Thursday, June 21, 2012

Hari-hari dilarang berpuasa

Oleh kerana aku confius tentang hari yg dihalalkan berpuasa,so aku search information pasal ni....so aku nak kongsi dalam blog aku ni...ini dia..tu kat bawah tu?

xxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxx
xxxxxx
xxxx
xxx
xx 

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
1.       Hari Syak            
Hari syak atau “hari diragui” adalah hari dimana ia diragui tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya’ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
2.       Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
3.       Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
4.       Hari Haid dan Nifas.

5.       Minggu Kedua bulan Sya’ban
Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

So,sapa2x yg belum ganti puasa tu sila ganti cepat2x k.. especially kaum hawa yg ABC tiap bulan tu...aku la tu hehe...

bye... 

1 comment:

  1. salam kenal, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...