Nuffnang ads

Tuesday, July 9, 2013

Cerita si Mandom yang Random

Paroh!!Paroh!! melayu bakunya parah yeh! Sejak dua menjak ni mood aku sngat ke laut..
Apa yang aku buat dan apa yang aku tulis semua serba tak kena. Synthome synthome apa kah ini, ? yang pasti jangan ckp synthome peningkatan umur,berani ckp aku taboh laju2x mau???
Bakat aku kan menulis, tapi sekarang dah macam xde bakat pulak nak menulis… 
cewah!! Bakat lah sngat kan..

hey!! pandai tulis diary pun dikira bakat what!! Ko ada?? Xde kan? Xde dok diam2x!!

aku pun dah kuat makan sekarang, pagi petang siang mlm aku makan…xde keje makan..ada keje pun aku makan…Nampak mcm bermasalah tak? Mentang-mentanglah posa rabu ni ajekan melantak aje ko yeh? Kononnya leh stanby stock kat usus besaq ko tu kan. T posa xde lah lapar sngat…macam unta leh simpan air bertahun2x kat begok dia tu…hah, mcm tu lah. Praktikal tak idea i?? [apakah!!]

Sekarang ni pun aku xtaw nak tulis apa ni…nak citer apa lagilah aku xtaw…tapi secara randomnya aku memang mandom..bahahahahah…[kritikal dah aku ni]

Hah, bercerita sal posa, akak aku no 1 ada msj sabtu tu, merajuk dengan aku la kononnya. Aku pun satu begok g berjanji dengan dia awal puasa balik kg teman dia cari baju raya, alih-alih xdpt tunaikan janji tu. Alahai, siyes serba salah plak.. entah apa aku nak buat tah. Hah!!!Nanti aku belikan hadiah tuk dia lah, hadiah tuk owang merajuk. Amacam class tak jah?? Hehe

Sejak dua menjak ni pun aku rasa penat sangat, rasa banyak keje yang tak settle. Sampaikan sabtu kena dtg ofis tuk keje. Siyes penat sngat…. Kadang-kadang hati terpikir, adakah berbaloi penat lelah aku untuk company? Klu dari segi gaji, hasil overtime memang aku yang dapat tak kan kowang lak kan…tapi dari segi kepuasan dan penghargaan mcm mana? Tipu lah aku cakap, xkisah duduk ditakok yang sama. Paling koman pun nak jadi CEO leh? [amoih ko, over bebenor]. Aku manusia biasa kot, aku punya cita-cita jugak, bahkan cita-cita aku ni segunung gunung  kinabalu taw.. tinggi tu [padahai xpenah naik tu]…

Bercakap pasal gunung, beberapa malam yang lepas aku mimpi jatuh tempat tinggi. Kowang rasa kenapa ek? Tah..tah, aku ni berangan tinggi sangat kot. Nak jadi CEO? Kan impossible tu?
[aku xnak naik pangkat pun sebenarnya, aku nak naik gaji je] Nampak tak ke’meterialistik’kan aku disitu?

Bercakap soal impossible, sejak dua menjak ni ni aku asyik fikirkan seseorang. Aku dah jatuh cinta lagi ke? Tapi impossible!! Impossible!!! Dia tu dah nak jadi laki orang lah cheery..jangan kaco..tu lah, Mr donat jauh sngat, mcm kekurangan kasih sayang dah aku ni…

Sentoh pasal donat. Lama giler aku xjumpa dia, sbb tu kot hati aku beralih arah seketika. ..beringat lah wahai hati..ko jangan nak lebih2x, aku tampar ko laju2x taw lah..

Jadi baby adam dalam citer teduhan kasih tu kan best,  windu papa aje nangis, nangis aje windu papa…xpatut toi citer tu wat adam cm tu..tah2x dia nangis sebab lapor ke, sebab penat ke kan..yelah,belakon ni kowang ingat xpenat ke, walaupun berlakon jd pak pacak dalam citer tu pun penat okey…[budget cm ko penah berlakon]

Aku memang lah tak pernah berlakon tapi aku pernah lah berpura-pura mcm talam dua muka kot..
Pendek citer bermuka-muka. Cerita dia mcm ni, satu hari tu, akak aku no. 2  msj soh kol dia. Aku pun kol dia  pakai no ofis, menyembang syok ni, kutuk2x owang sikit, puji2x diri sikit kan, tiba-tiba secetery big bos turun cari aku. Kan dah kantoi kat situ. So nak cover punya pasai, baik punya ayat aku bagi.

“ yeh Ah Pau yeh, betul2x.. barang tu kena hantar dekat kluang. Site manager sy akan terima brg tu nanti. Apa-apa hal saya akan update dekat Ah Pau  kemudian yeh? TQ Ah Pau..Waalaikummusalam…”

Lepas tu, secetery big boss tu senyum aje pas aku letak phone tu. Aku pun xtaw lah dia senyum kenapa? Dia senyum sebab taw aku cover ke dia senyum sebab aku cakap baik dengan supplier??..sampai sekarang aku xmau tahu jawapannya sebab aku xrasa pun nak tahu…assume je senyum itu sedekah….bahahahah…lepas tu akak aku kol balik ckp aku pandai…pandai berlakon…pandai sungguh katanya siap jawab salam Ah Pau lagi…warghhh!!!bukan senang tu akak aku nak puji aku melambung cm tu..kihkihkih….nampak tak bakat aku disitu?? Satu lagi bakat aku tercungkil dengan sendirinya…

apa pandang2x??ada hutang bayar r bro!

Bercerita pasal bakat, satu lagi bakat terpendam aku, smpai sekarang aku xsanggup nak cungkil iaitu tidur sehari suntuk… jangan kata sehari, dua hari suntuk pun aku mampu. Nasib baik lah weekend cuti 2 hari aje, klu 5 hari mahunya aku tidur lima hari suntuk..[keje dua hari, cuti 5 hari..amacam? mengancam tak?] sebab tulah sebolehnya aku nak keje hari sabtu sebab biarlah tidur sehari suntuk aje, kan? 
Bijak tak aku????*tiba-tiba..

Dah lah, cukup disini sahaja cerita random aku, kang lebih2x kang kowang mesti kutuk aku dah xbetoi..kan menambah dosa kowang aje..sebelum aku struggle keje, aku ada pantun salam ramadhan tuk kowang …

bulan mulia bakal menjelang
marilah kita kuatkan sembayang
tiada istilah buat yang sedang-sedang
kan semua  amalan kita akan dibilang

sekian wasalam……

:) smile for a nice day...

5 comments:

  1. mandom jugak ni..kalau kg dekat boleh balik kg
    dpt sahur ngan mak ayah
    huhu

    salam ramadhan ye ;)

    ReplyDelete
  2. hehehehe..

    salam Ramadhan jugak..:)
    moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelomnye~

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa dear...moga kita sambut ramadhan kali ni dengan penuh iman dan taqwa..

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa dear... semoga posa cukup sebulan.. erkk.. bole ke.. hu3

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum cheery, ahak tudia Dadih....!!! luahan hati perasaan yang telah lama terpendam kini di muntahkan ahak, is rasa bab idea tu kan kalau nak ok la, cuba cheery nak tulis cerita tu sambil dengar lagu fav cheery, ulang2 macam is is ulang 10 kali, baru alih lagu lain, lepas tu idea perrghhh melaut nie, kalau boleh semua yang dok ada nak masuk dalam blog kekeke. Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah dengan sempurna cheery.

    p/s: is belamja cheery buka posa kat Milk A Deal dan bagi tayar baru Michelin untuk keta cheery, dan syampu dove dari red mummy satu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...