Nuffnang ads

Saturday, March 21, 2015

pelupa 100 ten percent sure tak ingat!

Aku perasan sejak dua tiga bulan ni aku jadi manusia yang pelupa. Pelupa tahap benci awak 100 ten percent! Tapi bukan benci Kat awak,k. Yeah...awak yang membaca tu!

Tak tau macam Nak habaq mai, tahap pelupa aku ni kadang-kadang buat aku rasa Nak hempok kepala Kat pokok getah, sebab tak boleh terima lah tahap pelupa macam ni. Urmmm....bunyi macam tahap kronik sngat aje kan? Tapi nasib baik bandar tak Ada pokok getah kan?Hahaha

Aku pernah dengar, orang cakap perempuan yang beranak 99 urat akan putus. So kalo 5 orang anak maksudnya 5 Kali beranak. Jadinya, menggunakan calculator saintifik 99 apabila dikali dengan 5, maka jawapannya Kira la sendiri!! Hohoho....amik ang...Nak beranak lagi lagi Dan lagi?

Tapi masalahnya disini, aku tak pernah beranak pun. Mai mana pulak 99 urat Nak putus ?? So, teori beranak Lima tak boleh diguna pakai disini.

Pada tahun 2007, masa baru kenal erti cinta,ecewah.. member ada cakap, apabila seorang perempuan itu kecewa putus cinta berpuluh urat muka akan putus. So, secara teorinya aku dah 3 Kali putus cinta, makanya kiraan adalah berpuluh apabila didarab dengan 3 jawapannya adalah tak payah kira.

Kalau diperhatikan, urat muka Dan urat ingatan maybe berjiran. So apabila urat muka mengendur akibat process pernuaan makanya dia selisih bahu dengan urat ingatan, akibat selisihan tu jadi lah pelupa. So teori ini boleh diguna pakai walaupun cikgu sains confirm menangis baca statement Aku ni.



"Apalah dosa aku time study dulu, dpt ex-student bongok macam ni." Kata cikgu sains sambil lap. Hingus T___T

Setelah beberapa tahun ni, baru nampak efek dia tu. Contoh pegi toilet amik wuduk, kuar tu siap hampaq sejadah Nak solat, telekung dah sarung Kat kepala baru aku teringat, aku kan period!! Ni lah tahap pelupa yang aku rasa bangang sngat.

OK contoh yang lain. Balik dari keje rushing drive ke bank kononnya Nak sampai maybank cepat sebab susah parking kawasan tu. Aku kena transfer duit ke akaun bsn untuk insurance payment. Sebelum transfer aku check baki dulu, tengok baki terkejut biawak, Napa kurang ni? Sedangkan aku tak Ada pun withdraw duit minggu tu. Aku pun apa lagi memang hot lah kan,.maybank sesuka hati ja nak potong duit orang. Melampau maybank ni! Aku bukak website maybank2u nak check transfer history. Skali bukak tengok....rupanya aku dah transfer online ke akaun Bsn semalam. Hahahaha...mana tin biskut...mana tin biskut Wei!!! Malu!!!malu!!!

Ada satu hari tu aku jumpa ofismate nak bayar hutang. Sejak 2 minggu lepas lagi aku hutang dia tapi asyik lupa nak bayar. So, hari rabu tu aku suar duit RM 10.70 kat dia. Dia pandang aje duit tu tak amik pun dari tangan aku. Sambil cekak pinggang dia cakap, duit apa ni? Aku macam berangin jer, yelah drama apa dia Nak main ni kan, owang kasi duit tak Nak amik. " duit akak lah, kan hari tu saya pinjam beli kisses?" Bukan kamu dah bayar ke semalam?"

Hargh'alah...malu hoii!! Aku sengih kambing padahal dalam hati tolonglah pengsan sekarangggg!!! Malu giler nih, Nak cover kononnya tu.

Inilah perkara yang aku rasa nak hempuk kepala kat pokok getah tapi belum termasuk lagi pelupa tahap kecil yang lain macam tengah cedok kuah sup, eh aku dah boh garam ke belom? Bila rasa baru aku tahu dah masuk dah tadi.

Kadang-kadang tu, carik telefon dalam handbag, eh aku tak bawak phone ke? Aduhh! Padahal aku kalut Cari tadi sebab phone berdering ada incoming call. Ish..ish..ish pelupa tahap apakah ini?





So, bagi mengatasi kebanyakkan kes di atas, semua urusan yang aku rasa penting semua aku list reminder dalam phone guna evernote. Contoh urusan penting, benda yang aku kena bayar monthly, hal business online semua tu pun. Kalau lupa, naya kena bang! Dengan customer nih.

Kalau phone pun lupa taruk mana makanya tak dapat den Nak nolong aiih. Makanya sila isi Borong monthly terima rawatan psikatrik. Habis cerita!!!

So korang yang seratus dua belas Kali putus cinta macam mana? Ke aku sorang jer alami keadaan macam ni? Owh...korang yang dah beranak pula macam mana?

Urmmm...Ada Cara tak nak sambung balik urat yang putus tu? Ni baru putus cinta esok Lusa beranak macam mana lah urat aku? Berapa urat ja Nak tinggal nanti? Ke Ada pembedahan sambung urat macam selaput Dara tu? Hahaha :3

Kalo Ada sila bagi cadangan Sekarang sebelum Aku isi form rawatan susulan utk pesakit psikiatri..:3

1 comment:

  1. hahah
    memang cikgu sains akan menangis kalau baca teori tu
    kretip betoi ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...