Wednesday, February 10, 2016

Crush your admirer

Perghh..tajuk nak budget retis saja.
Aku ni pagi-pagi lagi dah blogwalking. Traffic blog sunyikan cuti kali ni,masih cuti CNY kah. Atau korang masih berpenyakit malas? Atau korang memang dah pemalas?
Kihkihkih

Pagi tadi baca blog entry zyraroxx yang tajuk crush tu. Dia citer pasal San yg crush tu yg zaman sekolah dia dulu tu,yg dah kawen tu,yg tukar awek mcm tukar Baju tu. Hahaha.. San apa perangai mcm tu?..Santiago kot! Aku pun teringatlah kisah aku zaman sekolah dulu. Tapi crush aku bukan San tapi keep. 

Keep aku macam...
Keep holding on ,cause u know we'll make it through, we'll make it through, just stay strong... (menyanyi sambil serabut kan rambut)

Hah mcm tulah, nak explain pun senang sangat. Hahaha...

Ni zaman sekolah menengah aku lah. Zaman sekolah rendah aku masih lagi dok sokseksoksek lap hingus Kat tuala kecik lepas tu taruk tepi, Kawan mintak, Nah amik lah tak pakai lagi! 

Kahkahkah.. Geli sangat perangai tu. Bayangkan kalo Ada boyfriend masa tu maunya kena clash hari-hari.

Aku dulu minat sangat-sangat Kat sorang budak laki ni. Dia ni category macho lah. Handsome tak sangat pun. Berpakaian pulak kemas suloii (kemas sokmo). Satu hari pegi sekolah tak nampak muka dia memang aku duduk tak senang mkn tak kenyang belajar tak masuk owang kata. Kepala otak asyik fikir Napa dia tak masuk class, dia sakit ke? Dia malas ke? Dia tak rindu aku ke? 

Dalam dok minat gila Kat dia tu, aku Ada satu perangai,...aku suka pau dia. Hahahah. Setiap kali aku jumpa dia kat kantin tak kira lah waktu mana pun aku paksa dia belikan aku kacang kuda goreng ek? yang color kuning tu. Sampai Kawan aku cakap, kalo aku jadi budak keep tu aku reject awai lagi ang nih. Belum apa2 dah pisau cukut. Hahaha 

Tapi aku kalau bercakap dengan dia aku tak suka pandang Mata dia sebab bak kata zyra, Mata stock bila nak senyum Mata senyum dulu tu. Tak leh tengok okey, cair macam lilin baq ang. Kepala lutut automatic lembik, jantung berdegup kelajuan maksimum. So if nak pau jgn sesekali pandang Mata. Safety first kihkihkih

So kalo aku bercakap dengan dia aku pandang tempat lain. Lama giler aku minat dia, sampai habis sekolah kot. Setiap hari solat waktu kan, orang lain doa dapat keputusan cemerlang, aku doa dia breakup ngan makwe dia cepat...sebab aku nak masuk jarum jahit tepi kahkahkah

Buruk perangai kan?

Sampailah lah stpm, aku dpt keputusan okey okey lah, suam suam air suam jer tapi keep tu satu ke dua subject dia tak lulus. Member aku dengar gosip dia tak lulus sebab frust nonggeng dengan anak makcik kantin sekolah. Masa tu bawu aku taw sapa awek dia. Dan Alhamdulillah tuhan makburkan doa manusia jahil mcm aku nih. Jadi dia repeat paper yg tak lulus tu. Aku pun apa lagi jalankan strategi untuk masuk jarum jahit tepi tadi ni hahaha

Aku tackle dia Baik punya, bagi support semua. Dia layan gitu-gitu ja..cis tak guna toi! Aku dapat tawaran sambung belajar ke university, before ke JB aku bagitau dia aku suka dia. Pastu dia sambut salam cinta aku...owh, taman hati aku kembang mekar berhunga bunga...puiiih!

Lepastu cinta bawu nak berputik dia tinggal aku. Cis tak guna keep....you r so coco crunch. Makan dengan susu sedap tapi dibiar lama lembik dan geli. 

5 tahun lepas tu dapat news dia kawen dengan ex dia yang Anak makcik kantin tu. Patblas kotak koko crunch dia ni! Hahahaha

Aku fikir why not me? Why? Aku pun cantik, aku pun badan sedap (dulu lah kahkah) aku pun bijak jugak walaupun hakikatnya tak bijak pun. Hahaha.
Tak pahamlah, serious tak faham!
 Why not me?

Dari kisah aku ni aku dapat banyak pengajaran.

Tiba-tiba nak Ada value of the story. Huhu.

 First, jodoh pasti kan bertemu jua walau patbelas ratus gunung ganang yang menghalang. Macam cinta adam dan hawa.

Second, akan dapat habuan/balasan pada manusia yang mendoakan/melakukan kejahatan pada manusia lain. Contoh, balasan pada aku yang doa dia putus ngan makwe dia tadi lastly aku yang kena tinggal. Padan muka ang!!! Bodoh sangat!

Third takde, baca balik value first tu haha ;D

Jodoh pastikan bertemu


So sekarang ni bukan aku yang crush somebody tapi aku yang crushed by somobody. Buang masa crush crush nih,Makan coco crunch pun kenyang.

P/S: banyak typo, malas dan nak edit



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...