Nuffnang ads

Wednesday, June 15, 2016

Tips berjimat di bulan ramadhan

Mana-mana blog pun sibok update juadah berbuka ja. Aku plak suka ja menjamu mata. Aku suka tengok pic makanan okey....pastu telan-telan air luar...gosok-gosok pewut...woii saiko sangat!


Masa bulan Puasa nih lah lapaq mcm-mcm.
Pegi Bazar mesti dah rambang biji mata. Dah beli lauk semata, kuih semata....tetiba...eh, tak cukup nih...pewut lapaq sangat. Kena beli lagi kang tak kenyang! Otakkkk! Pewut ang tu container manusia bukan tong sampah atau pun tong drum. Hagak-hagak lah nak membeli pun.

Fikir sikit pembaziran tu amalan syaitan. Setan dok tepuk amai-amai, loncat-loncat beruk kemenangan ang tak taw. 

Meh...mektie nak share tips nak elak pembaziran atau pun leh dikatakan tips jimat dibulan Puasa. Tips nih cara aku lah. Aku kan dekut taik hidung masin berlemak sikit. Kehkehkeh

Berkira dalam berbelanja.
Aku ni xtaw lah kedekut category  apa.
Nak beli air Batu 5kupang pun patratuspatblas Kali fikir. 5kupang tu banyak, kalo beli tak habis aku sorang minum. Kan pembaziran Kat situ. Kekdahnya Adik aku balik Bawu dia beli....uihhh..selamat 5 kupang aku.....nampak tak tips jimat Kat situ? Hahaha :D

Nak berkira dalam berbelanja pun hagak-hagak lah. Jangan sampai ang punya berkira tu owang leh gelar ang tangkai jering
, tangkai genuak, tangkai petai atau tangkai yg sewaktu dengannya. Sedih!!!

Masak sendiri.
Yah....ini sangat jimat. Sekurangnya bila masak  sendiri Kita boleh agak bape banyak nak masak, bape orang nak makan. Dan makanan yg dimasak boleh simpan sampai sahur. Bangun sahur just panaskan jer. Mcm aku sendiri, aku prefer masak sebab utamanya adalah malas ...eh silap...sebab jimat dan bersih... Hahaha. 

Dan masakkan yg aku masak adalah sangat simple. Even ikan goreng ngan sambal belacan pun dah cukup selera dan kenyang. Tak yah nak Beria sangat lah lauk tu. Kesudahnya tak habis pung mkn.


Beli after berbuka.
Kan aku dah cakap...utàma kena jimat. Tahu...kdg-kdg balik keje tu dah penat..mana nak masak, mana nak uruskan anak, uruskan diri, uruskan rumah lagi. So skali skala beli Kat Bazar tak ada salahnya kan. Harga lauk dipasaran memang sangat mahal. Lauk yg Kita bungkus tu boleh skali makan jer. Kena kau beli banyak Jenis..aci Kat India tak habis makan. Pastu panaskan lah sampai mampu nak telan. So, pegi beli lauk Kat Bazar lepas berbuka. Sebab apa taw....Bazar dah start mengemas setelah berbuka. Masa tu orang dah balik Umah masing-masing. So pelanggan consider dah tak ada. Ang p beli masa tu confirm dia kasi extra kat ang....yerlah nak habiskan stock. Depa pun malas apa nak mengemas lauk2 balance tu....nak kena tapau bwk balik. Kena peniaga yg pemurah dia kasi free jer.

Sharing is saving
Marilah Kita berebut membuat pahala. Masak lebih sikit kasi jiran tetangga merasa. Rezeki lebih elok dikongsi kan. Mesti pernah dengarkan...nak murah rezeki kena buat apa adik-adik? Yer...betoi...banyak kan bersedekah. Ang bagi banyak ang akan dpt lagi banyak.

Tapi sedekah tu biar iklas noh...sat g jiran pulang Tupperware kosong dok merungut plak.. pahala pun melayang. Hehe

Okey..cukup lah tips untuk hari nih. Bosan dan letih sebenarnya. Dah two weeks berkejar kejaran, kelang kelibut settle kan hal hidup nih. Nanti sembang lagi.

Bye



Tuesday, June 7, 2016

Cabaran berpuasa ketika dalam fasa berpantang

Wah...tajuk memang nak gempaq Saja. Takyah nak terkejut sangat lah. Bukan pantang sebab beranak ke hape pun. Lama tak blog tetiba muncul dengan citer berpantang....hoii bila beranak? Bila kawen? Sentap Kak janda tak beranak tu.

Entry before nih aku penah citer Pasal aku buat Atkin kan....hah yang itulah. Aku masih jalan kan misi nak turun 15 kilo tu. Giler banyak Wei...misi aku kecundang dah minggu lepas....kahkahkah

Memang cabaran sangat bila bulan Puasa buat diet Atkin...cam nak pitam ja. Berdiri pun dah tak seimbang. Berjalan pun aku rasa mcm senget sebelah. Kat Ofis tu kerusi meja, dinding yg tak bersalah tu pun aku leh langgar . So fikir2 balik rasanya baik stop jer dulu diet atkin nih sebelum company aku mengelami kerugian besar akibat dilanggar garuda yg comelnya... Kang ibadah ke mana-mana, fikiran di awangan, body Kat katil hospital...kehkehkeh

Okey...nak bagitau Eskinol in stock now. Cepat lah grab before habis. Biasa aku restock Pimple fighting banyak tapi Kali nih memang tak banyak...sebab stock limited. Tambah musim sekarang ramai yang nak bebas jerawat before raya. Stock available pimple fighting, ice pore, spot less, classic and papaya. Leh refer entry ini utk tahu function dia.

Rasanya yang ke seratus lapanplohlapan Kali aku nak bagitau aku nih busy kalah rosmah. Eskinol nih aku Pos setiap Sabtu sahaja sebab aku kumpul order and Pos skali harung. Tak sieh la Wei...tiap hari nak Pos. Dah Pos Ofis jauh..Jem... crowded ngan Lautan manusia. Manalah parking pun limit. Cair lemak-lemak berkrim aku. Pastu Pos dua,tiga pack ja...oiiii...naiyaaa oihhh!

So Kita buat kerja bijak sikit...seminggu skali ja postage okey...

So korang sabar-sabar lah sikit nak dapat stock okey. Sabar itu indah tambah pulak bulan mulia nih..hehe

Kalo aku update gambar makanan..korang nak kecam aku tak? Hahaha

Taraaaa.......


Ajiesyi jadi model  Eskinol sat...

Lain Kali aku hupdate gambar makanan yeh...kehkehkeh

Kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat berpuasa pada semua reader dan blogger seluruh dunia. Mari kita sama-sama tingkatkan ibadah di bulan yang mulia nih. Malam seribu rahmat...inshallah doa Kita dimakbulkan Allah. Amin...

Jumpa lagi...



Sunday, May 22, 2016

Shell-out Subang Bestari


Hari ini kita lari dari rutin kebiasaan. Asyik sembang pasal keje, sibok, business, keje, business, sibok... Bohsang sangat aiih...

So hari ni aku nak memperkenalkan kepada korang satu kedai seafood yang paling terbaik, paling rare, paling oh..ohsome, paling lain dari yang lain, paling save budget, paling kenyang. 

Haaa...dah mengelupurkan? ;D

Kahkahkah...kenyang but save budget tu yg penting buat mengelupur 3 Kali sehari selama 3 malam turut-turut.


Ninn diyaa...

Terletak di Subang Bestari, Jln Tasik Raja Lumut, Flat U4. 

Tak susah pun nak Cari tapi tak Mudah nak nampak kahkahkah. Dia berada dalam kawasan flat. Kalo korang dah jumpa flat U4 tu betul lah tu. Masuk ja kawasan flat tu, drive tewus masuk ke dalam. Dia berada dibahagian dalam. Masuk dalam dah korang akan nampak signboard 'Sue Tuya Shell-Out'...hah situlah tempat nya. 


Sue Tuya Shell-Out ni baru sangat ja beroperasi. Since April yang lalu.

Tapi dia punya ramai dan well-known tu macam dah lama ...mcm dah buka sejak zaman Tun Teja lagi. -___-

Aku sendiri pun tak boleh nak mengawal hawa dan nafsu ...memang tak sabar-sabar nak try makan Kat situ. Hari-hari jilat screen phone bila nengok gambar Kat fb Sue Tuya Shell-out nih.

T___T



Finally last week aku dapat berkesempatan jugak menjejakkan kaki  di shell-out. Memang different restaurant ngan port retis dok lepak tu tapi at least concept dia sama lah. Shell-out jugak...seafood jugak! 


 Merasa jugak concept makan bersepai dan berhantu dikalangan retis-retis tanah air.


Blurppp!!! Alhamdulillah
;D

Nampak tak? Sampai senget-senget aku kekenyangan. Hohoho ;D

Harga sangat murah dan sedap.
1 set RM50.00
Satu set ni untuk 4 orang makan.
Set nih exclude nasi Dan air taw.

So total cost untuk satu set seafood + nasi 3 mangkuk, Oren jus 3 gelas dan air kosong 3 gelas. RM67 dan sen sen.

Pada aku murah sangat kalo nak dibandingkan dengan shell out Kat damansara tu.

Tapi pada yang tak makan seafood don't worry boleh jugak join Ber shell-out jugak sebab diowang Ada menu lain, menu western and menu goreng-goreng.

So, sesiapa sahaja yang membaca entry nih go lah....go to shell-out now.

Confirm puas semacam jer korang selepas melangkah keluar sambil blurpp bau seafood. Jangan nak salahkan aku kalo korang ketagih shell-out nih dan ajak-ajak lah aku shell-out skali. At least terbayar penat lelah aku share entry shell-out nih kan ekehkehkeh...



Sekali lagi lokasi Shell-Out

Dekat flat section U4, Jalan Tasik Raja Lumut, Subang Bestari.

Buka dari selasa sampai Ahad (Isnin close)
Jam 5pm till 12pm (Jumaat sampai 1am)

Boleh follow fb Sue Tuya Shell-out untuk eyes-refreshing kihkihkih ;-)

Happy weekend lovely readers
^___^







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...