Bulan yang mulia, bulan ramadhan. Bulan yang penuh dengan
keberkatan dan pintu-pintu rezeki terbuka luas. Sungguh menyenangkan sangat
mendamaikan pada insan yang sentiasa bersyukur dan istiqomah dalam mengejar
harta akhirat. Sungguh!!! Dunia diketepikan dahulu demi satu keselesaan di
syurga Firdaus.
Aku!! Aku diuji dengan satu dugaan yang sangat takut aku
untuk aku hadapi. Keadaan dimana aku rasa takut untuk gagal, takut untuk
laluinya, takut untuk ku tempuhi.
Mungkin pada yang lain, itu Cuma dugaan biasa, dugaan kecil
tapi adakah ia bererti aku insan yang sangat lemah dan penakut??
Entah…aku tidak tahu…aku tidak mengerti….aku tidak
mengetahui
T______T
Jika benar ujian ini hanya sebesar zarah, sekecil kuman…sesuci
debu…ingin aku menyeru hati ini bersabar, menyeru diri ini bertahan agar jiwa ini terus tenang, terus bersyukur
dan terus itiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama Allah.
Ya Tuhan, mungkin rezeki aku disini, setakat ini dan sejauh
ini, namun apa pun keadaan KAU cukupkan lah rezeki ini, kau redhakanlah pilihan
ini, kau tabahkanlah hati ini agar aku terus kuat menjalani ibadah untuk MU,
terus bersyukur untuk anugerah dari MU.
Tenangkan jiwa ini, redhakan hati ini, bukakan pintu rezeki
hamba mu ini kerana aku ingin berhenti dari terus MENANGIS…MENANGIS………MENANGIS ……dan
MENANGIS
T_____T
No comments:
Post a Comment