Nuffnang ads

Wednesday, January 25, 2012

NO need to know!

Satu mlm aku berbual dengan bf aku kat phone. Mungkin terlalu awal untuk aku tahu tetapi rasa ingin tahu aku membuak-buak,so aku fikir perlu aku bertanya untuk sedapkan hati sendiri.aku bertanya padanya sejauh mana hubungan kami??Sampai bila kami nak macam nie,bercinta jarak jauh. Mungkin bagi lelaki seperti dia,itu dah jadi perkara biasa bagi dia tapi tidak pada aku. Mungkin aku ok2x saja tp tersiratnya aku tak nak ia terus berpanjangan dan terlalu lama. Kerana ia merungsingkan aku dan membuang masa.

Jawapan yg dia berikan dah dijangka aku. "Tuhan yang tentukan!" Itu lah lelaki terlalu simple dan mudah dlm semua hal. Entah apa yang mereka pikir. " Memang tuhan yg tentukan tapi sebagai manusia kita digalakkan merancang". "Dah la wak.Saya serabut lah ckp pasal hal ni". Jawapan 2 lg. Diowang xde jawapan lain yang lebih releven ke nak kasi. Atau pun semua lelaki dlm dunia ni dah berpakat dengan jawapan 2.

Mengapa lelaki berubah setelah memiliki cinta kita??
Mungkin mereka rasa "the job is done". pompuan dah berada dlm tangan mereka so xperlu lagi bersusah payah memikat.betoi ker???

Dulu,kita boleh mengadu apa saja pada mereka dan mereka akan sentiasa mendengar luahan hati kita.Mereka akn cuba membantu kita walaupun ia sukar. Mereka sentiasa menyokong kita apa pun terjadi. Mereka sentiasa mengungkapkan kata-kata cinta dan windu. Tapi sekarang napa semua itu tiada lg.Tiada lg kata-kata perangsang kita dengar,tiada lg bantuan yang tulus dari mereka. Ungkapan sayang dan windu lg lah xde. Bila ditanya knapa?Buzy dan xde masa nak pikir.

Mungkin pompuan terlalu pemurah.Sepatutnya terus jual mahal kan??? "Dah kawen t awk nak beli rumah kat mana??" " Rumah???buat apa?".Disebabkan jawapan itu tidak memuaskan hati aku. Aku posing sikit soalan. "Apa plan jangka panjang awak???" "Plan jangka pendek pun blum settle". Apa pulak plan jangka pendek awak???? "No need to know". Argggg!!!!!!!!!stressnyer pala otak aku.

Berkerut seribu dahi aku.sukarnya memahami lelaki ini. "Awak ckp jer awk xde pape plan ngan saya,kan senang"." Bukan mcm 2 manja,saya just xready lg.awak sabar la"
" Saya dah banyk bersabar dgn awk" Dia boleh ketawakan aku,mengekek mcm owg kena histeria.
" Awk rasa lucu ker?"
" xde manja. sAya dpt bayangkan mcm mana muka awk 2,hahaha"Dia ketawa lg. Alahai sukanyer dia. Mungkin dia bayangkan muka aku yg buat2x siyes 2.
" Xpelah teruskan ketawa awak,pas ni mungkin awak xdpt ketawa lg atau mungkin awak ketawa mcm owg giler t"
"Eh napa ckp cm 2?"
"No need to know!"
" Eh manja,napa ni?" Talian terus aku letak.

Dan selepas mlm 2 aku xnak bertanya dan amik tahu lagi. sebab....."No need to know!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...