payah hantar sekolah macam tu…ko ajelah yang ajar..anak ko buat silap, ko tengok aje k…

Ibubapa zaman I dulu, siap pesan kat cikgu taw..” kalo anak saya nakal, rotan aje dia cikgu!!!”
Huh, rasa macam tiba-tiba benci ayah tak???hahahaha ;p..mestilah tak kan..itu cara awal pembelajaran. Cara yang tipikal namun berkesan.


Nak tahu? Kerana rotanlah aku jadi manusia. Kalo ayah aku tak rotan aku masa sekolah rendah dulu rasanya aku dah jadi penyagak internasional…hahahaha takpun tomboy yang hot and spicy kihkihkih.

Aku ingat lagi dulu, aku suka berpakaian lelaki, rambut pun potong pendek. Kawan-kawan aku dulu lelaki semua, masuk hutan terbey burung tu dah jadi mainan aku..terbey [lastik] sedia kat tangan. Panjat pokok tak yah citer lah. Budak budak lain panjat pokok nyior amik buah..aku panjat pokok getah terbey burung. Tapi zaman tomboy aku tak lama bila kena rotan dengan ayah aku masa bertumbuk dengan akak aku. Masa tu aku dan akak rebut blanket..aku tak suka nak kongsi. Tapi dia nak kongsi jugak jadi aku bagi penumbuk sebijik kat hidung dia..hah, ni makan dia!!!, berdarah hidung dia dan disebabkan pergaduhan itulah katil kitorang reban, punah ranap…. wakahkahkah ganas tak ganas? Dan lepastu kejadian tu kitorang tak ada katil lagi. Tido berkatilkan lantai hahaha. Dan lepas kejadian tu jugaklah aku dikenakan perintah berkurung. Tak boleh keluar rumah , tak  boleh pakai seluar pendek, tak boleh kawan dengan lelaki,…huh!!! Time tu rasa macam tak rock langsung …hahahah

Ayah aku punya nak bentuk anak dara dia ni, tiap kali outstation [thailand]..dia selalu beli gaun untuk aku..kononnya nak perempuan’kan anak dia kot hahahha.. Alhamdulillah usaha ayah berhasil …anak dara dia ni bukan saja perempuan tapi ayu dan cute kahkahkahkah…. See?? Kerana rotan anak-anak jadi cute!!! ;D

Banyak perkara yang aku terdidik dari rotan….aku pernah dirotan kerana mencuri…kena rotan sebab mandi parit [nasib baik lintah tak masuk anu ;D], kena rotan sebab berseluar pendek, kena rotan sebab tak pegi mengaji [alasan takut hantu..hahaha], kena rotan sebab berebut suar pendek dengan adik, kena rotan sebab banjirkan satu rumah, kalo nak senaraikan rasanya tahun depan pun tak habis :D

Entry aku ni bukan provokasi atau nak bagi ilmu parenting ke hape ke ..just only my opinion. Rasanya perlu semak semula akta ni before laksanakan sebab merotan tu kan salah satu cara didikan sejak zaman rasulullah lagi. So kenapa kita nak jadikan ia sebagai satu kesalahan jenayah??? Better praktik dan evaluate  akta sedia ada dari additional akta baru yang tak releven dan tak rasional.



SEKIAN….yeayy..rotan ayah dah hilang!!!!!;D

note: entry takde motif langsung kahkahakahkah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...