Friday, February 12, 2016

CNY Holiday @ Cameron Highlands

Jom update gopoh-gopoh!! Tak leh nak biar citer nih lama-lama, satgi lupa. Bila dah lupa nak ingat balik tu bukan lahhhh Mudahhhh, dah tak ingat mula lah penyakit malaih nak Mai serang. Bila penyakit malaih mai mula lah blog tak hupdate berkurun-kurun lamanya. Kadang-kadang tu sampai makan tahun. Sebab apa? Sebab dia satu ja aiih, malaihh!! 

Hahahah...mukadimah pasai malaih pun dah satu paragraph.. Cun..cun macam Mak cun.

Tiba-tiba rasa macam gaya makcun ja mukadimah aku ni. Huhu


Cantik tak gua snap gambaq bunga. Gua dah mula rasa darah seni mengalir dalam badan gua yang debab ini. Hahaha


Gua rasa keganasan gua hilang bila snap gambaq di taman bunga. Dan tak dinafikan lagi gua lebih cun dari bunga-bunga itu.



See? Kan gua dah cakap tadi gua cun. Lagi cun bila gua kreatif dan innovative layout gambar mcm nih. Nampak gua lagi cun kosa dua.

Gua pun tak faham sejak bila gua pandai bergua-gua ni. Yang penting gua rasa poyo.


Okey lah tengok gambar pun dah tau aku pegi mana kan. Pegi tak plan pun ni tapi tetaplah 1st time naik Cameron. Kononnya singgah ja nih, yelah otw balik KL masa nih.

Kononnya singgah lah, at least bila orang Tanya penah pegi Cameron? Cameron tu? Alah tempat aku berak ja tu. Nampak tak motif Utama? Takde lah jakun sangat kalo orang citer sal Cameron dalam group kan hahaha

Aku naik ikut simpang pulai. Jalan okey, tetap bahaya tapi still lagi cool lagi lah. Seram-seram manja mcm tu. Tapi nak balik tu ikut tanah rata,ikut tapah ...subahanallah, sangat bahaya dan menakutkan. Seram xde manja-manja lagi dah. Baca 3 qul xbenti. Punya takut.


Otw turun tu banyak lah gerai2 orang asli. aku kagum nengok hasil kraftangan diowg. KO nengok beg duit ni buat pakai plastik jajan jer KO tau. Harga depend on saiz. Lagi besar lagi mahal. Saiz dalam pic ni dalam RM20 -RM25. Unik dan kreatif.

Adik aku beli Madu kelulot, Ank pokok ayamas dan petai. Petai besar2 buah dia,sama besar dengan ibu jari tangan.


Adik aku ni mengedik beli pokok ayamas,balik tanam dalam pawey. Kita tunggu tengok pokok ni nak mati ke nak teruskan Hidup. Hahaha

Pokok ayamas ni mempunyai bulu2 seperti rambut. Dan kelihatan seperti seekor ayam. Maybe sebab tu di panggil pokok ayamas. Pokok ni tumbuhan hutan. Tapi yg jenis hiasan ni dia akan tumbuh rendah ja. Xleh nak besar dan tinggi. Yelah kalo dah KO tanam DLM pasu jer ko budget besar takat mana pulak kan. Menarik dan orang yang beli pun kelihatan jakunnya di situ kahkahkah.

According to sis yg jual ni, dia cakap bulu pokok nih leh stopkan darah pada luka. If KO luka kan, amik bulu dia tu tekap Kat tempat luka. Tekan2 dengan bulu tu,darah boleh berhenti mengalir.


Singgah jab lata Iskandar untuk makan. Kebulur sangat sampai 2 pack strawberry kitowang habiskan dalam kete. Letih siott otw turun tu walaupun aku dok dalam kete sambil baca 3 qul jer hihi

Makanan total kena 18 hingget. So far xmahal untuk 2 orang mkn. Ngan air kelapa bagai kan.


Singgah kedai jual barang entik nih. 


Aku takdelah peminat barangan entik nih, just suka tengok cuci Mata pastu kagum 'fulamakkkk!!!', 'wawww!!!', 'it's ohsemmm!!', 'menarikk!', 'fuyooo!', 'oh em gee!'. Adik aku cakap dia macam nak sekeh ja pala aku. Jakun sangat.


Pengumpul botol atau Koleksi coca cola boleh dapatkan Kat sini. Banyak Koleksi lama-lama. Harga below 100 lah. 


Penjaga kedai ni namanya abang Din. Lain macam ja abang nih menyembang. Aku syak dia nak tackle aku buat Bini no.4. 
Coiih ..perasaan pulak.haha

Mana tak rasa lain mcm kalo Abg nih asyik bercakap fokus Kat aku. Pastu Tanya aku kalo tertulis aku jodoh dia macam mana? Pastu marah aku tak pandang dia. Pahal aku nak pandang? Aku kan retis Wei..talk to my hand lah kan. Tapi abang nih familiar lah kan. Adik aku pun admit mcm penah tengok. Korang kenal??

Paling kelakar dia ingat aku and adik aku ni pasangan couple.. Kahkahkah

Nasib Baik adik aku layankan jer. 

Tapi seram bila adik aku cerita, orang yang jaga barang lama ni biasanya Ada ilmu, kalo tak barang lama akan hilang. 

Aku taw ilmu apa...dah tentu2 ilmu hisap !!
Kahkahkah...tak lawak pun ke? K bye




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...