Tuesday, June 26, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat!


Minggu ni bermcam-macam perkara aku alami..mungkin sebesar zarah bagi orang lain tapi ianya sebesar pasir pada aku..dan aku amat berbangga pada diri sendiri kerana dapat menghadapinya..Alhamdullillah bantuan yg maha kuasa aku success...haha poyoss...aku nak kongsikan satu cerita pada yang sudi membaca..(yup,aku sedar aku xde follower)..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Suhana gelisah, dia merenung jam di atas meja. Jam 2.00 a.m. dia masih tidak dapat tidur, walaupun sudah awal pagi. Dia kesal dengan apa yang telah dilakukannya semalam. Hanya kerana satu balasan sms dia telah meluahkan suatu kebenaran pada orang yang telah mengecewakan dan melukakan hatinya selama ini. Dia tahu dan sangat mengerti kebenaran yang diluahnya akan memjadikan lelaki itu ego dan bangga diri. Apa yang perlu dilakukannya lagi, telajak perahu boleh diundur, telajak bahasa padah yang menimpa. Suhana mengirim sms kepada Tie untuk meluahkan kekesalannya.

     “Apa aku dah buat Tie,aku bagi tau kat Gee bahawa satu penderitaan bila aku cuba lupakan dia….aku sedar aku masih cintakan dia. Selama ni aku ego ja. Tak dak sapa boleh ganti tempat dia.” Tiada balasan dari Tie, mungkin juga sudah tidur. Tie adalah salah seorang daripada teman yang masih setia dengannya. Banyak rahsianya yang diketahui Tie, tambahan  pula dia memang suka meluahkan perasaannya  pada Tie. Tie boleh dipercayai dan kadang-kadang nasihat Tie amat berguna dan boleh membangkitkan semangatnya. Kadang-kadang dia juga amat merindui Iyaah dan Yooh. Mereka adalah 4 sahabat yang sangat rapat sejak sekolah rendah lagi. Walaupun kadang-kadang Tie jarang menyertai mereka di sekolah, tapi mereka sangat rapat di luar sekolah. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik dan sangat mengambil berat akan dirinya. Buktinya sekarang ini walaupun masing-masing sibuk dengan karjaya masing-masing tapi mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain.

     Muhd Faizal Azizi , dia takkan lupa dengan nama itu, walaupun nama itu cinta kedua baginya. Hampir 3 tahun mereka berkasih namun tidak membawa apa-apa pengertian. Mereka berpisah kerana keegoan dalam diri masing-masing. Dia tidak sanggup lagi untuk meneruskan perhubungan itu, lantas dia membuat keputusan untuk putus. Suhana  tidak sanggup terus makan hati dengan sikap Faizal yang tidak lagi prihatin terhadapnya. Faizal banyak berubah setelah pulang dari Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).  Sememangnya dia terlalu merindui lelaki itu pada ketika itu, tiga bulan Faizal meninggalkannya kerana mengikuti PLKN, namun setelah pulang dari PLKN Faizal tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Setiap kali diajak berjumpa, pelbagai alasan yang diberi….sibuk lah!jumpa kawan lah!…pergi makan angin dengan teman-teman dan macam-macam lagi alasan. Keadaan ini menyebabkan Suhana tawar hati dan jalan terbaik bagi mereka adalah putus. Suhana bertambah kecewa apabila dia mendapat tahu Faizal curang terhadapnya. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang kesahihan mengenai perkara ini namun sikap lelaki itu yang tidak kisah dan tidak cuba memujuknya telah membuktikan segalanya. Lelaki itulah yang memecahkan arca kasihnya, yang membuatkan hatinya beku, susah untuk mempercayai lelaki lagi. Dia bukan anti-lelaki tetapi pengalaman yang dilaluinya, menjadikan dia serik untuk bercinta lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...