Monday, May 2, 2016

A day at the garden, restore the soul (Taman Botani Negara Shah Alam)

Hamboi...tajuk nak matsalleh saja. Lama gak tak hupdate nih. Banyak benda nak hupdate Dan nak share tapi kenkangan masa. Masa free tak pernah kata cukup.
Balik umah dah terbongkang penat... Pastu nak bukak blog dah rasa mcm malas. Tetiba takde energy. Lembik mcm sayur pucuk masak lemak.

Uisshhh...sedap ! Hahaha

Maafkan hamba kiranya buat Tuan hamba terliur....menitik-nitik Kat screen hand phone nih oiii....

Okey...sempena labour day itu hari...iaitu hari ahad kan...sesaja award diri sendiri buat something yg chillax...chill dan relax. Eh mcm tiap minggu ja chillax? Hehe


Taman botani negara Shah Alam menjadi destinasi chillax Kali nih. Takde nak pegi jauh2 tak kosa dengan jem bagai. Labour day ramai yg amik peluang balik kg kan. Legang ja subang-shah alam hari tu. Syukur alhamdulillah.. Bagus-bagus. Kerap-kerap lah balik kg noh! Tapi awal posa nanti jgn balik, sebab aku nak balik! Haha


Before masuk beli ticket dulu lah. Dah bayar ticket RM3 untuk parking masa Kat pondok pengawal tu. Nak masuk ke dalam another's ticket RM3.00. Nak melawat rumah iklim 4 musim kena bayar harga lain RM3.00. So total semua RM6.00 per adult. Add parking jadi RM9 untuk harga bapak sebab bapak yg drive kete. Anak-anak harga lain. Boleh lah berpatutan harganya.


Muka jakun naik bus pertanian hahaha.
Expensive experience ni... tauhuuu?


Ni lah rupa busnya. Open bus mcm ni, korang boleh melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Best rasanya.


Dah sampai pun. 4 seasons temperate house. Kami terus tuju kesini sebab memang niat nak datang sini. Masa ni musim bunga...so dtg nak tengok bunga lah. If korang nak tengok salji. Datang dalam bulan December or January. 



Dah blog aku kan, so mengadap ja lah muka aku Kat sini. Hehe

Banyak lagi tempat yg korang boleh explore macam titi gantung, zoo haiwan mini, jenis2 rumah lama mengikut negeri, skytrex dan mcm2 taman lagi. Nak aku type semua takleh lah..penat. Dengan suasana dan keadaan aman damai Kat sini memang sesuai bawa anak-anak kecik dtg. Family ramai datang dan join activities Kat sini. 

Korang boleh berjalan..jogging...berbasikal.

Tempat makan semua Ada dalam ni dan harganya berbaloi dan mampu beli. Air mineral pun sebotol singget jer xde cekik darah mcm sesetengah tempat.










Sini sepatutnya korang boleh nampak pemandangan sawah padi. Tapi maybe sebab now musim kemarau. So sawah padi takde. Tapi kalo tengok pada gaya mcm lama jgk terbiar mcm Padang jarak Padang terkukur hehe. Memang best pemandangan pun boleh layan lah...rasa dekat dengan alam. Tapi banyak kawasan yg terbiar aku nampak...so agak mencacatkan pemandangan.

Eh..banyak pulak tapi aku huhu


Gambar 1: sini lah pintu masuk, sinilah pintu keluar.
Gambar 2: sini kaunter untuk beli ticket masuk dan belakang Sana hentian menunggu bus. Blakang Sana jugak korang boleh nampak tempat utk Sewa basikal. Harga RM10 untuk 1 jam kot. Tak sure hehe
Gambar 3: Hall pintu masuk dan kaunter tickets.

Rumah iklim ni beroperasi mengikut musim2 yg terdapat di kawasan iklim sederhana iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. Kita kan tahu Malaysia takde musim2 tu kan. So kementerian pertahanan mengambil inisiatif utk sediakan rumah iklim ni untuk Malaysian.

Okey jadual 4 musim seperti berikut;
Dec-Feb # Musim salji/ winter
Mac-Mei # Musim bunga/Spring
Jun-Aug # Musim panas/Summer
Sept-Nov # Musim luruh/Autumn

Amacam? Teruja tak nak rasa 4 musim ni?

Terjah lah cepat!! Tapi nak inform awal2 lah. If datang sini dapat lihat, rasa dan amik bau ja. Xleh nak blend/adopt ngan season tu. KO masuk ko berdiri lah Kat beranda. Pastu budget mcm Kat oversea. Kihkihkih

Musim bunga....wangi sangat bunga2 tu.

Cantik kan??












2 comments:

  1. Teringin nk tgok musim salji? Mmg salji turun?? Uwahhh.. heheheeh.
    Kita xoenah sampai lagi :3

    ReplyDelete
  2. hmmm idea taman rekreasi yg menarik, bestkan kalau tmpt mcm nie wujud masa kita kecik2 dlu puas main pondok2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...