Thursday, June 7, 2012

Fenomena Air Pasang Dan Ombak Kuat

Penduduk sekitar Kuala Kedah gempar dengan fenomena air pasang luar biasa setinggi 3.5 meter yang melanda sekitar pantai. Fenomena itu berlaku  mulai 2 petang semalam. Susulan kejadian tersebut penduduk sekitar bimbang kejadian Tsunami yang pernah berlaku lapan tahun lalu berulang lagi...


Fenomena yang sama turut berlaku di sekitar pantai Pulau pinang. Lebih kurang 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak tersebut. Beberapa buah kenderaan yang berada disekitar pantai Padang Kota Lama turut dibasahi air laut apabila ombak setinggi 3.5 meter melanda kawasan itu..Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut yang bergelora.


Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.



Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.


"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya. 





Kredit Berita from Ct N Honey Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...